Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 4, 2015March 18, 2021

Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak.

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera … Roti antara menu kegemaran  anak-anak Nina.  Stok roti sentiasa ada kat atas meja.  Kadang anak-anak akan sediakan sendiri samada sapu marjerin, kaya, chocolate cream atau apa saja ikut kegemaran mereka. Dan nina juga kerap pelbagaikan menu berasaskan roti untuk mereka. Resipi Roti Sausage Roll   

Roti berintikan sausage antara menu yang paling kerap Nina buat. Sebab penyediannya yang senang dan ini merupakan menu  kegemaran mereka so gerenti licin habis! Tak de pembaziran… Tak baik membazir, tu kan amalkan syaitonnnnnn..

Buat yang bekerja tuu, boleh prepare malam bab gulung-menggulung dan esok paginya hanya celop telur dan goreng.  Anak-anak boleh buat bekalan ke sekolah. Jimat duit belanja…. Simpan dalam ‘tabung. Kita pun sama boleh bawak bekal. Maklumlah semuanya mahal yang amat sekarang. Why why….?? Huwaaaa…..

“Keadaan ekonomi sekarang ini, rakyat perlu bijak berbelanja dan menguruskan perbelanjaan mereka” 
Sila take noted yaa pesanan penting dari pak menteri kita. Hadam kan! Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak

Ok, tak mau ulas lagi bab politik, ekonomi, menteri… Sapa lah saya! nanti ulasan boleh jadi ke arah bebelan tanpa henti. Payah nanti! Tetiba sakitnya tuh disini didalam hatiku… Huhuuu

Isi Kandungan hide
1 Resipi Roti Sausage Roll
2 Related posts:
3 Seram menakutkan! Drama JALAN SESAT KE SYURGA naskah islamik terbaik
4 Wahh... Bestnya! Makan makan makan... Pastu redeem FREE FOOD di Paradigm Mall PJ
5 Resipi Biskut Cornflakes Sedap Mudah Sukatan Cawan
6 Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!
Resipi Roti Sausage Roll

Resipi Roti Sausage Roll

Bahan-bahan
8 keping roti
8 sausage
1 biji telur
sedikit garam
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer – hehee…)
2-  Letakkan sausage dan gulung
3-  Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam
4-   Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api perlahan/sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sausage kat dalamnya tak sempat masak,  roti dah rentung aka over fried)
5-  Toskan dan sedia dihidangkan

Senang aje kan….?? Cepat dimasak, senang jer buatnya, dan anak-anak gerenti suka! kekadang kita tak perlu buat menu yang susah sangat untuk anak suka makan. Buat simple ringkas gini pun ok. Janji bila kita dah penat masak, anak makan habis kita pun seronok! Kannn . . .
So Jom menggulung roti.
Selamat mencubà!



Related posts:

Seram menakutkan! Drama JALAN SESAT KE SYURGA naskah islamik terbaik

Wahh... Bestnya! Makan makan makan... Pastu redeem FREE FOOD di Paradigm Mall PJ

Resipi Biskut Cornflakes Sedap Mudah Sukatan Cawan

Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!

Lifestyle Parenting Resepi bekal sekolahbreakfastIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Nak Masak ApaKids Menukudap kudapanmenu anak-anakmenu cepatmenu minum petangMenu sarapanResepiresepi mudahresepi ringkasresipiRotiRoti Sausage GulungRoti Sausage RollRoti sausage roll menu mudah anak-anakRoti TelurWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes