Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari
Penulisan
Siapa penulis kegemaran korang? Korang suka baca kann…?? Kalau tak, masakan korang tengah baca coretan Nina ni. Iyer tak? Sila mengaku.. hehe
Ok, apa yang korang nak tahu tentang penulisan? Apa yang menyebabkan korang baca sesebuah karya penulisan. Topik nya ke, info content nya ke, sebab nama si penulis ke atau gaya bahasa yang digunakan? Apa yang korang baca? Novel ke, cerpen ke, berita ke mahupun gosip membawang sesama netizen. Eerrkk…
Penulisan Seorang Blogger
Nina memang suka menulis Eh! Menaip. Erti kata lain berkongsi resipi, maklumat dan informasi serta meluahkan perasaan sekali sekala..Kebiasaan yang ni, madah berhelah yang tak pernah siap. Hehhee . . . Korang tak payah laaa nak geledah entri lepas. Tak best pun.. ok sedar diri
Selalu tertanya-tanya… Apa yang perlu ada dalam sesebuah penulisan? Hurmm… Dah tentu laaa ayat-ayat cinta eh maklumat yang ingin di kongsikan untuk pembaca. Tapi.. Nak gak tahu, apa yang Nina praktikkan selama Nina menulis blog ni betul ke? main taram jer tulis selama ni. Korang rasa ok ke? Jawab jujur please…
Membongkar Teknik Tips Penulisan di BENGKEL PENULISAN KBBA
1st April 2018 – MaTiC, Kuala Lumpur
Alhamdulillah.. Seronok giler bila Geng bagi green light Nina turut serta dalam Bengkel Penulisan Kelab Blogger Ben Ashaari. Terlompat-lompat kegirangan bak kanak-kanak Ribena lagaknya jangan bayangkan sejurus Geng kata “Ok, pegi laaa…” Yeayyy … Terima kasih Abang sudi korbankan masa weekend jagakan anak-anak berderet kita, uruskan hal ehwal rumah, masak-masak, cuci-cuci, macam-macam laaa tuk sayang mencari lorong cahaya dalam penulisan… Chewah..
Tuan Zulkifli Ahmad Idrus
Beruntung kami bila penulis buku terkenal ‘Mata tak berhijab’ – Zulkifli Ahmad Idrus atau lebih di kenali sebagai Apak sudi berkongsi teknik penulisan yang perlu ada tuk sesebuah karya novel. Sapa pernah baca buku ‘Mata Tak Berhijab’ ni..?? Kisah seram tau. Ternyata elemen seram tuu sendiri ada pada penulisnya. Meremang jer bulu roma saat bersua dan mendengar bisikan tips penulisan dari beliau.
Menurut beliau, penulisan sebuah novel memerlukan 4 elemen penting sebelum di olahkan penceritaannya.
1-. Idea (genre)
2-. Watak dan perwatakan
3-. Latar masa
4-. Latar tempat
Teknik penulisan novel
Selain 4 elemen ni, beberapa teknik penulisan juga dikongsikan. Contohnya satu bab tidak kurang 10 muka surat sebaiknya. Kebiasaannya tuk satu bab adalah bergantung pada satu latar masa. Penulisan akan tampak kemas dan konsisten penceritaannya.
Untuk perenggan, sebaiknya tidak lebih dari 3 ayat tuk satu perenggan. Satu ayat pula moleknya tidak lebih dari dot dot dot *rahsia * patah perkataan. Hehee… Ini memainkan peranan supaya pembacaan tidak bosan dan lancar.
Nampak tak? Tips ini juga boleh dipraktikkan dalam penulisan blog. Setiap blog ada genre – niche blog yang tersendiri, begitu juga dengan watak dan perwatakkan penulis. Ada yang santai, ala majalah, ala berita dan tak kurang ada yang skema. Kann…?? Korang rasa penulisan Nina kategori apa?
Tuan Zamri Mohammad
Penulis jemputan ke-dua merupakan Malaysia Writers Movement. Hebat orangnya. Korang pi laaa belek-belek kat facebook beliau, kata-kata di status nya cukup terkesan dan tertikam sanubari. Ada ketika korang akan menyampah dengan status beliau sebab nanti korang cakap dalam hati “Aduh … terkona den hari ni” tuuu yang tertusuk bak sembilu tuu… korang pi laa tengok sendiri!
Kata beliau “Matematik penulisan bermula dengan peta. Dengan adanya peta, kita sebagai nahkoda tentukan arah tuju fokus penceritaan kita”
Tips teknik penulisan yang baik
Penulisan yang baik pasti memberi kesan pada pembaca. Tapi … macammana nak menarik minat orang untuk baca penulisan kita? Kannn…?? Macam susah jer kann…?? Huhuu
Tajuk antara elemen penting yang menarik minat pembaca untuk mengetahui lebih lagi cerita yang nak dikongsikan. Tajuk yang punya 5 patah perkataan lebih menarik tumpuan mata terutama tajuk buku / novel. Ayat imbuhan aktif kat tajuk lebih memberi impak!
Fokus pada penceritaan yang nak disampaikan. Serikan penceritaan dengan warna penulisan iatu elemen bunyi, visual, dialog dan perhubungan. Bila elemen ini ada dalam sesebuah penulisan, penceritaan antara penulis dan pembaca lebih terkesan dalam hati. Pembaca akan terasa seolah dia berada dalam cerita tersebut, penulis dok tengah sembang bercerita dengan dia. Baru feel tuu ada!
Macammana elemen bunyi dan visual nak ada dalam penulisan? Nak tahu..?? Haa tu laaa… Sapa suh tak join. Hehe…
Nina share sikit contoh tuk korang. Visual ni apa yang korang nampak, korang ceritakan dalam penulisan. Pastu, korang tambahkan elemen visual tu dengan kesan bunyi yang ada. Faham ke faham?
Gini .. Elemen bunyi ni macam ketawa “Hahaa” , “Kah kah kahh” kengkonon macam kelakar lah sangat , “hoorayy. .!!” gembira, “Lalalaaa” nyanyi senang hati. “Hehee” mengade-ngade eh! Nina selalu buat ni 🙂 Elemen gini akan lebih memberi kesan di hati pembaca.
Terima kasih penaja
Sarapan – Restoran Nelayan Ampang
Alhamdulillah… Hidangan sarapan yang ringkas – bihun goreng, kuih muih, sandwich dan air panas disediakan oleh Restoran Nelayan Ampang. Terima kasih banyak sudi mengisi kekosongan perut kami di pagi hari minggu.
Ni nak kasitau , korang nak makan lunch murah sedap harga – RM3.50 ??
korang pi Restoran Nelayan Ampang. Dengan RM3.50 korang akan dapat nasi + ayam goreng /ikan goreng + sayur. (kuah asam pedas / masak lemak / kari)
Selain tu kat sana ada steamboat, pastu ada Seafood Lambak dia yang sedap! Aduh … teringat-ingat. Nanti nak pi sana lagi…
Lunch – Cafe Cerita Kambing
Usai selesai Bengkel, perut masing-masing dah mula berkeroncong. Rezeki kami… Lunch Nasi Butter Kambing Bakar disediakan oleh Café Cerita Kambing. Aduyai .. Sedapnya! Pekena lak ngan sos black pepper dia, memang asyik makan sampai licin! Nanti Nina nak bawak family Nina makan kat Café dia kat Shah Alam pekena Nasi Kambing ni..
Lokasi – MaTiC Kuala Lumpur
Dah beberapa kali MaTiC dan KBBA9 bekerjasama. MaTiC tidak pernah mengecewakan. Tempat yang selesa, suasana bilik yang tenang, aircond yang cukup sejuk, peralatan semua berfungsi baik.
Kemudahan bilik air yang bersih, surau selesa dan parking percuma. Nak datang sini pun senang. Waze jer gerenti sampai..! Walaupun ada penutupan jalan, Waze akan tunjuk arah jalan lencongan lain dan korang gerenti sampai gak depan MaTiC. ** Ahad lepas ada RUN KL – setiap minggu pertama dan ke-tiga beberapa jalan utama di tutup di sekitar bandar Kuala Lumpur ni.
Sepanjang separuh hari di Bengkel Penulisan KBBA ni, banyak tips dan teknik penulisan yang Nina perolehi. Sebenarnya tak puas lagi nak gali-gali tips dan teknik dari mereka. Namun, kesempatan dan peluang yang diberikan cukup tinggi nilainya.
Walaupun penulisan Nina idok lerr hebat mana, tapi sekurangnya perkongsian Nina memberi manfaat buat pembaca. Korang selalu laaa singgah baca dan andai ada kekurangan yang perlu Nina perbaiki tuk kasi lagi uummphhh penulisan Nina, korang tegur laaa Nina ehh.. Whatsapp ke, pm tepi ker yaa…
“Tulisan kita mencipta realiti baru pada orang lain” Zulkifli Ahmad Idrus
Seronok masuk bengkel penulisan tu..buku mata ketiga baru separuh habis baca..hehe best tp bz lately
Best yer,join bengkel,dpt ilmu dan dpt makan sedap. Hehe..
Okat dapat sedikit ilmu yang tak dpt g ni
wah wah wah..seronoknya. Rasa nak lagi baca..huhuhu.Sambung plishhh
Wow bestnyaaaa .. bagus join bengkel bengkel yg bermanfaat mcm ni .. terbaekkkk
Tq kak nina sudi kongsi ilmu..
” Satu ayat pula moleknya tidak lebih dari dot dot dot rahsia patah perkataan”
– tak paham ayat ni..
Banyak sangat dapat ilmu dari bengkel ni, sedikit sebanyak dapat bantu dalam penulisan blog!
Memang best Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Banyak ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat dapat dikutip.
terbaik kak nina! penceritaan kak nina mmg lain kali ni. terbaik!
Mmg best bengkel tu, banyak ilmu berguna.
Ruginya tak dapat join Bengkel penulisan tempoh hari.