Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap
October 31, 2012September 8, 2023

Resepi Daging Korban Goreng Berempah simple mudah … Lembut, moist, sedap !! Asyiknya makan..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera ….. Daging korban! Nak masak apa dengan daging korban nie….?? Pasti kekadang tu terlintas dibenak fikiran masing-masing memikirkan perihal daging korban  nak dimasak apa agaknya … Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap sedap ke?

Isi Kandungan hide
1 Daging Korban masak apa ?
1.1 TIPS Memilih Daging Segar
2 DAGING KORBAN GORENG BEREMPAHRESEPI SIMPLE SEDAP
2.1 Daging Korban Goreng Berempah
2.2 Daging Korban Goreng Berempah Cara Masak Simple Sedap
2.3 Related posts:
3 Cara buat CILI JERUK HIJAU Homemade. Tips cili jeruk tahan lama tak berkulat
4 RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE | Menu Wajib Ada Berbuka Puasa puashati buat sendiri
5 Alahai cantiknya Puteri Ayu ..!!
6 15 Resipi Mudah Menu EAT CLEAN khas untuk awak!

Kalau setakat nak masak sup dah biasa sangat, kurma boleh lah rujuk Daging Masak Kurma Simple Mudah, dan boleh juga try berempah ala-ala mamak nasi kandar yg dah beberapa kali Nina masak – tengok Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak

Daging Korban masak apa ?

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Kali nie Nina nak share resepi yang berempah juga, tapi lebih kepada jintan manis dan sangat memerlukan daun sup untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya …

Memang sedapp kala tergigit daun sup dan jintan manis tuu… Kalau nak tambah black pepper pun ok juga cuma takut nanti hilang rasa asli jintan manis dan daun sup tu nanti tenggelam dek kepedasan black pepper tuu… Sebaiknya kalau nak pedas, tambahkan cili blend ataupun cili padi sikit. Nina kalau masak untuk sekeluarga memang tak berapa pedas, bukan apa…. masak untuk semua makan terutama sekali untuk dikecil Yana juga..

TIPS Memilih Daging Segar

Baca : TIPS beli pilih daging segar

TIPS PETUA Daging segar

DAGING KORBAN GORENG BEREMPAH
RESEPI SIMPLE SEDAP 

Bahan-bahan
500g daging 
1 biji bawang besar – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
2 inch halia – dimayang
2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas lagi sila lah tambah sendiri ehh…)
2 sudu besar kicap lemak manis
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

Daging Korban Goreng Berempah

Bahan berempah
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 serbuk besar serbuk ketumbar
2 sudu besar jintan manis

Bahan sampingan
Daun sup
1 biji bawang besar – dipotong berbaji


Bahan perap daging
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
sedikit serbuk kunyit


Daging Korban Goreng Berempah Cara Masak Simple Sedap

  • Daging dihiris nipis-nipis, dibersihkan dan diperap bersama bahan perap lebih kurang 30 minit atau lebih lama lagi bagus
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  • Masukkan cili blend dan masak sehingga garing dan pecah minyak
  • Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata dan goreng hingga daging empuk
  • Setelah itu, masukkan bahan berempah, kacau rata
  • Jika mahu berkuah boleh lah ditambah dalam 3/4 cawan air dan masak hingga kuahnya pekat (kalau tak nak pun tak apa…. terpulang pada citarasa individu)
  • Rasakan dengan garam secukup rasa
  • Masukkan daun sup, dan bawang yang dipotong berbaji – kacau rata
  • Sedia dihidangkan

Selamat mencuba! 

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

 

Ok, Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING yang sedap mudah untuk korang cuba
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya  Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi

RESEPI DAGING

Related posts:

Cara buat CILI JERUK HIJAU Homemade. Tips cili jeruk tahan lama tak berkulat

RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE | Menu Wajib Ada Berbuka Puasa puashati buat sendiri

Alahai cantiknya Puteri Ayu ..!!

15 Resipi Mudah Menu EAT CLEAN khas untuk awak!

Resepi DagingDaging Goreng BerempahDaging KorbanDaging lembutLauk Paukresepi mudahresepi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. JaSSNaNi says:
    October 31, 2012 at 5:04 pm

    uihhhh.. sedapnya….
    macam2 menu daging timbul kan… sbb skrg ni musim makan daging.. 🙂 kat rumah pun ada lagi yg mak kirim.. nak kena balik belek2.. 😀

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    November 1, 2012 at 9:20 am

    As'salam JaSSNani..

    betul3x. Everywhere menu daging minggu nie!
    Nak masak apa daging yg ur mum kirimkan tu? Hehehe . . .

    Reply
  3. lilik says:
    July 28, 2016 at 11:11 am

    Amboi sedap nian masakannya

    Reply
  4. Haida Eyda says:
    September 6, 2017 at 8:08 pm

    Wahhhh teliur tengokkkk…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes