As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Masih lagi di Bulan Syawal yang penuh dengan kemeriahan. Tapi rasanya masing-masing dah jemu menu Raya kan..?? Yelah, asyik-asyik nasi impit kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, ketupat lemang lontong. Semua menu berat! Badan pun semakin berat dan bulat! Hahaha.. Bihun Sup Ayam Simple Mudah
Perut lak terpaksa keje keras dok proses macam-macam kolestrol. hehee . . . Iyer tak?
Kalau korang pun sama macam Nina dah ada sikitttt bosan menu Raya, meh try menu paling simple dan mudah. Apa aje bahan yang ada dalam fridge tuu, campak-campak aje semua dalam periuk. Settel..!! Rencah tuu ikut suka korang nak letak apa.
Memandangkan dalam fridge ada stok ayam, maka Nina buatkan sup base ayam. Kalau korang ada daging, gunakan aje daging tuu.. Kot tak de gak, ikan seafood pun sedap. Kalau tak de gak, ikan bilis ke, udang kering ke belasah laaaa… Kalau tak de gak apa-apa dalam fridge tuu, sila buang fridge korang! Hahaha . . . Ok, jangan buat lak ya!
Sebelum Nina melalut entah ke mana merepek, jom tengok resepi simple mudah Nina. Pepandai korang nak tambah apa yang korang suka ya..
Bihun Sup Ayam Simple Mudah
bahan-bahan
1 paket bihun – direndam, direbus dan ditoskan – ketepikan
6 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 inch halia – hiris nipis
Separuh ayam – potong kecik (part isi Nina tak potong sebab nanti nak siat-siat isinya)
3 Fish Cake – dihiris nipis
Beberapa ketul Fish Ball – potong belah 4 atau ikut suka
Sayur Taugeh – cuci bersih, celur dan ketepikan
Carrot – potong ikut suka
Air secukupnya
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
1 sudu besar Serbuk Black Pepper
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun Sup
Daun Bawang
Daun Ketumbar
Cili Merah & Cili Hijau – untuk hiasan
Kacang Goreng
Bawang Goreng
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuninggan. Masukkan ayam dan rebus hingga empuk. Kalau korang suka pedas, ketuk lah beberapa biji cili padi.
2- Bila ayam dah empuk, asingkan isi ayam dan biarkan sejuk. Isi ayam tuu siat-siat halus – ketepikan. (nanti nak letak atas bihun.) Sementara tu, masukkan sos tiram, serbuk pati ayam Knorr dan semua bahan rencah lain. (Fish cake, Fish ball, carrot, dan rencah lain kalau ada). Kacau rata dan biarkan seketika mendidih.
3- Rasakan dengan garam secukup rasa. Dah masak semua tutup api. Tuangkan kuah diatas bihun yang telah direbus tadi. Buh sayur taugeh dan hiaskan dengan daun bawang, , daun sup, daun ketumbar, bawang goreng, kacang goreng beserta cili merah dan hijau. Sedia dinikmati.. Slurppp Slurpppp . . .
Simple dan mudah kan?? Campak-campak aje apa jua bahan yang ada dalam fridge tu. bebudak pun suka sup light gini..
Kalau korang nak buat menu open house pun ok jer… Rencah tuu kasi lagi meriah laa.. Pastu ada cili kicap memang terangkat laa! Buat meriah macam gini http://ninamirza.com/2012/05/24/bihun-sup-ajer-laaa-yea/
NinaBihun Sup Ayam Simple Mudah
wow! sedapnya.. boleh cuba ni,
waaah bestnya bihun sup. feveret bamhoq ni.. len kali bgtau awal kalau nak buat. bamhoq nak gi makan.. hehehe
Bihun Sup memang nampak simple… Tapi bila kena gayanya, Perghhh… Memang rasa nak tambah lagi dan lagi… 😉
alahai mengiurkan sungguh, nanti nak cuba resepi ni 🙂
lapaqqqqqqqqqqqqqqq
hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back 😉
Tq…sharing yang bagus
Sama² kembali 🙂
Wahh….my feberet ni..t blh cuba resepi ni pl
Marina, cuba jangan tak cuba…!!
Nanti dah cuba share gamba ngan Nina ehh
Salam, ni berapa orang makan?
Wa’alaikumussalam
Yang ni sepeket bihun… Kalau kat rumah Nina sekeluarga sekali makan. (2 org + 1 sek. Menengah + 2 sekolah rendah dan sorang 4tahun) … Geng makan tambah². Hehe
Bergantung pada sapa yang makan. Rasanya sepeket bihun boleh hidang untuk 5 org dewasa makan… Kot laa
Moga jawapan Nina membantu
Maaf yaa kurang arif. Nina share menu Family jer… Huhuuu
Salam kak nina.Tak payah pakai sup bunjut tu ke?
Wa’alaikumussalam Ekaa,
Versi ni campak². Very simple. Tak letak tapi dah buh kiub pati ayam knorr.
Kalau ada stok letak lah sup bunjut. Lagi sedap…
Hi there! I suppose that my family members will be satisfied with such a tasty salad! the recipe is indeed tricky!
very nice article
The article you have shared here very awesome. I really like and appreciated your work. I read deeply your article, the points you have mentioned in this article are useful
Liez suka klau yg soupy² macam ni kak.. sbb cepat kenyang dan senang nak masak.. boleh cuba resepi ni nnt
Awesome article. Thank you so much for sharing with us. keep sharing this type of articles in future..
Great article. Thank you so much for sharing with us.