Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 17, 2019July 17, 2019

Tak pandang lain daaa… NuMee Gardenia jer pasni!

Masa nak dekat Raya tu ari, Nina perasan dok viral sana sini sinun adanya mee kuning jenama baru. NuMee Gardenia. Resipi NuMee Goreng Sedap Senang Mudah 

Isi Kandungan hide
1 Resipi NuMee Gardenia Goreng Sedap Senang Mudah
2 Related posts:
3 Sekejapan masa berlalu.... Eilhan dah semakin....
4 Simple Strawberry Cake
5 Kuih Seri Muka Pelangi
6 Kat mana beli kelengkapan sekolah, baju sekolah berkualiti, harga mampu beli?

Ya jenama Gardenia. Yang roti femes tu… Tagline nya “sedap di makan begitu sajaaa” gitu! Hehee…

Sekarang ni depa dah upgrade!

Kebiasaannya untuk resipi mee goreng ke, kuey teow goreng ke, bihun goreng ker…. Nina paling suka dok ulang-ulang Resipi Mee Goreng Paling Sedap Mudah Senang ni jer… Kadang tu Nina panggil mee goreng bodo. HAhaa… Maksudnya bukan yang makan tu bodo, tapi sempoi selamba jer masak buh aje apa yang ada dalam fridge.

Resipi NuMee Goreng Sedap Senang Mudah

Resipi NuMee Gardenia Goreng Sedap Senang Mudah

Bahan-bahan
1 packet NuMee Gardenia
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam. Hehee.. Nina tak letak pun
Minyak masak

2 sudu besar sambal siap atau cili giling

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar atau lebih kicap lemak manis
2 sudu besar cili sos
1 cawan air panas – nakkan mee basah lencun sila tambah kan lagi air

Rencah-rencah (ikut korang nak letak rencah apa. Nina buh aje apa ada dalam fridge)
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee

Bahan hiasan (tak mo hias pun tak kisah)
Bawang goreng

Cara-cara
1- Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering gitu). Ketepikan..
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. Pastu masukkan cili masak hingga pecah minyak
3- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee NuMee. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa. Kalau perlu laa… Selalunya Nina tak letak pun. Kicap sos segala tu dah cukup dah rasanya. Ikut selera tekak Nina laa
5- Dah siap, sedia dihidangkan… pastu tak reti-reti nak makan. Tak kan nengok aje iyer tak? Hehee . . . Bismillah

Sap sap suiii jer kann..?? korang try laa . . . Udah udah lerrr ternak malas tu! Eh.. cakap kat diri sendiri Haha..

As mak mak , meh nina nak share apa bestnya NuMee Gardenia ni. .

Mee dia tak cepat kembang, lebih kenyal, tak de bau, tak yah basuh pun, pastu rasa dia lebih sedap. .

Paling best ianya Mee pertama Malaysia menggunakan teknologi pempasteuran di Malaysia dan juga kilang terbesar di dunia yang berkualiti, terjamin bersih dan selamat, tanpa pewarna atau bahan pengawet. .

Cayalah! 🎉🎉

Nina dah tak pandang mee kuning lain daaaa pasni. Kenapa nak cari lain, NuMee lengkap segala. Disahkan #HALAL oleh #JAKIM lagi awakkk…. .

Kat mana nak beli?
Alahai… Sekarang ni kat memana hypermarket ada, supermarket ada, kedai Acheh ada, kedai mamak pun ada. ..

Kat mana ada roti Gardenia, confirm adanya NuMee Gardenia. … Senang kannn? Pasni confirm Nina dah tak pandang lain daaa…  NuMee Gardenia pilihan Nina

Untuk lebih lagi resipi yang sedap-sedap  dari NuMee Gardenia,  korang pi laaa intai kat page facebook  depa https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

Related posts:

Sekejapan masa berlalu.... Eilhan dah semakin....

Simple Strawberry Cake

Kuih Seri Muka Pelangi

Kat mana beli kelengkapan sekolah, baju sekolah berkualiti, harga mampu beli?

Lifestyle Resepi Review breakfastGardeniaMeemenu minum petangNuMee Gardeniaresipi mudahSedap Sungguh

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes