Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 5, 2015

Mee Hailam Mudah dan cepat…. Menu kegemaran anak-anak

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rata-rata ramai sedia maklum bahawa kanak-kanak payah nak suka makan nasi. Tak tahu kenapa. ..
Mereka lebih suka makan menu lain terutama berasaskan roti dan Mee. Anak-anak Nina pun sama. Terutama sekali Eilyana. Nak suruh makan nasi umpama panas menanti beku. #ehh… Macam tak kena ehh… Erkk~ buat-buat faham je laa ehh Hahahaa..

Dipendekkan cerita, mamanya kena laa rajin masak yang bukan berasal dari nasi. Kadang Nina gantikan menu bihun, Mee dan pasta. Amboi Yana, taste omputeh gitu! Layankan aje janji dia makan. Settel… 
Mee Hailam Mudah ini antara menu yang kerap Nina masak. Lagi pun cepat penyediannya. Masuk aje apa rencah yang ada dalam fridge. Kadang Ayam, Udang, daging (daging malas sikit pasal lambat empuk).
Untuk anak-anak tak perlu nak bersakan sangat masak, nanti depa tetiba tak mau makan kita yang stress. Keikhlasan dan kebersihan yang utama. 

Kita lebih arif akan kehendak dan kegemaran mereka. Hargai lah citarasa mereka sekali sekala. Yang penting ianya berkhasiat.

Mee Hailam ni masak time nak makan. Kalau lelama terendam ngan kuah, tak sedap! Nanti Mee kembang tak feel nak makan. Atau cara lain buat kuah asing, nak makan baru tuang  kuah atas mee yang dah dicelur. 

Mee Hailam Mudah
Bahan-Bahan
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam – nina hiris nipis
100 gm udang kecik

1 cawan air
4 ulas bawang putih  – Nina ketuk aje
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
3 sudi besar sos tomato
minyak masak untuk menumis

Bahan sampingan
sawi hijau -potong anggaran 2inch
bunga kubis
kobis
1 biji cili merah

bahan hias
3 batang daun sup
3 batang daun bawang

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


Selamat mencuba!



Uncategorized MeeResepi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes