Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Jus Detox Homemade Epal Kurma Halia Lemon
July 16, 2019July 16, 2019

Sedap rupanya Jus Epal. Nak amalkan laaaa pasni

Epal Hijau

Isi Kandungan hide
1 Epal Hijau
2 MANFAAT DAN KHASIAT EPAL HIJAU
3 Jus Detox Homemade Epal Kurma Halia Lemon blend sedap beb!
4 Related posts:
5 Grilled Salmon With Black Pepper Sauces
6 Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA
7 Aduhhh... Menyesal pegi lambat ke MHE 2019
8 Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni

Korang suka makan epal hijau? Nina antara yang tak suka makan epal hijau dulunya. Sebab masam! Eewwwww…. Jus Detox Homemade Epal Kurma Halia Lemon blend sedap

Tekak Nina sukakan yang manis. Buah-buahan masam, asam jeruk ke bukan citarasa Nina. Kerrr nina ni dah sememangnya manissss muka. HAhaa.. Ok poyo perasan.

Memandangkan masa Nina join program JK1M JOM KURUS Kevin Zahri team KLCC Kapten Black last year, banyak pendedahan dan ilmiah yang Nina dapat berkenaan Epal Hijau ni.

MANFAAT DAN KHASIAT EPAL HIJAU

Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.

Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.

3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.

4. Mengekalkan berat badan.

5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.

6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.

Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan. Eh iyer ke?  HAhaa…

Jus Detox Homemade Epal Kurma Halia Lemon

Jus Detox Homemade Epal Kurma Halia Lemon blend sedap beb!

Nina blend epal hijau bersama sedikit halia, kurma dan lemon. Memang rasa dia masam tapi entah laaa halia dan kurma tu dah potong sikit ngilu masam epal dan lemon tu kot. Minum panas panas suam sedappppp beb!
Try laaa…

Jaga kesihatan ehh kengkawan

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

Grilled Salmon With Black Pepper Sauces

Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA

Aduhhh... Menyesal pegi lambat ke MHE 2019

Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni

Lifestyle Epal HijauInfo - kesihatanjaga kesihatanJom Kurus 1MalaysiaJus Detox HomemadeKurmaLemonnak sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Suria Amanda says:
    July 16, 2019 at 11:11 am

    Menarik ni kak Nina..SA nak buat la..cuma masalhnya SA ada gastrik la…tp sesskali buat xpe kot kan…

    Reply
  2. Pingback: TIPS kurus air serai halia rebus dan minum natural dan selamat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes