Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

resepi Mee Goreng Mamak
April 22, 2016March 23, 2023

Mee Goreng Mamak | menu ringkas, cepat dan segera. Janji adoo . . .

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …. Jumaat kembali lagi. Bismillah dimulakan dalam setiap perkara yang kita lakukan dan akhiri dengan Alhamdulillah. Moga mendapat keberkatan dalam setiap perkara dan niat baik yang kita lakukan. InsyaAllah…

Isi Kandungan hide
1 MEE GORENG MAMAK
2 Related posts:
3 Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~
4 Have Fun at KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
5 Sinopsis SETELAH TERLAFAZNYA AKAD ASTRO
6 Agar-Agar Cendol Gula Melaka.... Sedappp nyer!!

Hari ni Nina tak punya masa yang banyak nak berceloteh membebel bagai. Kekangan masa terburu-buru mengatasi segala. Kelam kelibut dah macam Aloyah isteri Kassim Baba gamaknya! Ehh … Korang ingat tak citer P.Ramlee ni? Apa ehh tajuknya…?? Ahhaa…! Yang P.Ramlee jadi menyamun tarbus tuu.. Hah..!! Dah ingat.. Ali Baba Bujang Lapok. Ehh.. Sempat ada selingan kisah P.Ramlee. Hahaa . . .

Ok, Nina hanya mampu kongsi kat korang hari ni Mee Goreng  Mamak Style yang selalu gak menjadi menu santapan Nina sekeluarga. Sebelum ni dah biasa Nina kongsikan. Korang rajin meh baca ceritera Nina pasal Aney… Mee Goreng Mamak satu! Biasalah, Nina kan selalu nak cepat dan segera, apa aje dalam fridge Nina godekkan. Nak nak MyGang tak gemar makan nasi so menu Mee, Bihun, Roti, Kari, Sambal (Buat cecah ngan roti) yang selalu Nina dok ulang tayang masak. Janji ado . . .

MEE GORENG MAMAK

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
1 paket Mee Kuning
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
10 sudu besar kicap cair – Nina gantikan kicap lemak manis
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
1 sudu besar serbuk kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
3 keping cucur udang – dipotong 6 **Nina tak letak
2 batang sayur sawi – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 cawan taugeh – dibuang ekor, dicuci bersih dan ditoskan
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan udang laut bersize kecik– dibuang kulit ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, kicap lemak manis, sos tiram, serbuk kari, tauhu, cucur udang, fish cake dan udang. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan mee kuning dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga mee dan sawi masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato dan taugeh. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, limau kasturi dan bawang goreng.

“ Adek maniss, mee goreng mamak siap!” hehee…..

Mee Goreng Mamak style ni sesuai gak buat minum petang weekend korang  dan sesuai gak buat sajian tetamu tetiba datang pun ok. Cepat jer siap!  Janji Adoo . . . . kann…..

Related posts:

Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~

Have Fun at KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

Sinopsis SETELAH TERLAFAZNYA AKAD ASTRO

Agar-Agar Cendol Gula Melaka.... Sedappp nyer!!

Lifestyle Resepi mee goreng mamak. mee gorengmenu minum petangresepi mudahresepi ringkasresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Suriaamanda says:
    April 22, 2016 at 8:36 am

    berbunyi terus perut SA lepas tgok mee goreng mamak tu ha…sabar jer la…

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 22, 2016 at 8:44 am

      SA, Agak-agak lagu apa yang berkeroncong tuu..?? Hindustan ke Zapin? hehee . . .
      pepagi ni sarapan dulu ya. Take care

      Reply
  2. Anuar says:
    April 22, 2016 at 10:42 am

    Pergghhh… Kalau dapat pekena mee gorang mamak ni masa sarapan pagi, memang bestlah…. Sekali rasa terus rasa tak larat nak buat kerja….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes