HALIA #1

HALIA #1 PADU! KORANG KENA CUBA SEBAB MASALAH ANGIN…

HALIA #1 PADU

Jujur citer, badan Nina ni agak manja macam orangnya jugak. Kena jaga bebaik baru lah orangnya pun mood baik selalu. Senang citer, Nina kena selalu pastikan Nina makan on time. Tak boleh skip makan sebab Nina ada gastrik yang agak sadis.

Masa umur 20-an, Nina pernah alami masalah gastrik yang teruk sehingga kena masuk tiub camera dalam perut  untuk tengok apa punca gastrik yang terlalu kerap. Seram bila teringat! Usah tanya camner rasa sakitnya. Rasa tersiat-siat tekak ni masa getah tiub camera tu lalu turun ke perut. Tak suka, tak suka…

Diringkaskan cerita, adanya bengkak dalam perut Nina. Bengkak nya bukan kaleng-kaleng. Bahaya kalau tak rawat dengan segera. Punca nya sebab Nina selalu lewat makan, skip makan. Kononnya tuntutan keje, busy nau! Yolaahhh… Sibuk sampai tak sempat makan. Apoooo?? Rajin sangat keje bukan dapat apa, dapat sakit adalah! Teruk nya mentaliti Nina masa muda dulu. 

KEBURUKAN UBAT PAIN KILLER

Asal sakit je makan ubat ubat ubat ubat! Ya, Faktor lain sebab ubatan yang Nina kerap ambik dulu. Ya, bila sakit opkos makan ubat kannn? Tapi bila terlalu kerap sakit sangat, Nina abaikan arahan doktor, kena makan dulu baru makan ubat. So korang berhati-hati dengan pengambilan ubatan yang tak ikut arahan.

Lama nak baik , ya bukan sehari dua nak pulih.
Dan Alhamdulillah setelah bertahun-tahun diri ini dijaga oleh Geng, cukup makan, cukup rehat, cukup serba serbi dalam keserderhaan, kesihatan Nina semakin baik. Chewahhh . . . nak muntah pi jauh sana. HAhaa

nak kurus minum air rebusan khasiat serai halia

Sebelum ni Nina selalu amalkan minum air rebusan halia dan serai. Air detox semulajadi. Dah pernah dah Nina share sebelum ni. Bagus tau untuk detox! Cuma nya agak leceh sebab kena kepas halia, pastu nak hiris lagi, rebus lama. Dan lagi air ni bukan boleh tahan lama sangat pun. Nanti dia berubah bau dan rasa. Maknanya kena buat kerap. Maka selalu tak sempat sudahnya tak terbuat. Bila teringat baru terhegeh-hegeh buat. Huhuuu . . .

Solusi lain Nina beli serbuk halia + madu yang ada jual kat pasaran. Tapi kurenggg kick laa efek dia.
Tak berapa berkesan. Kena minum berpaket-paket baru sendawa, kentut macam sangkut mau tak mau, segan nak lepas. Walaupun dah se rela hati nak melepaskannya!

Jangan tak tahu, angin dalam badan ni kalau tak lepas, memang boleh buat rasa nak tumbuk orang je!  Boleh bayangkan tak … Perut rasa penuh, kembung pastu rasa macam nak muntah tak keluar, nak kentut pemalu sangat. Angin naik kepala, migraine pulak jadinya. Rasa macam ada orang bertukang dalam otak ni haa.. Tambah lagi menggigil, berpeloh-peloh rasa tak cukup udara. Payah nak terangkan. Nauzubillah mintak simpang jauh laaa sakit tu datang. Tak mo!

Khasiat HALIA

So Nina memang suka amalkan halia sebab halia memang banyak manfaat dan khasiatnya untuk kesihatan. Samada letak dalam minuman mahupun masakan. Meh Nina share kebaikan HALIA tuk korang

1) Mengurangkan keradangan
Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit

2) Melegakan loya
Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.

3) Mengurangkan kesakitan haid
Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.
Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid

4) Merendahkan paras kolestrol
Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

5) Menguatkan imuniti
Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

6) Membantu penghadaman
Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

7) Mengurangkan berat badan
Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan. Oooo… boleh kurus nih! HEhee

8) Mencegah pertumbuhan sel kanser
Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser.

9) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak
Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

10) Mengurangkan sakit kepala
Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.

Banyak kannn khasiat dan kebaikan HALIA

HALIA #1 PADU !!

Agak lama jugak Ben Ashaari dok share pasal HALIA #1 padu ni, dok lalu lalang kat timeline facebook. Asal nampak posting Ben je, dia citer pasal halia. Asal nampak Ben je, dia share testimoni kengkawan yang dah cuba Halia #1. Mana boleh jadi…  Saja laaa try order. Nak cuba, support kawan gitu. Kebetulan Nina lak memang hantu halia.

Review Nina HALIA #1

Kenapa lah Nina baru ketemu HALIA #1 ni?
Serius dia punya kawww padu! Pakai sikit je hujung sudu + secawan air panas, minum suam suam memang nikmat!
Sekejapan angin keluar. Tak lama lepas minum, mula laaa sendawa. Kentut? Selamba je dia lepas. Sukahati dia je, anytime anywhere. Ooppsss… HAhaa
Tapi jangan risau, kentut angin ni takde bau tapi dia punya nikmat tuu macam belon nak pecah kita cucuk jarum. Poomm kempis! Gitu laaa rasa perut ni. Lega! Boleh bayangkan tak..

Bila angin dalam badan takde, proses pencernaan pun lancar. Tiap pagi pasti ke bilik termenung.
Tak perlu lama-lama dah. Lancar je! Kalau dulu masa perut kembung, sesekali macam nak jadi buasir. Tak bagus tau! Kali ni senang jer, makan banyak, banyak laaa dia buang. Badan rasa ringan. Perut flat. Dah kurus kot

Dah lebih sebulan Nina consume,  Nina perasan period Nina kali ni lebih lancar. Takde sengugut macam sebelum ni. Biasanya hari ke-4/5/6 akan ada saki baki hujung-hujung darah kotor. Alaa.. korang faham kann?
Tapi kali ni smooth! Serius awak.. Hari ke-5 totally clean and clear. Best kann? Ianya mempermudahkan urusan kita seharian. Puasa ganti pun tak banyak macam tahun terdahulu. Aku suka, aku suka!

Paling Nina suka lagi, sejak dah ada HALIA #1, jimat masa!
Memang tak laaa Nina nak ngadap kena kupas, kena rebus bagai dah halia cara tradisional macam dulu lagi.
Kenapa perlu bersusah, dah ada yang mudah lagi menyenangkan kann?? campur tolak bahagi darab lebih kurang je kos dan penat semua. Berbaloi-baloi. Bawak travel pun senang.

Serius citer serbuk HALIA #1 ni memang padu dia lain macam, best! Tak macam serbuk halia yang dulu Nina minum. So Nina pun dok laa ambik tahu  kenapa HALIA #1 ni bagus?

HALIA #1 rawat gastrik kembung angin perut

Kenapa HALIA #1  bagus ?

  • Tanah untuk tanaman Halia ini tidak pernah ditanam tanaman lain sebelumnya. Jadi bebas bahan kimia.
  • Hanya halia segar yang dipilih. Jadi sudah tentu lebih mahal dan berkualiti.
  • Lebih kurang 12kg halia segar dikisar untuk dapatkan 1kg halia. Betapa powernya 1 sudu pure ginger ini. Jadi 40g serbuk halia yang terhasil bersamaan 480gram halia segar. Fuh! Padan laaa hujung je dah padu
  • 100% pure halia. Tiada bahan lain. Ok faham faham …

Camner nak order HALIA #1 yang Nina dok kata padu nih?

wasap je https://wa.link/ve4p9p
http://wasap.my/60193406454HaliaOriginal

Korang boleh laa follow  Instagram : HALIA #1

Okies, selalu nya Nina buat serbuk HALIA #1 + air panas aje tapi korang boleh je pelbagaikan resipi air halia ni. Selain tu boleh jugak masuk dalam masakan. Ganti halia biasa tu.. Jimat mudah kann

RESIPI AIR BERASASKAN HALIA

1. Teh + Halia + Madu
2. Teh + Halia + Kulit Kayu Manis + Madu
3. Air + Halia + Kulit Kayu Manis
4. Teh + Halia + Daun Pudina
5. Teh Hijau + Halia + Susu
6. Teh + Halia + Serbuk Kunyit + Mentega + Madu
7. Teh + Halia + Buah Pelaga + Kayu Manis + Lemon
8. Teh + Halia + Lemon + Madu
9. Teh + Halia + Bawang Putih

HALIA #1

Ikut korang laa nak cuba yang mana. Cuma sebaiknya yang ada gastrik elakkan dulu tea semasa perut kosong. Lepas makan ok jer.. Kasi detox gitu

Apapun, kita sekadar ikhtiar secara alami sebab Halia memang ada macam-macam khasiat. Jaga kesihatan, jaga pemakanan sebab apa yang kita makan adalah antara faktor penyumbang penyakit. Tak lupa bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.  Bersederhana dalam apa juga yang kita lakukan.

 

 

Related Post
Aarrgghhhh…. Sakitnya MIGRAINE..!!

Migraine Hari ni Nina share tentang Migraine. Nina antara  yang merasai derita sebab sakit migraine  ni.  Sakit nya tak mampu Read more

Antara Aku dan Habbatus Sauda. Betul ke bagus?
Bagus ke Habbatus Sauda? Manfaat Kebaikan Penawar Penyakit

Ni laaa #habatussauda . Korang kenal tak? Biji jintan hitam asli tanpa di proses. Hurrmm... Pasti ada yang terfikir tertanya-tanya Read more

Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …

Tu ari Nina ada share pasal menu sahur sedap cepat ringkas yang mengenyangkan kannn... Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, Nina jarang Read more

Apa itu Slipped Disc ? Bahaya ke…

Korang pernah dengar pasal slipped disc? Korang tau tak apa itu Slipped Disc? Bukan sejenis selipar mahupun CD disc yang Read more

10 Comments
  • mrhanafi
    Posted at 15:57h, 29 April Reply

    biasa termakan halia dalam masakan…

    memanfg tak tahan tapi sangat bagus unbtuk kesihatan

  • HND Assignments
    Posted at 14:04h, 11 May Reply

    Get Help with International Marketing Assignment in MSc ULSB

    International Marketing Assignment

    Get help with International Marketing Assignment in MSC, ULSB at an affordable price and quality delivery on time from HND Assignment Help. Get a 20% DISCOUNT in Academic Help. We have qualified and experienced experts in the team to give the best online assignment help services in the UK.

  • EZNA
    Posted at 19:06h, 24 May Reply

    Kalau akak masak ayam masak halia, memang akak saje2 makan halia tu. Bila badan berangin memang tak best sebab nanti boleh buat pening jugak. Nak try cari produk ni la.

  • ienaeliena
    Posted at 00:28h, 25 May Reply

    Halia memang bagus. Iena suka minum air rebusan halia. Selalu rebus halia dengan teh bunga. Nanti boleh la cuba ni. takyah rebubs rebus dah kan hehe

  • Fafa
    Posted at 06:45h, 25 May Reply

    Wahhh macam nak cuba jugak lah. Menarik .. walaupun dah di pek kan macam tu .. ia tetap semulajadi.. mudah nak bawa kemana2 .. tak renyah nak mencari halia n serai kat kedai hehhee

  • Lea Razali
    Posted at 15:15h, 25 May Reply

    halia memang sgt bagus nak bantu buang angin dalam badan. Biasa rebus atau letak dalam air teh buat minum. Tapi kalau ada yang jenis prepacked ni lagi mudah nak bawa ke mana2. 🙂

  • AYU RAFIKAH BINTI MOHD AMIN
    Posted at 16:55h, 25 May Reply

    kena amalkan la produk ni.. sebab perut buncit sangat ni heheheh.. senang dalam bentuk serbuk

  • Rane Chin
    Posted at 22:14h, 25 May Reply

    I love to drink ginger too! It keep our body warm and energetic too

  • Siennylovesdrawing
    Posted at 09:10h, 26 May Reply

    Ohh I love ginger & this powder form really easy convenient to consume daily. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

  • Mahadir Mohamed Arifin
    Posted at 11:27h, 26 May Reply

    Kita ada tengok kawsn sebagai pengguna tegar produk ini. Tengok kawan tu pun makin sado dah ada sixpack ker tidak tu hehehehe…

Post A Comment