Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Nasi Bamboo Sg Klah
January 6, 2018June 14, 2023

RESTORAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH |Orang dok cakap-cakap! Sedap sangat ke ?

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah | orang dok cakap-cakap sana sini , Nina terfikir best sangat ke , sedap sangat ke Nasi Bamboo Sg Klah ni ? Apa special nya Nasi Bamboo ni ? Aihhh.. bermacam soalan bermain di minda.

Isi Kandungan hide
1 Tempat makan sedap di Perak
1.1 Sedap ke Nasi Bamboo Sungai Klah ?
1.2 Kat mana Nasi Bamboo Sg Klah ?
1.3 Restoran luas, besar
1.4 Nasi Ayam Bunian sedap
1.5 Apa yang sedap di Restoran Bamboo Sungai Klah ini ?
1.6 Wajib order kambing bakar !
1.7 Yang tak sanggup makan kat sini sebab …
1.8 Fuuhhh ….!! Nasib baik sedap!
1.8.1 Waktu Operasi
1.8.2 Alamat
1.9 Apa kata Nina
1.10 Related posts:
2 Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~
3 Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3
4 Sedapnya JIM'S PORRIDGE | Patut laaaa Viral Bubur Nasi Berlauk ni sebab
5 Selamat Hari Ibu ... kenangan ber'title' MAMA

Tempat makan sedap di Perak

Ahaa… hari tu Nina janji nak sambung citer pasal Nasi Bamboo kan…??
Ok, Nasi Bamboo Sg Klah ni dah memang femes pun. Masa Nina nak ke Cuti Sekolah yang lepas, bawak anak-anak bercuti ke satu tempat menarik di Perak –  Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak. Sebelum sampai sana, gerenti akan lalu Nasi Bamboo ni. Rugi sangat tak singgah. Dah sana sinin sinun dok bilang sedap, rugi tak singgah pekena.

Sedap ke Nasi Bamboo Sungai Klah ?

Kat mana Nasi Bamboo Sg Klah ?

Lepas keluar tol Sungkai, terus pastu ada traffic light Sila terbentu kalau lampu merah yaa! Pastu belok kanan korang akan nampak terpampang besar signboard Nasi Bamboo Sg Klah sebelah kiri. Punya lah besar ruang parking dia. Bagus!

Restoran luas, besar

Usai masuk ke dalam restoran yang luas dan besar korang terussssssss korang akan nampak signboard beratur. Sila beratur.

Nasi Bamboo Sg Klah

Untuk pengetahuan korang, Q ada 3 bahagian utama untuk makanan

  • Kanan – bahagian lauk pauk/ sayur
  • tengah nasi dan set nasi (satu set nasi ada nasi buluh, kuah, ulam dan sambal
  • kanan – bahagian bakar, goreng. (ayam bakar, ayam kampung goreng , ayam percik, ayam bunian dan macam-macam yang pasti menggugat selera korang. Paling best >>>>> Kambing bakar dia! Wallaaa…
  • Selain tu Q lain tuk port air dan dessert

Hari tu Nina makan ni …

Nasi Bamboo Sg Klah

Nasi Ayam Bunian sedap

Ayam Bunian ni femes! Ramai dok canang sedap- sedap! Maka Nina pun order laa
Ya dah rasa memang sedap. Ayam dia rasa nya ayam kampung kot, sebab tak besar sangat. Di goreng sedang elok, garing diluar tapi isi dia lembut, juicy! Tak cukup seketul sebab ratah gitu aje pun asyik

Nasi Bamboo Sg Klah

Ulam-ulaman ni di datangkan bersama set Nasi Bamboo

Apa yang sedap di Restoran Bamboo Sungai Klah ini ?

Ok, sedap ni general sangat kann…?? Kalau Nina bilang sedap kot tekak korang rasa tak sedap lak acaner? Ni pengakuan jujur dari Nina ya…. Paling Nina suka kambing bakar dia!  Dagingnya empuk, moist dalamnya, cukup rempah dan sos nya pun memang sedap!

Pastu Nasi buluh dia pun Nina suka! Lembut dan sedap! Ada bau aroma daun dan rasa unik yang membuka selera tatkala buka daun tu. Selera Nina memang suka nasi lembut, paling menyampah tahap potong selera kalau nasi nya keras macam butir beras. Terus tak lalu makan…

Wajib order kambing bakar !

Nasi Bamboo Sg Klah

Huishhh …. Nengok daging ni sambil tulis type entri ni … Aduyai, teringat-ingat keenakkan daging kambing bakar Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Serius sedap korang kena cuba!
Nina yang sendiri terliur tengok gambar sendiri! Padan muka. Hahaa… Gelakkan diri sendiri

Yang tak sanggup makan kat sini sebab …

Tempat makan sedap di Perak

Pesanan penaja Nina ler tuuu… kalau korang nak makan sini, korang KENA datang sebelum jam 12 tengahhari. Lambat kaluuuu . . . . Sangatttttttttt lama korang kena beratur. Dan bukan sekali korang kena beratur, malah lebih dari 3-4 kali sebab setiap bahagian korang perlu beratur semula.

Yelah nak beratur tuk nasi asing, lauk pauk asing, bakar goreng asing dan air pun asing. Bayaran dibuat kat setiap bahagian. Cer bayangkan betapa lamaaaaa Nina kena beratur! Sila bertabah dan pupuk kegigihan setinggi KLCC.

Fuuhhh ….!! Nasib baik sedap!

Walaupun begitu, nasib baik nasi dan lauk pauk dia sedap! Pengubat duka lara capek masa beratur tadi tu. Meh layan Youtube Nina yang sempat Nina snap sepanjang Nina kat Nasi Bamboo. Korang, tengok dari tepi jer ehh… maklum lah Nina pakai semakphone jer. Idok lerrr cantik mana pun video Nina. Asal dapat rakan kan tuk kenangan jadi laaa..

Waktu Operasi

10:30 pagi – 6 petang
Tutup – Jumaat

Facebook : Nasi Bamboo Sg Klah
Instagram : Nasi Bamboo Sg Klah

Alamat

Jln Sungkai —Slim River 35600 Sungkai,Perak,Malaysia.
Location: Exit tol Sungkai,lampu isyarat ambil kanan, 300m dah sampai
Tel : 0165269967

Apa kata Nina

Keseluruhan Nina berpuashati, paling best – kebersihan tempat cuci tangan dan toilet masa Nina datang tu tip top! Dan insyaAllah Nina akan datang lagi andai perjalanan Nina ke arah Utara. Semoga Nasi Bamboo terus sukses!

Nasi Bamboo Sg Klah

Related posts:

Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~

Sinopsis Drama SETELAH KU DIMILIKI TV3

Sedapnya JIM'S PORRIDGE | Patut laaaa Viral Bubur Nasi Berlauk ni sebab

Selamat Hari Ibu ... kenangan ber'title' MAMA

Lifestyle Review Travel Info - Food ReviewInfo - SemasaNasi BambooNasi Bamboo Sg KlahSungkaitempat makan besttempat makan sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Lynda Che Lah says:
    January 6, 2018 at 2:00 pm

    Alaaaa…teringin!

    Reply
  2. Pisyek.com says:
    January 7, 2018 at 4:58 pm

    Pisyek tengok gambar macam sedap je. Fuh. Kena singgah ni bila balik kampung next time.

    Reply
  3. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    January 10, 2018 at 4:29 pm

    Pernah try sekali makan lepas turun dari Cameron Highland. Tapi bab sedap tu general lah. Cuma harganya agak mahal juga

    Reply
  4. nadia johari says:
    January 26, 2018 at 2:35 am

    macam2 ada uiii

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes