Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Manfaat TEH MISAI KUCING APOTEC
January 30, 2020October 3, 2023

Teh Misai Kucing Apotec! Oooo… Baru ku tahu rupanya banyak manfaat dan kebaikan nya. Minum TEH pasni…

Tahu tak teh misai kucing ada banyak kebaikan manfaat untuk kesihatan. Ya teh misai kucing tu berasal dari daun tea bukan dari misai kucing yang miaww miaww miaawww tuuu.! yang dok miaww tu kucing yang comel. HAhaaa…

Isi Kandungan hide
1 TEA MISAI KUCING
2 Antara kebaikan dan manfaat TEH MISAI KUCING APOTEC
3 Antara aku dan Tea Misai Kucing
4 Cara Merebus Daun Teh Misai Kucing
5 Cara Minum Teh Misai Kucing
6 Rasa dia?
7 Ladang BioAlpha – Tea Misai Kucing Apotec
8 Beli kat mana?
8.1 TEH MISAI KUCING APOTEC
9 Related posts:
10 Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?
11 SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA SEDAP MUDAH READY TO EAT
12 Nak cantik? Jom join kelas Makeup Sarahata
13 Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS

Buat peminat tea, korang patut tahu ada nya tea yang bagus untuk kesihatan. Bukan sekadar minum-minum gitu je. Jom ketahui tentang tea misai kucing

Manfaat TEH MISAI KUCING APOTEC

Buat seekor kucing, misai dia amat penting! Antara deria penting untuk mereka. Korang jangan laaa kejam cam Nina masa kecik-kecik suka potong gunting misai kucing. Eerrkkk… . .  Padan laaa lepas Nina gunting misai kucing Nina dia tak jumpa jalan balik. Sebab kucing dah hilang deria sentuhan dia. Tunggu beberapa hari misai dah panjang baru dia jumpa jalan pulang.  Huhuu . . .

Kebanyakkan kucing ada 12 atau lebih misai kucing dan ianya merupanya bulu terpanjang yang ada kat badan kucing. Misai Kucing berfungsi untuk mengukur sesuatu keluasan yang muat untuk di lalui oleh kucing. So secara amnya, semakin gemoks kucing tu semakin panjang laaa misai dia.

Buat pencinta kucing korang harus ambik berat dan ambik tahu bab makanan kucing kesayangan korang kann. Ketahui  Cara Memilih Makanan Kucing .

TEA MISAI KUCING

Eh.. Dah kenapa dok citer pasal Misai Kucing lak ni..!! HAhaa..
Ni laaa padahnya pi google Misai Kucing. Asalnya Nina nak search kebaikan dan manfaat TEH MISAI KUCING. Bila lupa buh perkataan TEH lain laaa yang jumpa. HEhee . . .

Manfaat TEH MISAI KUCING APOTEC

Ya awak .. TEA MISAI  KUCING banyak khasiatnya! Ni antara manfaat dan Kebaikannya Nina share tuk korang…

Antara kebaikan dan manfaat TEH MISAI KUCING APOTEC

POKOK TEA MISAI KUCING

1- Tinggi dengan Antioksidan
Apa yang menarik tentang misai kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Tumbuhan herba ini sangat kaya dengan antioksidan. Penggemar dan pengamal teh misai kucing akan kelihatan lebih awek muda jika mengamalkan air teh misai kucing secara konsisten. Menarik kann..??

2-  Katanya Tea Misai Kucing ni bersifat antiseptik dan dapat membantu membuang toksin dalam badan. Ia juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah.
Apabila kita mengamalkan air herba ini, bahan aktif akan dicernakan membentuk satu bahan dikenali sebagai asid kafeik. Kajian awal yang dijalankan oleh seorang penyelidik di MARDI menunjukkan bunga misai kucing mengandungi kuantiti asid kafeik yang agak tinggi. Katanya asid kafeik membantu menurunkan paras glukosa dalam darah dan meningkatkan paras insulin plasma darah.

2-  Mengandungi bahan antioksidan mudah serap yang tinggi dan juga dapat membantu menjaga sel daripada tindak balas radikal.

4-  Membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah, sekaligus dapat membantu dalam menjaga tahap kesihatan yang baik.

5-  Membantu membersihkan sistem perkumuhan dalam badan kita, contohnya ginjal dan saluran air kencing.

Secara asasnya, daun daun herba ni contoh Misai Kucing memang banyak manfaatnya dan perlu di turuti dengan diet seimbang dan senaman yang cukup untuk kesihatan. Tak lupa air mineral yang cukup!

Antara aku dan Tea Misai Kucing

Teh Misai Kucing Apotec

Dulu kat rumah Mama Nina ada tanam Pokok Misai Kucing. Ikutkan tak susahkan nak tanam dia. Cucuk jer batang dia pastu tunggu dia besar. Pernah juga satu ketika dulu buat sendiri air teh dari Daun Misai Kucing.

Tapi ya ampunnn… Bukan senang ok!

Cara Merebus Daun Teh Misai Kucing

Memula korang kena petik pucuk (hujung daun paling muda), cuci bersih  pastu kena keringkan. Kemudian direbus, tapis airnya lalu diminum.
Air rebusan ni korang boleh minum 2 ke 3 kali sehingga tiada warna dan rasa dan kemudian ulang semula proses penyediannya.

Tapi macam leceh kannn?
Sebab nak kena tanam tu pun kalau menjadi pokoknya, tunggu besar, petik, keringkan. Pastu nak kena cuci, rebus dan ulang proses yang sama. Tapi dah kenapa nak susah-susah…

Cara Minum Teh Misai Kucing

Senang sangat! Macam buat air tea yang biasa korang buat tu… Bezanya air teh ni korang tak payah buh gula. Nak sihat kannn? Kurangkan gula dalam minuman.

Cara minum TEA MISAI KUCING APOTEC

Ambik satu uncang Tea Misai Kucing dan tuang sahaja air panas. Biar teh selama 1 – 2 minit sebelum minum. Uncang teh juga boleh diguna pakai untuk 2 ke 3 kali rendaman atau sehingga tiada rasa dan warna. Hah…  Jimat kann?

Rasa dia?

Mmmmm… not bad! Walaupun Nina ni coffee addicted rupanya teh misai kucing tanpa gula ni sedap. Boleh layannn…

Meh Nina share kan sikit pasal Ladang Teh di mana Tea Misai Kucing Apotec ni di hasilkan.  Made in Malaysia weyhh…

Apotec BioAlpha

Ladang BioAlpha  – Tea Misai Kucing Apotec

Teh Misai Kucing dari Apotec Malaysia ni ladangnya di Desaru, Johor dan Pasir Raja, Terangganu. Ia adalah antara taman herba terbesar di Malaysia dibawah kendalian Syarikat BioAlpha Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat tambahan kesihatan bersepadu.

Aktiviti penanaman pula terletak di Desaru, Johor dan Pasir Raja, Terengganu. Dengan jumlah keseluruhan seluas 1,303 ekar, syarikat Bioalpha mengendalikan salah satu taman herba yang terbesar di Malaysia.

Taman herba ini juga sedang dibangunkan untuk penanaman herba mentah bagi pengeluaran dalaman kesihatan berasaskan herba-herba.

Taman herba Bioalpha di Desaru merentasi sekitar 300 ekar, di mana lebih 100 ekar telah dibangunkan dan ditanam sepenuhnya dengan pelbagai jenis tanaman, sementara aktiviti penanaman sedang dijalankan untuk baki 200 ekar.

Amacam bangga kannn kat Malaysia ni ada banyak herba yang hebat kaya dengan sumber khasiat! Made in Malaysia.

Produk Apotec

Beli kat mana?

Buat yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal Teh Misai Kucing ni atau  pasal produk-produk herba keluaran Apotec Malaysia yang lain, korang pi laaa mentelaah kat link rujukan bawah yang Nina share ni eh…

Website : Apotec Malaysia
Facebook : Apotec Malaysia
Instagram : @apotecnushine
Store Locator : Constant Pharmacy

So dah tahu kannn pasal TEH Misai Kucing ni… Pasni jangan lak korang kejam cam Nina pi gunting Misai Kucing eh.. Cari Tea Misai Kucing Apotec!

Jaga diri dan amalkan sumber makanan minuman secara sihat! Andai kesihatan kurang memuaskan sebaiknya rujuk pada doktor dan pakar.

TEH MISAI KUCING APOTEC

Related posts:

Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?

SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA SEDAP MUDAH READY TO EAT

Nak cantik? Jom join kelas Makeup Sarahata

Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS

Review Tips APOTECBioAlphaKebaikan Manfaat TEA MISAI KUCINGnak sihatTEA MISAI KUCINGTEH MISAI KUCINGtips kesihatan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (22)

  1. farhana jafri says:
    January 30, 2020 at 4:11 pm

    dulu dah pernah tanam misai kucing ni. Hari2 minum teh dia tapi mak la yang rajin buatkan. Dah la sedap, wangi pulak tu. Kalau naik bunga dia, cantik sangat tengok.

    Reply
  2. Fadzi Razak says:
    January 30, 2020 at 5:06 pm

    Dia dalam bentuk uncang ye. Kak Nina tunjuk lah gambar uncang dia nak tengok macam mana. Ke sama je macam uncang teh biasa tu?

    Reply
  3. Rawlins GLAM says:
    January 30, 2020 at 8:22 pm

    Emak Rawlins pun pernah tanam pokok misai kucing pastu DIY buat teh. Memang renyah yakmat nak siapkan teh tu. Kang bagitau mak la dah ada Apotec nie – takyah susah2 nak DIY

    Reply
  4. Mimi Azirah says:
    January 30, 2020 at 8:23 pm

    Saya pun baru tahu teh misai kucing ni banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Lepas ni boleh cuba teh misai kucing jugak

    Reply
  5. Mus says:
    January 30, 2020 at 11:44 pm

    tanaman misai kucing ni memang banyak khasiatnya.. sebab itulah saya ada tanam. bagus juga ada produk teh mcm tu.. senang nak guna..

    Reply
  6. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    January 31, 2020 at 12:50 am

    ingat ke guna misai kucing betul2. takut pulak saya hehe. baru tahu ada pokok misai kucing. bolehlah nnti nak rasa 🙂

    Reply
  7. mawardiyunus says:
    January 31, 2020 at 3:07 am

    wah. banyak juga ya kelebihan misai kucing ni. bila dibuat dalam bentuk teh macam ni lagi mudah la untuk kita dapat kebaikan dia kan.

    Reply
  8. Sis Lin says:
    January 31, 2020 at 7:24 am

    Hahaha masuk aje terus gelak nengok kucing tu, comel tau!
    Kita pun ada tu stok Tehnya, kawan bagi, belum cuba lagi tapi baca info Nina ni, banyak yee khasiatnya..nanti kang nak try minum laaa

    Reply
  9. liez says:
    January 31, 2020 at 7:36 am

    Liez tak pernah cuba lagi minum air misai kucing. padahal ingat dulu mak ada tanam dalam pasu hihihi. banyak kebaikannya yang ramai tak tahu bila ambil herba misai kucing ni ye. nanti nak try jugak la.

    Reply
  10. Min says:
    January 31, 2020 at 7:40 am

    Dari dulu memang tau tentang kebaikan misai kucing. Memand tak sia2 amik tea yg sgt berkhasiat ni

    Reply
  11. Alia says:
    January 31, 2020 at 9:15 am

    Dulu masa study ada gak kwan2 punya fyo buat psal misai kucing ni… Mmg banyak la khasiat dia yg diorang share dengan kitaorang…

    Reply
  12. Dik bee says:
    January 31, 2020 at 10:27 am

    Teh misai kucing dengan misai kucing jauh beza tu walaupun nama sama. Kang ada pulak yang gunting misai kucing, pastu rebus dan minum.. ahakss, btw byk juga khasiat teh misai kucing ni kan

    Reply
  13. Ayu rafikah says:
    January 31, 2020 at 10:28 am

    Ramai yg rekomen minuman ni mmg bagus utk kesihatan. Nanti nk try jugakla

    Reply
  14. YB Shehan says:
    January 31, 2020 at 12:27 pm

    Best la sbb jimat. Leh mnum ulang2 kali dgn uncang yg sama

    Reply
  15. Dorsett Pink says:
    January 31, 2020 at 3:37 pm

    nice entry. sebelum ni sellau dengar teh misai kucing tapi tak tahu khasiat dia. thanks kak nina sharing

    Reply
  16. IQ says:
    February 1, 2020 at 11:24 am

    menarik kandungan teh misai kucing ni, ada dijual di pasaran tempatan ke kak nina? mudah tak nak cari?

    Reply
  17. Nadia Johari says:
    February 2, 2020 at 12:38 am

    Kalau takde gula tak pahit ke..sebab teh biasa pahit..banyak kelebihan dia..bukan kaleng2 teh ni..baru tau pasal teh misai kucing ni

    Reply
  18. sunah sakura says:
    February 3, 2020 at 9:53 am

    kita pun ada teh ni…memang bagus dan melawaskan air kencing…nak terus amalkan, mana tahu bole kurus…tiberrrr

    Reply
  19. Faries says:
    February 3, 2020 at 10:40 am

    First time dengar dan rasa execited nak rasa. Huh Boleh cube try dan dapatkan ni.huhuhu

    Reply
  20. RAIHANAH AHMAD says:
    February 3, 2020 at 4:43 pm

    dulu2 banyak dengar tttg herba ni. cuma tak meluaslah kan hasil kajiannya. biasalah tu benda alternatif ni.

    Reply
  21. Ai says:
    February 12, 2020 at 11:11 am

    Ai tau misai kucing ni baik untuk kencing manis je. Cantik pula tengok bunga dia tu.

    Reply
  22. Femaleez says:
    February 26, 2020 at 11:53 am

    Dah pernah cuba ni … Memang best lah …

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes