Daging ohh Daging …!!
Korang suka makan daging tak? Selalu daging korang masak apa? Korang beli daging kat mana? Pandai tak beli atau pilih daging segar? Macammana nak tahu daging yang kita beli tu segar? Ketahui Tips memilih daging segar Masak apa sedap bila cerita pasal daging.
Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi;
Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Actually Nina pun bukannya reti sangat beli daging ni. Selalu Geng yang belikan bahan dapur. Apa dia beli Nina masakkan aje… Ada ikan masak ikan, ada ayam masak ayam dan ada daging maka masak laaa menu daging kegemaran depa. Simple jer lifestyle kami. Hehe..
Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?
Kalau tanya Nina, very shortcut. Bab daging ni nak senang lagi mudah masa beli kat pasar bilang aje nak daging batang pinang. Confirm dapat daging yang cantik, tak de lemak sana sinin sinun dan senang nak potong. Tapi opkos harganya mahal laaa sikit dari biasa. HEhee…
Kebetulan tu ari Nina terbaca Tips Memilih Daging Segar so tergerak hati Nina paling dalam nak share kat sini. Mana lah tau kot kot korang pun sama macam Nina tak berapa cerdik bab beli daging segar.
Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?
1. Perhatikan Warna Daging
Daging yang segar dan berkualiti tentu berbeza dengan daging yang sudah busuk. Cara paling mudah untuk mengetahui kualiti daging adalah dari warnanya. Daging lembu yang masih segar berwarna merah dan segar. Selain itu warna daging juga tidak pucat dan tidak kotor.
2. Tekstur Daging.
Daging lembu yang segar memiliki tekstur yang terasa kenyal. Tekanlah sedikit daging tersebut, jika kembali ke posisi semula bererti daging tersebut masih baru dan segar. Hal ini berbeza dari daging yang busuk dimana daging tersebut akan terasa lembik ketika ditekan.
3. Bau
Daging yang segar memiliki bau yang segar atau dengan kata lain memiliki bau khas lembu. Sementara itu daging yang busuk akan menimbulkan bau busuk yang masam.
4. Tidak Berair.
Jika Anda membeli daging mungkin Anda sering melihat cairan berwarna merah seperti darah. Cairan itu bukanlah darah.Cubalah untuk membeli Daging yang tidak berair, kerana jika berair maka Daging tersebut sudah berada cukup lama di udara bebas.
5. Periksa sijil halal.
Supplier atau penjual daging yang halal dan profesional tentu mempunyai sijil halal dari pihak Jabatan Agama Islam. Pastikan Anda membeli daging dari penjual / supplier daging yang mempunyai sijil halal.
Sumber Chef Arm
Daging Masak Apa Sedap? Camner nak bagi daging cepat empuk?
Ok dah pilih daging, moh kita masak lak. Apa menu daging yang selalu Nina masak?
Orang lain, lain citarasanya. Sedap kita pun tak sama. Subjektif kannnn?
Selalunya favorite menu anak-anak Nina Daging Masak Kicap Paling Mudah Senang .
Nina tak tumis pun. Minyak dalam kuah ni terhasil dari lemak daging tu sendiri. Rasa kengkonon macam eat clean gitu. Padahal idok lerrr clean sangat! HAhaa…
Selain masak kicap, menu daging pilihan family Nina > > > Daging Masak Kurma
Nina suka guna rempah Adabi, kadang rempah Siti dan terbaru Nina try rempah Adami. Lebih sedap! Nanti kalau korang pi Muar, sila beli lebih sebab kat sana murah. Kalau kat KL ni mahal beza beringgit ringgit. Huhuuu..
Daging Masak Kari ni pun antara menu yang paling kerap Nina masak. Sebabnya Geng tak berapa makan nasi so dengan adanya Kari Daging ni sesuai laaa untuk Geng makan bersama roti.
Anak-anak dan Nina makan dengan nasi panas-panas! Kena lak dengan beberapa curahan kicap lemak manis atas nasi, match ngan sambal belacan. Perghhh …. sedap terangkat beb!
So dah tau tips pilih dan beli daging segar, korang juga perlu tahu TIPS PETUA elak daging berbau dan cara menyimpan daging segar dengan betul
Tq sharing tips. Ena suka daging masak kurma. Lemak2 gitu.. Daging masak apa pon sedap kan.