Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Personal
  • Resepi
  • Parenting
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

nak kurus minum air rebusan khasiat serai halia
September 2, 2014October 7, 2022

Nak KURUS vs Sihat?? Iyer ke minum air rebusan Serai dan Halia boleh kurus? Apa khasiat nya..

TIPS kurus air serai halia rebus dan minum natural dan selamat. Benar kah?

Nak kurus tapi nak sihat juga ?

Semua orang fikir orang kurus tuu sihat. Kann…??  Hakikatnya tak semestinya kurus tu sihat dan orang gemoks berbadan besar tuu sakit.  Nehi nehi … !! Kalau korang rasa nak terus sihat dan secara tak langsung nak turunkan berat badan senang citer kurus laaa sikit, korang teruskan baca perkongsian Nina.

Ok, mostly setiap rumah pasti ada serai dan halia kan? Kalau tak de pi beli sekarang! hehe . . .
Selain untuk masakan, serai dan halia nie bagus dibuat minum ala-ala tea-o gitu. Sapa pernah buat gini… ??

Minum air rebusan halia boleh kurus ??

Sebelum nie adik ipar Nina dah pernah share kat Nina tentang khasiat air rebusan serai dan halia ni tapi baru semalam tergerak nak try.  Katanya … Air rebusan serai dan halia ni boleh kurus. Eh … iyer ker? Lepas sekeluarga berjumpa, berborak-borak, bergosip-gosip, baru lah berkobar-kobar nak cuba! Hah! nak tau apa sebab yang membuatkan Nina berkobar-kobar nak try??

TIPS kurus air serai halia , rebus dan minum. Cuba lah! Natural dan selamat

nak kurus minum air rebusan khasiat serai halia
Pagi tadi Nina share kan gambar nie kat fb, pastu ramai lak dok pm tanya kebaikkannya. Gambar tak cantik, tak per janji gambar sendiri bukan gambar cilok! Ahaks~~~

KHASIAT AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA

Okies, sebelum sambung lagi meh baca dulu khasiat air resbusan serai dan halia. Setiap bahan ada manfaat dan khasiat serta kelebihan. Korang boleh je amalkan bahan alami tanpa produk yang bersepah ada di pasaran yang sememangnya ada bahan pengawet. Tak mau citer lebih, tak pasal kena kecam nanti. So chill chill kita sembang bahan natural yang mudah didapati kat dapur je. Mudah lagi jimat kan?

Mengatasi masalah perut

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. Gerenti asyik terkentut pelepasan angin lepas nie! Nasib laaa…. Hahahaa..>!!

Melegakan senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.
Nina tak der masalah nie tapi tak salah pun nak minum kan…..

nak kurus minum air rebusan khasiat serai halia

Agen pencegah k4n53r

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah k4n53r. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel ksnser aktif tanpa merosakkan sel sihat. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kan?

Menurunkan tekanan darah

Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi. Buat yg over STRESS tuu…. boleh lah minum. Mudah-mudahan dapat mengurangkan stress korang.

Sebagai diuretik

Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

nak kurus minum air rebusan khasiat serai halia

Detoksifikasi – detox

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. Kalau tak larat dok pi bilik air sila lah pakai pampers ehh~  hehee . . .

Meningkatkan kadar metabolisme

HAh! Ini bagus utk yang nak KURUS! Kann ….?? Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Pasti khasiat yang last sekali ni ramai yang nak try buat air rebusan serai dan halia kan?? Jangan tifu …!! Nina boleh baca fikiran korang tau! HEhee . .

TIPS kurus air serai halia

Cara penyediannya Air Serai Halia

3batang serai – di ketuk
3 inci halia – Nina ketuk gak
Air dalam 1 litter

Masukkan  kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak dalam 1jam hingga air bertukar colour ala-ala tea-o
sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalan fridge, esok sebelum gi keje minum secawan dulu. (Nina add sikit madu masa nak minum)

Minum setiap pagi atau malam. (Kalau badan tak tahan panas, atau terlalu kerap pi bilik termenung – selang seli minum). Nak lagi senang korang pakai aje Serbuk HALIA #1 Padu nih. Pakai sikit je memang kaww. 100% serbuk halia premium tanpa bahan lain. Saja share kot korang nak cuba tekan link wasap ni >>  Nak beli serbuk halia

Nak lagi sedap ..??

Jus Detox Homemade Epal Kurma Halia Lemon

√√ kalau rasa kurang kick lebih gandakan serai dan halia. Baru ummphh….!!
Atau korang boleh laa cuba RESEPI AIR DETOX HALIA LEMON EPAL KURMA .

Untuk makluman, Nina lebih cenderung kepada nature berbanding apa-apa makanan tambahan untuk KURUS . Nina orangnya tak kurus, tak keding. So so jer. Kekadang naik kekadang turun. Normal ikut mood. (entah sapa lah tu yg nak kurus tuuu, geng kot). OOppsss….!!! hik hik hikkk

So the best result, Nina akan jaga pemakanan, jagalah sangat kannnnn (semuapun Nina belasah) dan paling penting banyakkan minum air mineral 8 gelas sehari. Bukan air milo, teh tarik, air gas tau! Di ulangi “air mineral”

Cara kiraan minum air  >> 25kg berat badan = 1 liter air .
So pepandai laa kira berapa berat korang kali berapa litter air yang korang perlu minum setiap hari. Di ingat, minum air pun tak boleh berlebihan. Bahaya! So bersederhana laa ya

Camner nak jaga pemakanan?

Macam Geng – Dia elakkan makan nasi. So dia akan  makan apa-apa selain nasi. Contohnya :: mee, bihun, roti dan lain-lain.  Akhirnya … Nina laaa pening Nina tiap hari dok fikir menu nak match ngan mee, bihun, roti. Hehehe . . Tak per, sayang punya pasal, ok jer
Tapikan, tahun nie nampak nya Geng dok makan nasi hari-hari. Cam ner nie? errkk No Komen!

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

Baca : NAK KURUS? CUBA LAH RESEPI MUDAH EAT CLEAN

Korang try laaa tak makan nasi dalam 2 bulan. Memang mujarab! Gerenti jarum penimbang turun. Selamat,  tiada kesan jangka panjang dan tiada kos sampingan dan paling penting lagi JIMAT !! hehe…
Disamping itu, makan makanan yang seimbang, tidak berminyak dan yang paling penting kuantiti nya tidak banyakkk! nasik sepenumbuk tangan korang aje

Sekalung ‘tahniah’ buat adik ipar Nina yang dah turun 10kg dalam masa sebulan. Katanya berkat minum air rebusan serai halia nie laaaa….. 🙂

Resipi Eat Clean SALAD AYAM

Tips lebih efektif

Kalau nak lebih efektif, sebaiknya semua berasaskan tepung jangan makan. Nasi, roti, mee, bihun dan lain-lain.  Tapi nanti kalau semua tu tak makan takut lak badan/perut tak boleh terima terkezut nanti. Mau lak fengsan dibuatnya sebab tak cukup energy. Kan ker susah…..?? So, kita mulakan slow-slow
Cuba lah lebihkan makan salad, daging putih dan buah-buahan. 
Tinggalkan nasi dahulu (mana yang nak) dan minum air rebusan serai halia nie selama sebulan dua dan khabarkan kat Nina nanti resultnya 🙂

Diet aka KURUS cara sihat

Diet lah secara sihat tanpa makanan tambahan (pil, serbuk, dll) untuk kurus! Sorry to say, bagi Nina apa yg cepat effect nya tentu ada kesan sampingan. So tak perlu nak promote kat Nina macam-macam product ehh…
Nina sayang diri Nina dan buah pinggang Nina. peace no war!

Ok, dah banyak ni Nina kongsi ngan korang segala tips dan petua tuk sihat dan kurus secara sihat. So apa lagi … Pi buat  dan istiqomah minum air rebusan serai halia! Jangan lupa buat lah senaman jugak.

Baca : BRISK WALK Senaman paling mudah 

sumber khasiat : yahoo

Related posts:

Fish & Chips with Rice Ball.. Menu untuk SiManja anda..
Baru tahu rupanya Himalaya Wellness ada Boutique kat Mid Valley!
Apam LABU !!. Biarkan Si Luncai terjun bersama Labu-labunyer.. Biarkan~~
Personal Review Tips air detoxcara selamat nak kurusInfo - kesihatanInfo - Semasakhasiat haliakhasiat seraimudahnak kurusnak sihatserai dan haliaTips dan PetuaTips Kurus

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. Maziana Isa says:
    September 2, 2014 at 2:54 pm

    Hihihi.tq k.nina 4 the info…
    Btw kl cuba diet atkin selain nasi sume jenis mee..bihun or yg berkaitan dgn tepung gandum xle makan…huhu

  2. Nina Mirza says:
    September 2, 2014 at 3:34 pm

    Maziana Isa,
    Sama-sama…,
    Oooo iyer ker? just my opinion, slow-slow diet tinggalkan nasi dulu
    Dah lama nanti baru mee, bihun dan roti. Bukan apa, takut badan perut terkezut jer….
    Fengsan nanti tak cukup energy.
    Bergantung pd individu

  3. Anonymous says:
    November 3, 2014 at 11:38 am

    Wahhh amat membntu nii . tq2 sebb sudi kongsi tips2 mcm nii ^^

  4. muhaini mohd hussin says:
    November 8, 2014 at 11:10 am

    thankssss info ni sgt2 berguna utk sy.. tqqqq

  5. Faidza Mokhtar says:
    January 7, 2015 at 9:10 am

    nak jimat karbo lagi untuk proses diet kite, boleh ganti gula dengan stevia.. boleh kontek kite.. 013 938 28 88 😀

  6. suriyani says:
    March 30, 2016 at 4:22 pm

    Nak try jugak!!!!ptg ni balik keje jugak kite buat..TQ info Nina..jom kurus!

  7. nita says:
    May 5, 2016 at 4:35 pm

    nak try lah.. baru amalkan air rebusan serai sbb kepala ada pening.. balik nnt nk tambah halia n serai.. sure rasanya sedap.. target nk turunkan tekanan darah dan yang paling penting nk kurus.. tq Nina..

  8. Akak tgzh says:
    May 22, 2016 at 1:51 am

    Tq..Nina…bgus …boleh try…nanti dh kurus turun 5 kilo ..akak bgi tahu Nina…hehe….tak sabar nak cuba esok

  9. Valarie says:
    May 27, 2016 at 9:34 pm

    Tq Nina. Will definitely try with my daughter. My aim is to reduce my bp and lose some weight! Hehe

  10. shiqeen sattar says:
    June 27, 2016 at 3:22 am

    Nak buat tu boleh nak minum tu sanggup ker huhuhuhu

  11. muhammad nizam says:
    September 18, 2016 at 12:19 am

    boleh minum laju2 sambil tutup hidung..

    1. Nina Mirza says:
      September 18, 2016 at 1:06 pm

      Minum laju-laju tutup hidung! Hahaa

Comments are closed.

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

  • SAMBAL TUMIS UDANG SEDAP TAPI PEDAS!
    By : Sis Lin
  • 7 Cara Ajar Anak Tentang Pelaburan Yang Ramai Orang Abaikan
    By : Sohoque
  • MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC
    By : Siti Rohaida
  • KERETA SAGA FLX TAK HIDUP? APA KENA MENGENA DENGAN REMOTE KERETA?
    By : Mommy’s Diary of Life
  • RESIPI ASAM LAKSA PULAU PINANG
    By : Tiffin Biru
  • Tukar Plan Digi, Dapat iPad Free
    By : Hafiz Rahim

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes