Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Personal
  • Resepi
  • Parenting
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

BUASIR Bahaya Punca Rawatan
January 26, 2021January 30, 2021

Bahaya ke BUASIR ? Punca dan Rawatan

” Saya makan pedas, tu pasal dapat buasir” Bahaya Buasir Punca Rawatan 

” Lepas makan mee ramen pedas, saya berak berdarah “

Adakah betul makan pedas penyebab buasir?
JAWAPANnya, Tidak.

BUASIR Bahaya Punca Rawatan

Buasir terjadi sebab saluran darah di bahagian dubur ( rectum / anus ) membengkak. Saluran darah ni halus dan nipis dindingnya, so bila ia membengkak, ia mudah pecah bila bergesel dengan najis.

Buasir ada 2 jenis:

1) Buasir luar ( external haemorrhoid)
2) Buasir dalam ( internal haemorrhoid)

Buasir dalam kita tak nampak dan selalunya tak rasa, sebab di bahagian dalam dubur tu tak banyak saraf pengesan sakit. So selalunya simptom buasir dalam ni ialah darah pada najis tanpa rasa sakit / bengkak di dubur. Pesakit boleh rasa sakit / perasan ada bengkak di dubur jikalau buasir dalamnya sudah jatuh ke luar ( prolapse ), dan ini ialah komplikasi buasir dalam.

Buasir dalam ada 4 peringkat: 1st Degree hingga 4th Degree.
1st degree simptom nya hanyalah berak berdarah
2nd degree simptomnya buasir akan terkeluar bila meneran berak, dan masuk semula dengan sendirinya.
3rd degree simptomnya buasir terkeluar , dan perlu ditolak masuk.
4th degree, simptomnya buasir terkeluar tu tak boleh ditolak masuk ( irreducible ).

Buasir luar pula berada di kawasan kulit sekitar lubang dubur ( anus). Di sini banyak saraf pengesan sakit, so buasir luar selalunya rasa sakit. Simptom biasa buasir luar ialah rasa sakit, berdarah pada najis, bengkak pada lubang dubur, & rasa gatal. Duduk pun akan terasa pedih.

Faktor risiko terjadinya buasir

1) Keturunan.
Kalau mak / ayah atau adik beradik ( 1st degree relative) kita ada buasir, tinggi kemungkinan kita dapat buasir.

2) Tekanan pada saluran darah bahagian dubur.
Tekanan ni boleh terjadi atas banyak sebab, antaranya:

– Obesiti
– Mengandung
– Kerap meneran ( sebab kerap sembelit)
– Diet kurang serat ( penyebab sembelit)
– Cirit birit yang teruk / berpanjangan
– Habit suka duduk berak lama sangat ( eg main handphone / membaca )
– Tekanan pada abdomen kerana kerja berat / bersukan berat.

3) Faktor usia meningkat.
Apabila semakin tua, tissue di keliling dubur akan mula lemah.

Diagnosis

Selalunya, pesakit buasir boleh agak dian kena buasir berdasarkan simptom yang dia ada seperti berak berdarah / bengkak pada dubur. Tapi awas, bukan semua berak berdarah itu ialah buasir, contohnya ia juga boleh jadi simptom kanser usus. Makshorturl.at/hQUX2a kalau anda syak anda buasir, jumpa doktor so pemeriksaan fizikal akan dijalankan untuk sahkan ianya buasir.

Baca : Punca berak berdarah

Bahaya Buasir Punca Rawatan

BUASIR Bahaya Punca Rawatan

Aku beri contoh ada patient yang menyangka dia kena buasir sebab ” bengkak pada lubang duburnya). Bila diperiksa, ruap rupanya dia alami bisul besar pada kawasan dubur, dan cara rawatannya of course berbeza.

Untuk buasir dalam, pemeriksaan menggunakan alatan khas dipanggil protoscope diperlukan utk melihat ke dalam dubur. Kadangkala, pemeriksaan lebih lanjut guna alatan colonoscope ( perlu dibuat di hospital) mungkin perlu.

Komplikasi buasir

1. Skin tag ( lebihan kulit)
Lebihan kulit pada sekitar lubang dubur boleh terjadi bila darah beku pada buasir luar tu mengecut. Skin tag boleh terjadi di mana mana bahagian kulit pada badan, dan kalau terjadi di sekitar dubur, gatal ialah simptom nya , selain rasa ada lebihan kulit.

Baca : Punca punca gatal bontot  

2. Jangkitan pada buasir luar.
Ini terjadi kerana adanya lelehen mucus / lendir pada lubang dubur bila adanya buasir luar. Jika tidak dibersihkan kerap, maka jangkitan bakteria boleh terjadi. Jangkitan kulit sekitar buasir- Cellulitis, boleh menjadi serius buat pesakit yang lemah imun sistem, contohnya pesakit Diabetes.

3. Thrombosed haemorrhoid
Terjadi pada buasir yang terputus bekalan saluran darahnya, kerana darah membeku. Selalunya pada buasir luar. Simptom utamanya ialah rasa sakit yang melampau.

Rawatan buasir

1. Paling basic, kena ubah diet.
Banyakkan makan sayur, buah & minum air supaya tak sembelit ( dan tak perlu nak meneran kuat masa berak).

2. Jangan membaca / termenung / main handphone ketika berak.

3. Kalau ada buasir luar, boleh try duduk dalam bath tub / besen besar berisi air suam. Rendam buasir tu untuk memberi kelegaan. Ada juga krim khas yg boleh disapu, atau ubat masukkan dalam lubang dubur yang boleh meredakan bengkak & sakit. Jumpalah doktor anda bukan memandai beli di internet ya.

4. Ubat makan yang berfungsi mengecutkan saluran darah yang membengkak. Contohnya ubat jenama Daflon.

BUASIR Bahaya Punca Rawatan

5. Rawatan khusus untuk buasir yang kronik

– Rubber band ligation – buasir dalam yang terkeluar, atau buasir yang berdarah akan diikat dengan getah khas. Ini akan memutuskan saluran darah, dan buasir itu akan terputus / mati.

– Sclerotherapy – doktor akan inject bahan kimia khas pada buasir dalam, dan ia akan menyebabkan buasir tu mengecut.

– Electrocoagulation – arus elektrik akan diberi pada buasir dalam, menyebabkan buasir dalam berdarah sikit & membentuk parut, dan akhirnya buasir akan mengecut. Teknik coagulation ini boleh juga menggunakan infrared light.

– Pembedahan buasir:
a) Haemorrhoid stapling – pakar bedah akan potong buasir luar / menolak dan adjust buasir dalam yang terkeluar menggunakan alat staple yang khusus.
b) Haemorrhoidectomy – pakar bedah akan memotong buasir luar yang besar / buasir dalam yang tak respon pada rawatan lain.

Okies, perkongsian hebat ini dari Dr Khairul Faizie
Terima kasih Doktor! Korang boleh follow facebook Doktor untuk pelbagai info menarik tentang kesihatan.

Ppppssstttt  . . . Dr ni lawak orangnya! Setiap hari akan singgah facebook dia untuk tahu juga isu semasa. Ada aje seloroh dia nak membahan public! HAhaaa korang tak yah serius sangat. Chill chill sudaaa

Bahaya Buasir Punca Rawatan

Related posts:

Hurrmm... Produk ada PARABEN boleh pakai ke?
Puashati Bercuti di Legend Cherating Beach Resort | Family Day KBBA9 2017 Havoc Enjoy!
Kueh Seri Muka
Personal Tips Antara Mitos dan FaktaApa ituApa Perlu BuatBuasirDiagnosisDoktor Khairul Faizie Mohammad KamarFaktaGatal BontotInfo - kesihatanJangkitankomplikasinak sihatPembedahanpuncarawatanSakit KroniksimptomWajib tahu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Tutuapp says:
    February 21, 2022 at 6:08 pm

    When it is done, you’ll know through the toothpick test — stab the centre of the cake with a knife or skewer– if it comes out without still-wet batter on it, it’s done.

    Reply
  2. Pingback: HALIA #1 PADU! KORANG KENA CUBA SEBAB MASALAH ANGIN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

  • SAMBAL TUMIS UDANG SEDAP TAPI PEDAS!
    By : Sis Lin
  • 7 Cara Ajar Anak Tentang Pelaburan Yang Ramai Orang Abaikan
    By : Sohoque
  • MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC
    By : Siti Rohaida
  • KERETA SAGA FLX TAK HIDUP? APA KENA MENGENA DENGAN REMOTE KERETA?
    By : Mommy’s Diary of Life
  • RESIPI ASAM LAKSA PULAU PINANG
    By : Tiffin Biru
  • Tukar Plan Digi, Dapat iPad Free
    By : Hafiz Rahim

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes