Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Chef Seri Pacific Hotel Buffet Ramadhan 2016
May 13, 2016March 24, 2023

Buffet Ramadhan SERI PACIFIC HOTEL KL Bertemakan ‘Sajian Nostalgia’ yang menggamit kenangan

Buffet Ramadhan SERI PACIFIC HOTEL KL Bertemakan ‘Sajian Nostalgia’ yang menggamit kenangan | Tik tok tik tokkk….. Tak lama aje lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Tak sampai  sebulan lagi… Korang dah ganti puasa? Hurmm… Belum ehh…?? Haippp… Yang belum tuu segerakan laa ya..

Isi Kandungan hide
1 Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel
1.1 Sajian Nostalgia di Seri Pacific Hotel
1.2 Masakan Kampung
1.3 Ulam-ulaman dan Pelbagai Sambal yang meletop
1.4 Dessert
1.5 Persembahan Gazal
1.6 Surau
1.7 Wi-Fi
1.8 Parking
1.9 Harga
1.10 Promosi
1.11 Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel
1.12 Related posts:
2 Kebaikan Khasiat Habbatus Sauda Untuk kesihatan. Pengalaman Antara Aku, Asthma dan Habbatus Sauda
3 Pusat Tuisyen Online Terbaik FLYHIGH bantu anak score A
4 Roti Pizza 2Fast2Furious !! Belasah jer laaa ....
5 MARRYBROWN APP DISKAUN DEALS LEBIH MURAH JIMAT

Bila citer bab Ramadhan, juadah berbuka puasa merupakan topik utama sok sek sok sekk kannn…. Pasti korang akan survey Bazar Ramadhan yang meriah untuk beli tapau nanti tak pun akan  survey Buffet Ramadhan 2016. Yang pasti ianya menyajikan menu pilihan tekak selera korang. Iyer tak?

Hurmm …. Selera tekak tuk bulan Ramadhan memang luar biasa. Macam ada jin dok dalam perut tuu kann… Hahaa . . . Macam-macam menu bermain kat fikiran. Kalau  korang teringin menu ala kampung yang mengimbau ‘Sajian Nostalgia’ meh Nina cadangkan korang berbuka ala Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel, Jalan Putra Kuala Lumpur.

Ala…. Dekat ngan PWTC dan Sunway Putra Mall tuu.. Public transport pun senang sangat. Kalau naik LRT Star turun kat PWTC. Jalan kaki tak sampai 100m. Ada jejantas terus ke Seri Pacific Hotel. Kalau korang yang nak naik komuter pun senang, turun kat stesen PWTC jalan kaki pun dekat gak. Jangan risau, kalau korang jalan kaki tak kan berpeloh-peloh sampai basah baju punya laa…  hehee . . . .

Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel

Chef Seri Pacific Hotel Buffet Ramadhan 2016

Sajian Nostalgia di Seri Pacific Hotel

Hidangan iftar yang bakal disajikan oleh Seri Pacific Hotel untuk Buffet Ramadhan 2016 kali ni diketuai oleh Chef Mohd Azman Bin Jemingan bersama team nya sempena tema ‘Sajian Nostalgia’. Antara menu nya ialah Bubur Lambuk, Lemang dan Ketupat, Serunding Daging Ayam, Rendang Ayam, Nasi Kandar dan Sup Gearbox.  Sup ni sangat memukau selera.  Jom cuci mata ….

Sup Gearbox sedap Buffet Ramadhan Ifftar 2016 Seri pacific Hotel Sajian Nostalgia
Slurpp slurppp …. Terangkat Sup Gearbox ni.. Nak nak pekena masa hujan. Layann… Siap ada straw lagi!

Masakan Kampung

Ini antara menu iftar yang bakal membuatkan teringat-ingat kampung halaman ke masakan Mak nun jauh di mata…. Jangan nangis nengoknya yaa…

Sambal Udang Petai sedap Buffet Ramadhan 2016 Seri Pacific Nostalgia Sajian
Serius weyyy.. Sambal Udang Petai dia sedap! Udang fresh, sambal yang tak berapa pedas memang layan dok mengadap udang ni aje! **Selera Mak Buyung lepas gian** hehee . . . .
Ikan Patin Tempoyak memang membuka selera berbuka puasa... Seri Pacific Hotel Buffet Ramadhan 2016 Sajian Nostalgia
Ikan Patin Tempoyak memang membuka selera berbuka puasa…
Seri Pacific Hotel Buffet Ramadhan 2016 Sajian Nostalgia
Ikan Kembung Bakar Sumbat ni sedappp….!! Disumbat dengan kepala parut bercili. Lain dari yang lain. Kenapa sedap ni..??
Kambing golek sedap Buffet Ramadhan 2016 Seri Pacific Hotel
Sedap weii …. Kambing golek ni.. Lembut, empuk, moist – pekena lak ngan sos black pepper nya yang sedap!

Ulam-ulaman dan Pelbagai Sambal yang meletop

Ulam Ulaman Buffet Ramadhan 2016 Seri Pacific Hotel

Selain tuu, tak akan pernah lupa pasti disediakan Ulam-ulaman Kampung antaranya Kacang Botol, Pegaga, Ulam Raja favorite Nina ni.., Daun Kadok dan Paku Rawan. Pekena lak ngan sambal cecah  tradisional  – Sambal Belacan (sedappp weii sambal belacan dia), Cencalok, Budu, Tempoyak, Sambal Nenas, Sambal Mangga,  dan Sambal Gesek. Gerenti korang tambah nasi.

Dessert

Aduyai …. Sedapnya..!! Tercapai cita-cita. Dah lama ngidam nak pekena serawa durian. Wallaa…!

Menu Iftar tak lengkap tanpa dessert aka pencuci mulut. Antara yang bakal disajikan tuk Buffet Ramadhan 2016 kat Seri Pacific Hotel ni seperti Bubur Cha Cha, Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah dan Bubur Jagung. Nina tak sabar pekena Pulut bersama Kuah Serawa Durian. Alahai …. Nikmatnya …

ABC Sedap Buffet Ramadhan 2016 Seri Pacific Hotel
ABC pun adoo …!!
Buah naga ni paling banyak Nina makan… Manis!

Tak lupa buah-buahan tempatan antaranya Nangka, Jambu Air, Langsat, Salak, Duku dan macam-macam lagi.. Seri Pacific Hotel Buffet Ramadhan 2016 Sajian Nostalgia

Persembahan Gazal

Selain menu iftar yang menggamit Nostalgia, turut disajikan persembahan Gazal memeriahkan Buffet Ramdhan 2016 korang nanti. Buat yang punya anak-anak tak kenal musik tradisional,  inilah masanya…. **ker korang sendiri tak tahu musik Gazal?? Erkkk….***

Surau

Kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur semuanya lengkap. Selain lokasi yang stategik dan public transport yang memudahkan perjalanan, kat sini pun disediakan surau yang selesa kat tingkat enam sepanjang bulan Ramadhan. Lepas iftar kalau korang nak terus solat terawih pun senang, kat Masjid PWTC jerr. . . ***sebelah jer Hotel jerr***

Wi-Fi

Ahaaa…. Laaa ni semua dok cari Wi-Fi kann.. Jangan risau! Kat Pacific Ballroom dan Zende Restaurant ada!  Boleh laaa korang selfie terus upload dan share gambar menu iftar korang yang sedap tuu ngan kengkawan media sosial. Acecehh…. Macam tak biasa buat lak kann…

Parking

Dah citer tadi selain korang boleh naik LRT atau Komuter, yang naik kereta pun tak susah. Parking senang sangat. Banyak pilihan. Samada parking kat Seri Pacific Hotel, kat Sunway Purta Mall, PWTC  atau kat Stesen Bas Putra pun ada. Ikut pilihan korang nak park kat mana .. . .

Harga

Pacific Ballroom
5hb  Jun – 6hb Julai 2016
RM98 (Dewasa)
RM49 (Kanak-kanak)

Menyajikan konsep gerai aka stall yang menyediakan pelbagai menu menarik. Antara menu yang akan membuka selera korang ialah Sup Ekor Mamak, Sup Ayam, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi bersama Pisang Muda, Ikan Siakap Kukus, Ayam Lemak Rebung Santan Nipah Muda, Ikan Sembilang Laut Berlada, Tumis Kupang Hitam dan banyakkkkk lagi . . .

Promosi

Ok, sebaiknya korang tempah awal untuk Buffet Ramadhan 2016 kat Seri Pacific Hotel ni sebab ada promosi hanya RM70 seorang jika tempah sebelum 15hb Mei ini.  *** Promosi untuk Pacific Ballroom Buffet*** Seri Pacific Hotel Sajian Nostalgia Ramadhan buffet 2016 

Zende Restaurant (Aras Lobi)
8 Jun – 4 Julai 2016
Rm128 (Dewasa)
Rm64 (Kanak-kanak)

Menyajikan citarasa istimewa mereka yang akan membuatkan korang terliur …  Gulai Ayam Umbut Kelapa, Lemang, Satay Ayam Daging, Variati Dim Sum, Sup Gear Box, Mee Rebus, Laksa Johor, Mee Udang, Roti Jala, Murtabak Ayam, Rojak Singapore, Pasembor, Kari Kepala Ikan, Ayam Golek Percik  ….. Aduhh ….. Nina yang terliur sambil tulis type ni… Huhuuu .  . . Banyak lagi kalau nak tulis ni… tak sanggup dah Mengimbau Kenangan Nostalgia di Seri Pacific Hotel Buffet Ramadhan 2016

Untuk tempahan dan pertanyaan
Tel :  03-4049 4351 / 03-4049 4352
Email : fbresv@seripacific.com

Untuk maklumat lanjut, korang terjah intai-intai kat

Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Tel : 03-4042 5555

Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel

Selesai sudah Preview Buffet Ramadhan 2016 Seri Pacific Hotel … Dari kami KelabBloggerBenAshaari. Buat yang tercari-cari area Selangor Nina ada kongsikan Buffet Ramadan Selangor 

Selamat Menyambut Ramadhan buat semua….

Related posts:

Kebaikan Khasiat Habbatus Sauda Untuk kesihatan. Pengalaman Antara Aku, Asthma dan Habbatus Sauda

Pusat Tuisyen Online Terbaik FLYHIGH bantu anak score A

Roti Pizza 2Fast2Furious !! Belasah jer laaa ....

MARRYBROWN APP DISKAUN DEALS LEBIH MURAH JIMAT 

Lifestyle Review Tips buffet hotel ramadhan 2016Buffet Ramadan KLBuffet Ramadan Seri Pacific HotelBuffet Ramadhan 2016Buffet sedap KLHarga Buffet Ramadhan 2016Hotel Kuala LumpurIftar 2016Jalan Jalan Cari Makanmenu iftar 2016Sajian Nostalgiaserawa durianSeri Pacific Hotel

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. Shiqeen Sattar says:
    May 13, 2016 at 12:37 pm

    Macam best. Wajib try!

    Reply
  2. rozita says:
    May 13, 2016 at 12:50 pm

    peh… dah la orang memang tengah puasa ganti ni… tetiba je keluar lagu… “bila tiba hari raya…semua insan bergembira… tetapi bagiku hanya kesedihan yang menyelubungi hidup”… ceh!

    Reply
  3. rajee says:
    May 13, 2016 at 3:14 pm

    Pulut durian sedap gileeeee

    Reply
  4. saidila says:
    May 13, 2016 at 4:29 pm

    menariknyaaaaa….terliur tengok…sib sekarang belum bulan puasa….huhuhu

    Reply
  5. Anuar says:
    May 13, 2016 at 4:53 pm

    Sekarang ni hotel2 dah mula buat Buffet Ramadhan… Untung lah dapat makan free…

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says:
    May 13, 2016 at 6:33 pm

    Wah ada serawa durian! Bestny, jarang jumpa dah tu

    Reply
  7. Ariq Rakoli says:
    May 15, 2016 at 2:54 pm

    Waaa kuat nya kak nina makan huhu .. Menu wajib – kambing golek amd gearbox 😉

    Reply
  8. cik nor says:
    June 13, 2016 at 12:34 pm

    ui..sdapnya kak nina..:)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes