Salam Ramadhan buat semua kengkawan Nina . Kebiasaannya tibanya bulan Ramadhan, masing-masing sibuk dok cari Resepi Berbuka Puasa Mudah tuk dimasak buat juadah berbuka puasa nanti, kannn…?? Sep! Give me five. Nina pun sama macam korang gak.. Acah-acah nak diet dok cari Resepi Berbuka Puasa Mudah tanpa nasi. Laa ni dok refer kat Mr.Google apa nak masak setiap hari. Apa nak masak setiap hari? Apa menu juadah yang nak masak tuk berbuka puasa nanti..!! Kadang tu sampai buntu kematu di buatnya. Kesian kita mak mak ni kann…??
Aduyai..!! Menu apa nak masak tuk buka puasa? Tak nak menu nasi.
Bila Geng kata tuk berbuka puasa tahun ni dia request tak nak elakkan menu berasaskan nasi lagi laaa buntu jadi batu Nina dibuatnya. Huhuuu . . . Lagi laa tak tau apa nak google nak masak apa hari ni. Kejam dia kannn…??
Kot korang pun alami situasi yang sama, nak elakkan makan nasi kengkonon diet laaa sempena Bulan Ramadhan ni, meh Nina share ngan korang list menu buka puasa dan resipi cara masak nya sekali – menu yang berasaskan mee , bihun , kuey teow ataupun pasta. Kebanyakkan semua resipi Nina dah pernah masak dan share sebelum ni, Nina satukan dalam satu entri ni dan tambahkan dengan 1-2 menu dari sifu masakan.
30 Resepi Berbuka Puasa Mudah Tanpa Nasi
Mee Bihun Pasta yang simple mudah ringkas dan cepat di masak
Resipi Yee Mee Kung Fu
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan (untuk 4 orang)
4 gulung Yee Mee
5 ulas bawang putih – mayang halus atau nak senang ketuk ajer
2 biji cili padi – diketuk (kalau nak pedas tambah lagi ikut kepedasan masing-masing)
1 biji cili merah – dihiris halus
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
1 litter air rebusan ayam ( atau lebih ikut banyak mana kuah yang dimahukan)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 susu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
2 biji telur
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar minyak bijan
Daun bawang untuk hiasan
Bahan rencah
(terpulang ikut citarasa masing-masing)
Udang sederhana size
Sotong – potong bulat-bulat
Isi Ayam – dihiris nipis
Chicken ball – dibelah 2
Fish cake – dihiris nipis-nipis
Carrot – potong bulat-bulat
Bunga kobis
Cara-cara
1-. Goreng chicken ball dan fish cake lalu ketepikan
2-. Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga naik bau
3-. Masukkan air bancuhan tepung jagung dgn air rebusan tadi. Biarkan sehingga mendidih.
Kuah akan menjadi sedikit pekat lalu masukkan carrot, sos tiram, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, dan serbuk pati ayam Knorr dan garam secukup rasa (jika perlu). Biarkan mendidih lagi.
4-. Pecahkan telur dan kacau rata
5-. Setelah kuah mendidih lagi, masukkan bunga kobis, udang dan sotong bersama chicken ball dan fish cake yang telah digoreng tadi.
6-. Tambahkan sesudu minyak bijan. Biarkan seketika. Tutup api kuah.
7-. Tuangkan kuah ke atas Yee Mee (sebaiknya satu pinggan satu Yee Mee)
8-. Sedia dihidangkan dengan tabur hirisan daun bawang ke atasnya. ….. Segera dinikmati panas-panas !!
Resipi Kuey Teow Goreng Sedap Mudah versi Nina
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1/4 cawan udang kering
1 cawan kerang – direbus dahulu
2 cawan udang sederhana size – dibuang kulit
1 1/2 cawan taugeh
Fish cake – hiris nipis
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air panas
Daun kuchai – dipotong-potong 2inch
Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
Cara masak
1- Panaskan minyak dalam kuali.
2-Goreng udang sekejap lalu ketepikan
3-Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
4-Masukkan telur, pecah-pecahkan telur menjadi ketulan-ketulan kecil
5-Masukkan sambal tumis bersama bahan sos masak hingga mendidih
6-Masukkan sambal tumis bersama bahan sos serta fish cake, air panas dan kuey teow. Dengan menggunakan api besar – kacau rata
7-Taburkan taugeh, kerang yang dah direbus dan juga udang yang dah diketepikan tadi. Kacau ala kadar ajer …. Tutup api dan sedia dihidangkan ….
RESEPI MEE GORENG MAMAK SEDAP
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
1 paket Mee Kuning
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
10 sudu besar kicap cair – Nina gantikan kicap lemak manis
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
1 sudu besar serbuk kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
3 keping cucur udang – dipotong 6 **Nina tak letak
2 batang sayur sawi – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 cawan taugeh – dibuang ekor, dicuci bersih dan ditoskan
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan udang laut bersize kecik– dibuang kulit ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak
Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, kicap lemak manis, sos tiram, serbuk kari, tauhu, cucur udang, fish cake dan udang. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan mee kuning dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga mee dan sawi masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato dan taugeh. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, limau kasturi dan bawang goreng.
“ Adek maniss, mee goreng mamak siap!” hehee…..
Resipi Bihun Tom Yam Sedap Homemade
Bahan-bahan
300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr, belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong – Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih – diketuk ajerrr
8 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar cili blend – kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai – dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos (Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa
sayur-sayuran
1 batang carrot – Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram
hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat
1/2 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan
Cara-caranya
1- Bihun direndam seketika dan direbus hingga lembut lalu ditoskan. Ketepikan
2- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah dipotong dadu.
3- Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend masak hingga pecah minyak
4- Masukkan ayam, kacau rata, masukkan air, masak hingga mendidih,
5- Masukkan serai dan lengkuas, Biarkan sehingga ayam empuk
6- Setelah ayam empuk, masukkan sayur-sayuran bersama daun limau purut
7- Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken stok, garam. Seimbangkan rasa masamnya mengikut citarasa masing-masing
8- Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu tutup api. Kacau rata.
9- Tuangkan kuah tomyam ke atas bihun dan sedia dihidangkan. Sslurpp.. slurppp…!!
Resipi Hokien Mee Udang Penang Mudah
Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1/2 kg udang sederhana (kopek asingkan isi dan kulit)
2 ulas bawang putih(ketuk-ketukan)
2 biji bawang besar (kisarkan)
beberapa sudu cili kisar (terpulang pada masing2 kalau nak pedas..
gula batu sedikit..
1 paket serbuk Nasi Goreng Udang
bahan untuk campurkan didlm mee:
tauge – dicelur
seikat sayur kangkong (Nina gantikan dengan sayur sawi) – dicelur
bawang goreng
4 biji telur rebus
Limau kasturi
Cili merah dan hijau
Cara-cara
1- Udang dibuang kulit dan kepala. Cucikan kulit da kepala tersebut dan blend halus.
2- Panaskan minyak dan goreng udang sebentar lalu ketepikan.
3- Minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kisar tadi sehingga pecah minyak
4- Bila dan pecah minyak barulah dimasukkan kulit udang yg dikisar tadi bersama air kisar. Masak hingga mendidih dan naik bau
5- Setelah itu, tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yg diingini ..selalunya hokkien mee nie tak cair tak pekat,,tp kalau rasa nak pekat masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung…
6- Kemudian masukkan serbuk Nasi Goreng Udang dan gula secukupnya.. Kacau rata …
7- Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee yang dah dicelur tadi bersama bahan hiasan mee (taugeh, sawi, bawang goreng dan telur rebus) . Dan semestinya udang yang telah digoreng tadi. Slurpp slurpppp ~~~
Selamat mencuba ..!!
Resepi Mee Goreng Hainan Chinese Style Tak Pedas
bahan-bahan
8 ulas bawang putih – dicincang
300g daging ayam – dihiris nipis-nipis
300g udang – dibuang kulit
300g sawi – dipotong anggaran 5sm ( Nina tak der sawi so Nina gantikan dengan baby kailan)
450g Mee Kuning (Nina gantikan dengan spaghetti)
minyak untuk menggoreng
bahan sos
5 sudu besar Saus Manis ABC
1 sudu besar Sos Tiram (Nina tambah)
1 sudu besar Sos Cili ( Nina tambah)
2 sudu besar Kicap Pekat
2 sudu besar Kicap Cair
2 sudu teh Tepung Jagung
1 sudu kecil Serbuk Secukup Rasa
1 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 cawan air
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam (Nina tambah)
Cara masak
1- Campurkan kesemua bahan sos di dalam mangkuk kecil. Kacau hingga sebati. Ketepikan
2- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga keemasan.
3- Masukkan hirisan ayam dan udang. Masak di atas api besar selama 5 minit.
4- Masukkan sayur-sayuran. Masak lagi selama 3 minit.
5- Tambahkan campuran sos tadi. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan mee kuning. Goreng sehingga masak dan rata.
7- Rasa sesedap rasa . Angkat dan sajikan dalam pinggan hidang.
6- Sedia dihidangkan …
Selamat mencuba !!
Resipi Spaghetti Carbonara Sedap
Bahan-bahan
Spaghetti / Pasta kesukaan – masak air hingga mendidih, masukkan pasta dan sedikit garam dan minyak – rebus sampai masak. Kemudian toskan.
Mushroom butang slice dalam tin
2 sudu besar butter
Bawang putih – ketuk cincang halus
2 sudu besar tepung gandum
Udang sederhana size – kalau tak ada boleh jer ganti ngan ayam atau daging atau seafood. Apa-apa yang korang suka
Susu kotak 1 litter
2 sudu besar mixed herb
Sedikit air jika perlu
Garam secukup rasa
Cheese – kalau nak. Nanti parut sikit untuk buh atas pasta
Cara penyediannya
1-. Panaskan periuk, api jangan besar sangat (nanti hangit butter) masukkan butter secukupnya. Goreng separuh masak udang dan ketepikan. Periuk yang sama, masukkan 2 sudu butter. Agak-agak butter dah cair masukkan bawang putih. Tumis hingga bau wangi.
2-. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum, kacau selalu pakai whisk hingga keperangan.
3-. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil terus kacau supaya tidak berketul.
4-. Dah mendidih, masukkan mushroom. Biar sehingga mushroom masak. Kacau selalu.
5-. Kuah semakin pekat, tambahkan lagi susu dan air jika perlu. Masukkan serbuk Mixed herb dan udang yang dah dogoreng separuh masak tadi. Kacau hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa. Dah siap tutup api..
6-. Tuangkan kuah Carbonara kat atas pasta kegemaran. Taburkan parutan cheese jika suka! Nyummy..
Resipi Sizzling Yee Mee Sedap
( untuk 5 orang nih)
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
Telur ayam Grade A/B/C
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee
Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak..
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok… dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu…
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya… kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut,
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama..
ok, selamat mencuba ya rakan rakan.
Resipi Bihun Sup ajer laaaa…
bahan-bahan
1 paket bihun – direndam, direbus dan ditoskan
6 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1 biji bawang besar – hiris nipis
15 ekor udang sederhana besar
Beberapa ekor Sotong – dipotong bulat-bulat
1 Fish Cake – dihiris nipis
Beberapa ketul Chicken Ball – potong belah 4
Beberapa batang sayur sawi
Air secukupnya
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
1 sudu besar Serbuk Black Pepper
1 sudu besar Serbuk Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah & Cili Hijau – untuk hiasan
Bawang Goreng
Cara-caranya
1- Panaskan minyak dalam periuk, goreng udang separuh masak dan toskan
2- Minyak yang sama goreng fish ball dan chicken ball dan toskan
3- Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga keperang-perangan
4- Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan air dan masak hingga mendidih
5- Setelah air mendidih, masukkan serbuk black pepper, serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam Knorr – kacau rata
6- Masukkan udang, fish cake dan chicken ball yang telah digoreng tadi bersama sayur sawi dan sotong serta daun sup. Tunggu seketika dan tutup api
7- Tuangkan kuah diatas bihun yang telah direbus tadi. Hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng beserta cili merah dan hijau.
Resipi Mee Bandung Muar Adami Mudah Cepat Senang
bahan-bahan
1 paket Perencah Mee Bandung Muar Adami 200g
7 biji telur ayam (Nina letak 4 biji ajerr sebab dah kurangkan kuantiti air)
200g Udang & sotong
100g Sawi
600g Mee kuning (Nina gantikan dengan bihun)
50g Minyak masak
7 cawan air (Nina kurangkan dalam 5 cawan ajer)
6 ulas bawang kecil dimayang
4 tangkai daun bawang
Garam secukup rasa
Sedikit air tepung jagung (Nina tambah)
Beberapa hirisan cili merah dan cili hijau (Nina tambah)
Cara memasaknya
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga kekuning-kuningan
2- Masukkan air dan 1 paket Perencah Mee Bandung Muar Adami
3- Bila air didih, masukkan telur, udang & sotong dan sayur sawi selama 10minit
4- Masukkan mee kuning dan masak selama 3 minit dan rasakan dengan garam secukup rasa
5- Dihidangkan semasa panas, daun bawang ditabur bersama bawang goreng. (Nina tambah cili merah dan cili hijau)
**** Nina rebus bihun hingga lembut dan toskan. Masa nak hidang baru Nina tuang kuah Mee Bandung atas bihun.
Resipi Mee Jawa Sedap
sumber : Kak HanieLieza
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
5 biji cili hijau (dihiris) – Nina tambah
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 keping fish cake goreng (dihiris nipis) – Nina tambah
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah) – Nina tak letak, tak der stok
Sedikit bawang goreng
Sayur sawi (dicelur)
Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih *** |
5 ulas bawang merah *** |
3 batang serai *** |—– *** dikisar halus
sedikit halia *** |
sedikit lengkuas *** |
100 gm udang kering *** |
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
1/2 cawan kacang tanah yang dikisar halus (Nina tambah)
Caranya:
1- Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2- Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3- Akhir sekali, masukkan garam, gula & kacang tanah yang telah diblend halus. Biarkan hingga kuah mendidih.
4- Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
Selamat mencuba!! MEE JAWA … Jawa pun Jawa lah, janji ‘Rock’
Resipi Mee Kuah Tomato Tak Pedas Simple Mudah
Bahan-bahan
600g mee kuning (nak ganti ngan bihun pun ok)
300g daging/ayam yang dipotong kecil (kali ni Nina tak letak)
300g udang
300g sawi
5 kelopak kobis (pun tak letak)
1 tin kecil tomato puri (kalau nak ganti ngan sos tomato pun ok, cuma kurang kick! sebab sos tomato masam sangat)
1 mangkuk air
1/2 sudu teh serbuk lada putih
2 biji bawang besar – dihiris halus
4 ulas bawang putih – dikisar (Nina ketuk ajer)
12 tangkai cili kering – dikisar
2 biji telur (Nina tambah)
Beberapa chicken ball dan fish cake
Setangkai daun sup dan daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Air tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak diatas kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi
2- Masukkan cili kering yang telah dikisar dan serbuk lada putih. Kemudian masukkan daging/ayam, udang, tomato puri dan air
3- Apabila mendidih masukkan kobis dan sawi. Kacau rata-rata. Pecahkan telur, biar seketika
4- Masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. (kepekatan kuah bergantung pada citasa individu)
5- Kemudian masukkan mee kuning. Kacau rata lalu tutup api. Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Boleh juga menambah bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.
Selamat mencuba!
amacam? senang kan… sap sap suiii aje! Campak-campak aje apa jua rencah yang ada dalam fridge tu. Usah dok fening-fening macam Nina. Bikin stress aje nanti… Nanti keluar lak kedutan brownies kat muka lagi stress! hhahaha . .
Resipi Mee Rebus Sedap Senang
Rujukan : Buku Edisi Khas LBM 2003
Resipi Untuk Bulan Ramadhan
Bahan-bahan
1 paket Mee Kuning – dicuci dan dicelur lalu ditoskan
Bahan Sayuran
Taugeh – dicelur dan ditoskan
Sedikit Daun Sup – dihiris nipis
Sedikit Daun Bawang – dihiris nipis
Bawang goreng
4 Keping tahu – digoreng dan dihiris nipis
5 biji Cili Hijau – dihiris nipis
Limau Nipis/ Limau Kasturi – dibelah dua
Telur Rebus – belah dua
Bahan-bahan untuk Kuah
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang dikisar
3 biji bawang merah – dikisar
3 sudu lengkuas yang dikisar
4 batang Serai – dikisar halus
2 biji bawang putih – dikisar
1 cawan Udang Kering – dikisar halus (Nina tumbuk kasar-kasar ajer) Lagi banyak udang kering lagi sedapp..!!
300g Udang Hidup sederhana size – direbus dan dikisar halus
1kg keledek merah – direbus dan diblend halus (Nina lecek ajerr)
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit Ajinamoto (Nina tak letak)
4 sudu besar sos tomato
Air – agak-agak lahhh
Cara memasak
1- Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah dikisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2- Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3- Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. Bubuh garam, gula, tomato
4- Biarkan mendidih dan siap untuk dihidang. Hidangkan bersama bahan sayuran.
Selamat mencuba …!!
Resepi Bihun Goreng Hailam Tak Pedas
Bahan-bahan
1 packet bihun – Nina rendamkan dulu sebelum masak
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …
Bahan hiasan;
Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm
Bawang goreng
Cara-cara
1-. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
2-. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3-. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
4-. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5-. Masukkan bihun. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa. Kacau rata bersama daun kuchai
6-. Sedia dihidangkan
Selamat mencuba !!
Resipi Mee Goreng Hailam Tak Pedas
Bahan-bahan
1 packet mee (cuci dan toskan)
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
2 sudi besar cili kisar
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar kicap lemak manis
1 cawan air
rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …
Bahan hiasan;
Bawang goreng
Cara penyediannya
1- Panaskan kuali dan minyak
2- Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
3- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. Kemudian masukkan cili kisar masak hingga garing naik minyak.
4- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5- Masukkan mee. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi.
6- Sedia dihidangkan
Selamat mencuba !!
Resepi Bihun Sup Ayam Mudah Simple
bahan-bahan
1 paket bihun – direndam, direbus dan ditoskan – ketepikan
6 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 inch halia – hiris nipis
Separuh ayam – potong kecik (part isi Nina tak potong sebab nanti nak siat-siat isinya)
3 Fish Cake – dihiris nipis
Beberapa ketul Fish Ball – potong belah 4 atau ikut suka
Sayur Taugeh – cuci bersih, celur dan ketepikan
Carrot – potong ikut suka
Air secukupnya
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
1 sudu besar Serbuk Black Pepper
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun Sup
Daun Bawang
Daun Ketumbar
Cili Merah & Cili Hijau – untuk hiasan
Kacang Goreng
Bawang Goreng
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuninggan. Masukkan ayam dan rebus hingga empuk. Kalau korang suka pedas, ketuk lah beberapa biji cili padi.
2- Bila ayam dah empuk, asingkan isi ayam dan biarkan sejuk. Isi ayam tuu siat-siat halus – ketepikan. (nanti nak letak atas bihun.) Sementara tu, masukkan sos tiram, serbuk pati ayam Knorr dan semua bahan rencah lain. (Fish cake, Fish ball, carrot, dan rencah lain kalau ada). Kacau rata dan biarkan seketika mendidih.
3- Rasakan dengan garam secukup rasa. Dah masak semua tutup api. Tuangkan kuah diatas bihun yang telah direbus tadi. Buh sayur taugeh dan hiaskan dengan daun bawang, , daun sup, daun ketumbar, bawang goreng, kacang goreng beserta cili merah dan hijau. Sedia dinikmati.. Slurppp Slurpppp . . .
Simple dan mudah kan?? Campak-campak aje apa jua bahan yang ada dalam fridge tu. bebudak pun suka sup light gini..
Kuey Teow Goreng Campak-Campak Paling Senang
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
2 cawan udang sederhana size – dibuang kulit
1 1/2 cawan taugeh
Fish ball – belah empat atau ikut suka
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air / secukupnya
Daun kuchai – dipotong-potong 2inch
Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
Cara-cara
1- Panaskan minyak dalam kuali.
2- Goreng udang sekejap lalu ketepikan
3- Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
4- Masukkan telur, pecah-pecahkan telur menjadi ketulan-ketulan kecil
5- Masukkan sambal tumis bersama bahan sos, fish ball masak hingga mendidih
6- Kemudian masukkan air panas dan kuey teow. Dengan menggunakan api besar – kacau rata
7- Taburkan taugeh, daun kuchai dan juga udang yang dah diketepikan tadi. Kacau ala kadar ajer ….
8- Tutup api dan sedia dihidangkan …. Kalau ada cili jeruk sedap ni..!! (Nina tak de) hehee…
Jemput makan ….
Resipi Laksa Pendek Goreng Sedap Mudah
Resipi : saidila.com
Bahan-bahan
1 bungkus – loh see fun / laksa pendek
3 ulas – bawang putih
1 sudu kecil – lada hitam ditumbuk kasar
3 sudu besar – kicap cair
2 sudu besar – sos tiram
2 sudu besar – kicap pekat atau kicap ABC
segenggam – taugeh
sedikit – bawang goreng sebagai hiasan
Cara-cara
1. Rebus laksa pendek sehingga kembang dan toskan
2. Tumis bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak
3. Masukkan segala jenis kicap
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula
5. Masukkan taugeh , kacau sebentar matikn api
6. Taburkan dengan bawang goreng
Tips Tambahan
-loh see fun ni boleh jugak goreng macam mee goreng
-boleh tambah sayur lain seperti sawi atau kucai
-boleh gantikan lada hitam dengan cili padi jika suka
-boleh tambah fishcake atau fishball atau kepingan ayam juga
Selamat mencuba…!!
Resepi Mee Goreng Kasihku Ramadhan
Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …Bahan hiasan;
Bawang goreng
Cara-cara
Panaskan kuali dan minyak
Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa
Sedia dihidangkan
Resepi Mee Kari Paling Senang Sedap
Bahan-bahan
1 paket Mee kuning – cuci dan celur sekejap dan toskan
1 biji bawang besar -hiris halus
2 ulas bawang putih – Nina ketuk jer
1/2 inci halia -hiris halus
100gm udang bersaiz sederhana
100gm sotong bersaiz sederhana
Ayam – part tulang (leher, kepak, kaki) kalau nak isi terpulang
2-3 biji kentang -dipotong dadu
1paket fish cake – dihiris
1 paket tauhu pok, kerat 2 tiap 1
2 biji tomato dipotong kiub
1 kotak kecik santan kotak (Nina guna ni jer)
3 camca besar rempah kari daging (Baba’s) – dicampur ngan sedikit air jadikan pes
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasaBahan sampingan lain
Sayur sawi – cuci, potongan lalu dicelur sebentar
Tak de sawi, taugeh pun ok
Telur rebus secukupnya -belah dua
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah/hijau
Bawang goreng
Limau kasturi -belah 2
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2- Kemudian masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3- Tuang air, kacau dan biar mendidih.
4- Masukkan kentang dan part tulang ayam. Masak hingga empuk.
5- Selepas itu masukkan udang dan sotong, fish cake dan juga tauho pok. Biarkan mendidih.
6- Tuang santan. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
7- Biarkan mendidih, tutup api.
8- Sediakan Mee dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya bersama bahan sampingan lain. Sedia dinikmati…
Resipi Asam Laksa Pulau Pinang Mat Gebu
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA
600 gram ikan selayang @ ikan sardine (gunakan ikan yang segar)
6 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan, dibelah 4 setiap 1
1 genggam daun kesom
3 camca besar cili kisar
1 batang serai, diketuk
2 liter air rebusan ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air panas
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2.5 inci belacan
3 biji cili merah
BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA
Mi laksa secukupnya (jika guna yang kering, rebus hingga kembang, tos dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya, toskan)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Daun salad, hiris
Bawang besar, hiris
Nanas, dihiris kecil
Timun, dihiris kecil
Bunga kantan, hiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun pudina, hiris halus
Cili merah @ cilipadi, dihiris
Limau kasturi, dibelah 2
Petis @ otak udang, secukupnya
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH LAKSA :- 1- Ikan direbus dengan 2 liter air selama 15 minit. Keluarkan ikan, sejukkan. Asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan dihancurkan. Air rebusan tadi ditapis dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar, serai dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah sedikit air panas jika perlu.
Masukkan isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 20 minit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (boleh juga masukkan sedikit serbuk perasa jika suka). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
UNTUK LASAK ASAM PULAU PINANG :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa asam secukupnya (pastikan anda kacau dulu kuahnya). Tambah bahan2 ulam atasnya, taruk telur rebus dan sudukan petis atau otak udang sebelum dihidangkan. Jangan lupa perahkan limau kasturi…Selamat mencuba!
Bihun Goreng Singapura Sedap
Resipi : Chef Hanieliza
Bahan-Bahan:
600 gm bihun [direndam lembut dan toskan]
200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [dihiris kecil]
200 gm kucai [dipotong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [disagat ]
1/2 cawan air
3 s/b minyak masak
garam secukupnya
Bahan Tumbuk
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
bahan hiasan/tabur
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.
Macaroni and Cheese With Prawn
Bahan bahan (4 hidangan):
500 gram macaroni
50 – 80 gram butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan (500ml) milk
2 cawan (250 gram shredded cheese
Udang – buang kulit
Straw mushroom – belah dua
Chopped parsley
Garam
Black pepper or white pepper
Cara masak :
1- Masak macaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2- Udang direbus sekejap dan masukkan straw mushroom. Angkat dan tos.
3- Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan. Perlahan-lahan tuang susu sambil dikacau.
4- Masukkan udang dan mushroom.
5- Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api supaya simmer selama 2 minit. Tutup api.
6- Masukkan cheese dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
7- Tuangkan cheese sauce ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata.
8- Tabur garam dan lada putih secukup rasa.
9- Masukkan chopped parsley dan kacau rata.
10-Terus dihidangkan sementara masih panas panas.
Resipi Berbuka Puasa Mudah
Resepi Spaghetti Bolognesse Sedap Senang
bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging ayam cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang – dihiris halus-halus
1 biji carrot – dipotong dadu
4 biji tomato – dipotong dadu
4 s/b cili mesin (Nina kurangkan dalam 2 sudu besar sahaja)
2 labu bawang besar – dipotong dadu
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 s/b lada hitam
1 cawan tomato sos tomato
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
garam
1 sudu besar Mixed herbs
daun parsley untuk hiasan
Cara masak
1- Panaskan air bersama sedikit garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Masak hingga lembut dan toskan.
2- Gaulkan dengan sedikit Olive oil dan masukkan dalam pinggan.
3- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Masak sehingga wangi.
4- Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5- Masukkan ayam cincang dan kacau rata. Hancur-hancurkan ayam tersebut kepada ketulan-ketulan kecil. Kacau rata sehingga ayam masak.
6- Masukkan sos tomato, carrot, garam, air dan lada hitam bersama mix herb dalam satu sudu besar)
7- Gaul rata kesemuanya sehingga kuah mendidih.
8- Angkat dan tuangkan kuah ke atas spaghetti. Hiaskan dengan daun parsley.
Selamat mencuba !!
Resipi Berbuka Puasa Mudah
Resipi Laksam Sedap Mudah
Resipi : iresipi.com
Bahan-Bahan:
Bahan untuk kuah laksam:
1/2 kg ikan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
3 keping asam jawa
seketul gula melaka
pati santan dari 1 biji kelapa
Bahan untuk laksa kukus:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air suam
1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk sambal belacan:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
2 biji jus perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk ulam-ulaman:
kacang panjang
bunga kantan
timun
daun kesum
taugeh
bawang besar
limau kasturi
kubis
Cara Penyediaan
Cara untuk laksa kukus:
1- Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8″ atau 9″. Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
2- Satukan tepung bersama garam.
3- Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
4- Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
5- Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
6- Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
7- Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.
Cara untuk kuah laksam:
1- Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
2- Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
3- Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
4- Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
5- Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman
Cara untuk sambal belacan
Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa
Cara untuk ulam ulaman:
Hiris halus kesemua bahan ulam.
Tips:
Boleh dihidangkan bersama belacan dan garam (ikut cara orang kelantan)
Resepi Spaghetti With MeatBall ala IKEA
Bahan-bahan
meatball jenama Ramly secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
kentang goreng secukupnya (Nina tak der stok so tak letak pun)
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (yang ini pun Nina tak letak)
Sauce Gravy
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning – didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar – didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging
Cara penyediannya
1- Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2- Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3- Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4- Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar.
5- Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5- Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy! (Nina tak blend pun…. didih ajer terus tuang atas meatballs)
Resipi Roti John Homemade Mudah Sedap by Nina Mirza
2 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 inch halia – ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam – kalau nak letak
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk
Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.
Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…
Selamat mencuba!
Ahaa… Banyakk kann menu dan resepi tanpa nasi. Korang boleh laa try masak buat juadah tuk berbuka Puasa nanti. Selain tu … untuk menu Open House pun sesuai semua menu ni.
Buat yang ber DIET, Nina ada 15 Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN diet senang dimasak
Salam Ramadhan buat semua
Tu diaaa banyak resepi dok ada, tinggai rajin tak rajin nak masak je hehehe
Macam nak juling mata kita tengok makanak ni semua. Menarik sangat !
Sangat -sangat membantu la resepi ni semua kak Nina..thanks sharing..SA suka je bab resepi mudah macam ni..nak plak bila SA duk bujang ni kan…
Aduhai! Semua nampak sedap sangat! Deko dia pun dah macam level restoran! Tapi saya ni bab memasak memang selalu fail. Haha. Tunggu jelah kalau ada orang rajin masakkan. Kalau tak beli luar atau masak maggi. Tapi teringin pula nak mencuba hokkien me penang tu. Huhu.
Tengok resepi2 ni terliur sudah. Boleh try 1 hari 1 resepi. So ada idea la nak masak apa. Idak takde idea. Hehe.
wah… even yang bukan Muslim also can cook this together.. best la.. i never know can cook so much different noodles. i thought very complicated until i read your menu… simple!!
MEriahnya! Kalau macam ni tak susah dah la fikir menu apa nak masak dalam bulan puasa ni pilih je mana nak semua nampak senang
wow yummy food so hungry now. Love all that I see now shall let my sis to know too. thanks for these simple menu
wah ini sangat membantu! haha dah macam diari masakan dah. satu hari satu resipi. tq akak nanti khai refer resipi ni untuk masak . murah rezeki share resipi ni
Oh ya ampun!!! SEDAPPPPPPPPPPNYA!! Onie kadang pun skip nasi tapi suka makan makanan selain nasi. Terima kasih awak sudi share resepi..ni kalau tunjuk kat mak mesti suka dia.
Waaah,banyaknya menu kat sini.
Okay, kalau rajin nak masak nanti untuk berbuka, akan datang skodeng sini balik tengok resipi.
Kengkadang boring juga asyik makan nasi je. Resipi macam ni la biasanya ramai orang cari dan nak buat nanti
Wahhh ini sangat berguna utk rujukan akan dtg. Bukan utk bulan puasa je. Terima kasih kak kerana berkongsi menu2 mee nie. Sy pon kdang x lalu nak makan nasi, nak makan maknan berkuah pedas2. Uishhh terus terbayang mee bandung berhampiran rumah saya tu
Banyaknya resepi menarik kt sini. Lia nk star simpan mana tahu bila buntu nak masak apa boleh rujuk kat sini. Dah terliur tengok gambar.
Wahhh! 30 different recipes! That will keep me busy for a whole month for sure! The recipe looks simple enough to follow. Thanks for sharing, now I know whats next on my menu
Bulan puasa liez tak masak sgt.. just mkn biasa2 je. Tp resepi ni boleh buat simpanan utk hari-hari biasa.. sedap dan menyelerakan
Alamak semuanya sedap2 ni
Kena cuba la utk masak time berbuka nnt
semua sdap ni k.nina. tak sabar nak cuba..:)
Senang la macam ni…amik resepi kat sini je..thanks kak Nina for sharing
Terimakasih laa sangat berbakul2, Nina! Tak sangka masih juga ada beranika Resipi Mie dan Pasta yang hebat lagi mudah! So timely jumpa your website ni jelang Ramadhan minggu hadapan. Alhamdulillah bahan2 terterai boleh didapati di kebanyakan kedai bertema “Asian” di sini. Salam sayang dari kami di Amerika Syarikat!