As’salam dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman yang Nina kasihi …
Syukur Alhamdulillah ….. tanpa Nina sedari, blog CoratCoret Nina yang tak seberapa ini telah menyambut 1st anniversary baru-baru nie. Terharu rasanya …..
Baru setahun jagung dan bak kata pepatah bagaikan baby baru nak belajar jalan bertatih…
Dan itupun baru tangga yang pertama telah Nina naikki. Masih banyak yang perlu Nina pelajari dan perbaikki lagi. Itu pasti . . .
Gambar dari Google…. |
Entah bagaimana blog ini tercipta pun sukar Nina nak terangkan. Semuanya bermula tanpa Nina sedari. Dan asalnya tercipta CoratCoret Nina ini hanya sekadar suka-suka dan mengisi masa terluang Nina. Sebab itu lah, nama nyerr CoratCoret Nina……. hehee . . .
Selain dari itu, Nina yang serba cetek ilmu IT nie terfikir-fikir kan sumber untuk Nina pasarkan produk Nina iatu ‘Marshmallow’ Halal. Dalam pada permulaan, Nina sekadar ingin mencuba-cuba pasarkan Marshmallow sahaja. Dan kemudiannya tanpa Nina sedar ianya berkembang ke arah Cake, Muffins dan juga Macarons. Sejujurnya Nina katakan, semua yang terjadi sehingga ke tahap ini diluar perancangan Nina.
Syukur Alhamdulillah, semua yang terjadi ini adalah rezeki dan ketentuan dari yang Esa. Apa yang terbaik tentunya dari DIA. Terima Kasih Ya Allah….
Ini lah post pertama Nina … Marshmallow Halal
Kelakar kan …. entah nak tulis apa pun Nina tak tahu. Nak promote pun tak reti. Belasah ajer laaa…..
Alhamdulillah, rupa-rupanya Nina tak lama kemudian Nina menerima order dari link tersebut. Walaupun post tersebut serba kurang dengan penerangan apatah lagi ayat-ayat power tentang produk marshmallow nie. Pada mulanya, terkejut juga cuz dari jauh-jauh pula tuu order yang Nina terima…… Betapa hebatnya zaman siber ini. Tak lama kemudian Nina menerima untuk Doorgift pula. Boleh tengok SINI picture sample dan senarai harganya. ..
Tidak pernah sekali pun terlintas difikiran Nina yang Nina akan menjadi sebahagian dalam dunia blogger masakan. Jika ada sesiapa yang mengenali Nina sebelum ini, Nina nie bukannya pakar dalam masakan. Apatah lagi dalam bab baking cake, buat puding dan sebagainya.
Tidak sama sekali !! Insan yang bernama Nina nie sebenarnya serba serbi kurang dalam bidang masakan nie. Masa zaman remaja dulu, masak pun tak pandai. …. Sungguh !!
Bahkan, ramai yang seakan tak percaya sekarang nie Nina mampu masak apa juga hidangan. Bukan itu saja, Nina juga mampu baking cake, cookies dan puding.
Bukan nak eksen atau membangga diri, sejujurnya Nina sendiri pun tak percaya yang Nina boleh melakukannya. … Akan tetapi, itu lah hakikatnya. .. Nina boleh! 😉
Mama, baba, adik, sedara-mara, sepupu sepapat malah Hubby Nina sendiri macam tak sangka dengan keupayaan Nina setakat ini. Semuanya bermula dihujung jari dan ditambah dengan keazaman untuk mencuba dan terus belajar…
Buat Hubby Nina tercinta, jutaan terima kasih di atas sokongan dan dorongan untuk Nina terus memperbaiki diri ini menjadi lebih baik dan maju. Walaupun Nina tahu, dia tak pernah pun buka blog CoratCoret Nina nie …… huhuhuuu …….. :'(
Orang bz yang tak punya banyak masa untuk mentelaah dunia blogger nie. hehhee . . . .
Ini lah post pertama Nina dalam dunia blogger masakan. Kek Simple Lemak Manis Lagi Berkrim.
Amboi ~~~~ panjangnya nama kek nie. Hehhee . . . .
Seingat Nina resepi nie Nina dapat dari Mama Nina dan beliau dapat dari mana Nina pun tak tahu. Resepi zaman dolu-dolu agaknya ……
Niat Nina berkongsi segala menu/resepi yang ada hanya sekadar perkongsian ilmu dan juga sebagai rujukan Nina dimasa akan datang.
Untuk makluman, actually awal tahun 2012 baru Nina bersungguh-sungguh berkongsi segala ilmu resepi yang ada. Sebelum-sebelum nie, hanya main-main dok share ajer …. hehee . . .
Niat Nina berkongsi segala menu/resepi yang ada hanya sekadar perkongsian ilmu dan juga sebagai rujukan Nina dimasa akan datang.
Untuk makluman, actually awal tahun 2012 baru Nina bersungguh-sungguh berkongsi segala ilmu resepi yang ada. Sebelum-sebelum nie, hanya main-main dok share ajer …. hehee . . .
Dan bermula dari detik tersebut, minat Nina lebih cenderung ke arah masakan dan baking. Nina juga dah mula berjinak-jinak memberanikan diri untuk meninggalkan jejak dan comment di blog-blog terhebat dalam dunia blogger masakan antaranya tak lain tak bukan, Che Mat Gebu, Kak Azlita dan juga Kak CT. Setiap hari Nina tanpa jemu pasti akan singgah ke dapur mereka dan pastinya yang mana berkenan dihati Nina kan mencubanya.
Sejak dari itu, Nina lebih mengerti akan kemampuan setiap insan di muka bumi Allah ini. Semuanya akan terjadi diluar kemampuan jika ada usaha dan juga keazaman untuk menjadi lebih baik dan ada keinginan untuk terus memajukan diri. Semuanya tanpa limit dan had. Hanya diri sendiri yang menentukan….. Yang penting, dalam diri harus sentiasa berfikiran POSITIF. Insya’Allah ….. semuanya akan terlaksana.
Nina percaya, setiap apa yang terjadi pasti banyakk hikmah yang tersurat lagi tersirat. Semuanya telah ditentukan oleh DIA. Walau betapa hebat dugaan yang perlu ditempuhi sebelum ini, pasti hikmahnya juga sehebat dan seindah nyata dari DIA….. Itulah yang terbaik untuk diri ini dan juga semua…
Bermulanya dari episod di atas, dengan keberanian yang ada ditambah dengan keizinan Hubby, Alhamdulillah ….. rezeki untuk Nina sekeluarga tak pernah putus. Nina sentiasa ada menerima tempahan samada marshmallow, doorgift mahupun bidang baru Nina iatu Cake. Walaupun Nina masih dalam proses pembelajaran, kengkawan dan sahabat sudi memberi peluang dan percaya dengan kemampuan Nina untuk menunaikan tempahan mereka. Alhamdulillah mereka berpuashati dengan air tangan dan sentuhan Nina. Nanti selalu-selalu lah order lagi yea……. Hehehe . . .
Walau betapa hebatnya diri dirasakan, ada orang yang lebih hebat dari anda. Akan tetapi tidak ditambahkan ilmu di dada dan disebarkan sebaiknya pasti tidak akan kemana-mana pun dengan ilmu yang ada …..
Walau betapa bodohnya dipandang akan seseorang itu, namun dengan rasa kebodohan yang ada dan ditambah dengan keazaman untuk belajar memperbaiki diri,
Insya’Allah….. (dengan izin Allah) orang itu akan lebih bijak pandai dari orang yang memandang rendah akan beliau.
Disini Nina suka nak share antara menu yang telah Nina cuba dan menjadi pilihan ramai pengunjung CoratCoret Nina sepanjang tahun yang pertama ini.
- Puding tanpa telur
- Puding tanpa telur dan lagi dan lagi ~~~
- HomeMade Mashed Potato with Gravy
- Mee Bandung Muar
- Vanilla Muffin with Kismis
- Heavenly Carrot Cake
- Mee Hoon Goreng Hailam
- Roti Telur Yang Simple Tapi Walla ~~~
- Kek Choc Moist Kak Munira Baharum
- Cendawan Goreng Tepung Crispy
- My Baby Pasta Sos Carbonara
- Triffle Puding
Dikesempatan ini, Nina ingin memohon maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa, menyinggungkan perasaan buat pembaca yang sudi singgah ke teratak CoratCoret Nina ini.
Jutaan terima kasih tak terhingga buat semua pengunjung CoratCoret Nina kerana anda semualah penggerak nadi untuk Nina terus bersiaran dari hari ke hari ….
Segala sokongan, dorongan dan kritikan amat lah Nina hargai….
Ikhlas dan Salam Sayang,
Nina Mirza
Asslm Nina…TAHNIAH 1st anniversary…semoga lepas ni btmbh rezki yg ade tu n byk ordernye lg yer…teruskan bkarya n hasilkan menu yg best2 yer…
Tahniah Nina dah sambut anniversary 1st blog ye..moga maju n terus maju..
Wa'alaikumussalam QH cayanggg….
Terima kasih banyak …
Insya'Allah Nina akan terus berkongsi ilmu/resepi yang ada untuk semua..
Ya.. moga bertambah rezeki selepas ini hendaknya..Amin…
muah muahhhh…
Terima kasih banyak kak Rohah …
Insya'Allah kak dan moga persahabtan kita ini berkekalan…
Sharing is caring… muah muahhhh !!
salam nina.. dah setahun ya.. tahniah.. semoga akan terus ada dua tahun, tiga tahun dan seterusnya.. 🙂
keep up the good work 🙂
Salam Nina…congrats from FnF
tahniah nina..smoga lbh maju dimasa akn dtg:)
wa'salam kak Nor ….
Terima kasih kak … Doakan moga Nina terus berkongsi ilmu/resepi yang ada buat semua yea..
Insya'Allah.. amin
Wa'salam FnF ..
Thank you very much …. 😉
Terima Kasih Zila ….
Insya'Allah.. doakan nina yea
amin …
Selamat Ulangtahun Pertama Blog CCNM ya Nina…teruskan berkongsi dan meriahkan dunia masak2 alam cyber ni yea…moga ukhwah terjalin terus kekal selamanya…muaahhh!
Terima Kasih banyak kak Ummi…
Insya'Allah kak, doakan Nina yea.. amin
As'salam Nina comelll…
maaf baru dapat singgah ni, tu hari dah wish kat FB tapi kat blog tak berkesempatan..sori ya yanggg hehehe
Happy 1st Annivesary ninamirza.blogspot.com/ semoga apa yang dikongsikan didalam blog ini sentias mendapat keberkataan dan semoga maju jaya dalam duani bisnes juga hendaknya, insya'Allah…Amin Ya Allah
semoga terus tabah mengharungi dunia blog yang penuh dengan pancaroba ni ya, jangan cepat putus asa dan cepat rasa rendah diri. anggaplah itu semua dugaan dalam dunia blog okey 🙂 muahhh!
Wa'alaikumussalam kak CT ku cayanggg . . . .
Terima Kasih Kak CT di atas doa dan ucapan akak buat Nina.
Amin …..
Insya'Allah Nina akan berkongsi selagi termampu dan terdaya…
Bertuahnya diri ini dapat kenalan seperti kak CT 😉
muahh muahhhh …!!