Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor
March 16, 2023March 18, 2023

BUFFET RAMADHAN 2023 SELANGOR : RM88 100 SAJIAN DEWAN BANKUET MBSA TERBAIK

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba … Bila tiba bulan Ramadhan pastinya ramai antara kita akan survey kat mana adanya Buffet Ramadan near me yang ada disekitar kita kann? Buat yang tinggal di sekitar Shah Alam tentunya akan cari Buffet Ramadhan 2023 Selangor kann? Selain dari tu pasti kroang dok survey harga yang menepati poket dan seterusnya apa menu yang disajikan. Kan kannn…? Semua benda ni penting untuk kita ambik kira dan ambik tahu . Setuju?

Maka hari ni Nina nak share ngan korang kat mana tempat makan sedap yang ada pakej Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor dengan harga yang berpatutan dan pelbagai pilihan menu yang menarik! Bertempat di Dewan Bankuet MBSA dengan tema SELERA NUSANTARA .

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor

Selera Nusantara menyajikan pelbagai menu menarik!

Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Selangor nanti ada beberapa stall yang menarik untuk korang terjah!
Ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.

buffet ramadhan 2023 selangor

Harga Buffet Ramadhan 2023 – Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

  • RM98 Nett untuk dewasa
  • RM58 Nett untuk warga emas kanak-kanak
  • bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Kemudahan yang disediakan terbaik

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Buffet Ramadan 2023 Shah Alam Selangor

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 – Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Korang juga boleh lah follow dan intai for more info :-
Tiktok : www.tiktok.com/nusantaracatering.event
FB : www.facebook.com/nusantaracatering.event
IG : www.instagram.com/nusantaracatering.event

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor

HARGA BUFFET RAMADAN 2023
‘SELERA NUSANTARA’ DI DEWAN BANKUET MBSA, SHAH ALAM

Promosi tempahan awal atau omputeh kata early bird price sebelum/pada 23 Mac 2023
RM88 nett (dewasa)

Hayatilah keindahan bulan Ramadan tahun ini dengan berbuka puasa di Dewan Bankuet Shah Alam yang menawarkan ruang parkir percuma, persembahan dari artis jemputan, kids corner, mesra OKU dan pelbagai kemudahan buat semua peringkat umur. 

Jangan lepaskan peluang ini dan buatlah tempahan awal sementara stok masih ada. 
Bermula 25 Mac – 20 April 2023
Dewasa RM98nett
Kanak-kanak & Warga Emas RM58nett

Untuk tempahan Pakej Buffet Ramadhan Selera Nusantara
sila hubungi: https://www.wasap.my/601154040385

Jom bawa yang tersayang berbuka puasa di sini. Sesekali berbuka puasa kat luar pun seronok!
Atau yang mana nak buat reunion ke, jamuan keluarga ke sesuai sangat kann… Eratkan silatulrahim sesama kita, saling bermaafan dan menghargai apa yang ada selagi adanya peluang dan ruang.

Salam Ramadhan buat semua, maaf zahir batin

Related posts:

Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
MB EGG-STRA ONG LAGI POWER KEMBALI LAGI . JOMMM
Bedak SUCHI tanpa pewangi pelbagai guna wajib bawa ketika Umrah Haji
Cantik kan bag Nina ni...? Sapa sangka rupanya ini Diapers Bag by ETHISSA
Review Travel Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam SelangorDewan MBSA Shah AlamFood reviewharga buffetHarga Buffet Ramadhan 2023Harga Set Buka PuasaIftar Ramadhanmakan mana sedapMakan sedap Shah Alam SelangorNusantara Catering EventSelangor

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Brother Kancil says:
    March 18, 2023 at 11:13 am

    dah jumpa yang di cari cari. terima kasih cik nina

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes