Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 18, 2015December 20, 2022

Resepi Kek Nestum – sedap, moist dan bahannya pun mudah

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera .. Sapa suka makan Nestum? Cer angkat tangan . . . . macamlah Nina nampak lak kannn . Nina suka makan nestum. Rasanya yang lemak dan tidak terlalu berat selesa aje lalu kat tekak. Ia juga tidak muak. Sesuai buat sarapan pagi.

Isi Kandungan hide
1 Sarapan Nestum sedap !
2 KEK NESTUM
2.1 Bahan-bahan 250gm Butter 200gm Gula Kastor 230gm Tepung Kek – diayak (**) 1 Sudu Teh Serbuk Penaik – diayak (**L 70gm Nestum 50gm Air Susu 4 biji Telur Gred A 3 Sudu makan Golden Syrup
2.2 Cara membuat 1-. Griskan acuan berukuran 8x8inch. Laping dengan kertas serap minyak. Panaskan oven pada suhu 180c 2-. Satukan butter dan gula kastor lalu di pukul hingga kembang dan berkrim 3-. Masukkan telur sebiji demi sebijisambil dipukul hingga sebati 4-. Kemudian masukkan Nestum dan golden syrup lalu digaul rata. (Nina guna senduk aje) 5-. Akhir sekali masukkan bahan yang di ayak (**) sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air susu. 6-. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1jam atau hingga kek masak.
2.3 Selamat mencuba! Nak pesan sikit ni >>>> guna nestum untuk family pack kuning original tuu tau, Jangan lak pi guna nestum baby yang tak dak gigi tuu Hehe.. . Faham kot naa~
3 Related posts:
4 Bila lalat masuk dalam makanan. Apa nak buat? Boleh makan lagi ke?
5 DIY Tips dapur : Berkesan tuk hilangkan semut, minyak degil, bau hanyir
6 AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH OEM Founder Produk Sendiri
7 Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!

Sarapan Nestum sedap !

Selalunya Nina makan Nestum bersama air coklat panas. Nestum tuu lak tidak pekat. Ala-ala air bercereal gitu. Boleh laaa buat alas perut tatkala kelaparan tahap tertinggi atau sebagai appetizer sebelum makan berat. **Hamboi** banyak makan Nina nie…. Hehee
 
Dah jemu asyik buat Choc Moist Cake yang paling sedap, sesekali nak juga coba buat kek lain. Selak punya selak buku resepi ‘Hidangan Kek’ keluaran penerbitan Alaf 21, akhirnya Nina decide nak cuba Kek Nestum. 
Kek Nestum Sedap Mudah
Hurmm…. Sedap tau Kek Nestum ni. Terasa lemak manis Nestum, moist dan menepati citarasa Nina sekeluarga. Nak pula Nina dok calit skit topping cream cheese ngan strawbery, laju ajer Geng belasah. 
Haipp…!! Ingat orang belakang sikit~ hihiii . . . . (sedap lah tuu)
 
Jom tengok resepi mudah Kek Nestum. Kali ni sukatan gram so kena lah pupuk kegigihan kerajinan menimbang ya.. Sebenarnya kan, Nina paling suka resepi yang guna sukatan cawan namun Nina kena terima hakikat bahawa sukatan timbang-timbang gram ni lebih tepat dan biasanya Kek lebih sedap! Contohnya Choc Moist Cake yang ramai dok buat dan puji akan kesedapannya… 
Berduyun-duyun dok repeat order. Sedap lah tuu kannn…. 

Terima kasih ya sudi order tanpa jemu ngan Nina .. 🙂

#ehh…. Nak resepi Choc Moist Cake yang sedap tuu? Buleh…. Click Kek Coklat Lembab Versi Bakar yang moist sedap. Sudi lah try ya, nanti comment ehh~ Dah dahh….. Cepat salin resepi Kek Nestum yang berkhasiat ni lak…

KEK NESTUM

Bahan-bahan
250gm Butter
200gm Gula Kastor
230gm Tepung Kek – diayak (**)
1 Sudu Teh Serbuk Penaik – diayak (**L
70gm Nestum
50gm Air Susu
4 biji Telur Gred A
3 Sudu makan Golden Syrup
Cara membuat
1-. Griskan acuan berukuran 8x8inch. Laping dengan kertas serap minyak. Panaskan oven pada suhu 180c
2-. Satukan butter dan gula kastor lalu di pukul hingga kembang dan berkrim
3-. Masukkan telur sebiji demi sebijisambil dipukul hingga sebati
4-. Kemudian masukkan Nestum dan golden syrup lalu digaul rata. (Nina guna senduk aje)
5-. Akhir sekali masukkan bahan yang di ayak (**) sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air susu.
6-. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1jam atau hingga kek masak.
Selamat mencuba!

Nak pesan sikit ni >>>> guna nestum untuk family pack kuning original tuu tau, Jangan lak pi guna nestum baby yang tak dak gigi tuu
Hehe.. . 
Faham kot naa~





Related posts:

Bila lalat masuk dalam makanan. Apa nak buat? Boleh makan lagi ke?

DIY Tips dapur : Berkesan tuk hilangkan semut, minyak degil, bau hanyir

AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH OEM Founder Produk Sendiri

Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!

Lifestyle Resepi cakeKekKek Nestumkudap kudapanMenu specialResepiresepi mudahresipi ringkasresipi viral

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. lina says:
    July 3, 2016 at 1:34 pm

    nina pakai susu apa?evaporated milk(susu cair ideal) atau susu manis?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 3, 2016 at 10:54 pm

      Nina guna susu kotak UHT yang biasa tuu…
      Kalau nak guna susu cair pun ok

      Reply
  2. Khairani Yeon says:
    July 27, 2016 at 4:56 pm

    Assalamualaikum… boleh gantikan dengan tepung gandum?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 27, 2016 at 6:29 pm

      Wa’alaikumussalam khairani,
      Maaf tak pernah try
      Rasanya boleh jer. .. cuma kurang gebu kot

      Reply
  3. Yana says:
    November 5, 2016 at 8:18 pm

    Akak goldem syrup tu takpakai takpe tak

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      November 6, 2016 at 3:44 am

      Yana, nanti kek tak cukup manis

      Reply
  4. ila says:
    May 19, 2017 at 8:26 pm

    assalammualaikum kak.. nak tanya air susu tuu betul ke 50 gm? ke 150gm? sb kbykkan resepi kek nestum yg lain pkai 150gm air susu..

    Reply
  5. ila says:
    May 19, 2017 at 8:28 pm

    assalammualaikum.. nak tanya air susu tu betul ke 50 gm? ke 150gm? sb tgok resepi kek nestum yg lain kbykkan guna 150gm air susu.. maaf ye tnye

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes