Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 4, 2018June 27, 2023

TIPS JIMAT ELETRIK 14 CARA BERKESAN INI DARI TNB WAJIB TAHU!

Apa azam korang tahun baru ni? Ya macam-macam pun ada dan pastinya paling utama adalah cara nak cut kos perbelanjaan bulanan kann? Semua orang pun punya impian yang sama. Maklumlah kita bukan have-have maka bajet perbelanjaan merupakan perkara utama yang ada dalam list tahunan. Ketahui TIPS JIMAT ELETRIK 14 CARA BERKESAN INI DARI TNB WAJIB TAHU!

Isi Kandungan hide
1 Bajet lari bil utiliti tinggi
2 Kena jimat bayar bil! Apa cara dan tips nya?
3 Tips jimat elektrik
3.1 Cara / altenatif lain jimat bayar bil lektrik
3.2 I-Power Berkesan !
3.3 Tips jimat eletrik
3.4 Related posts:
4 RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE
5 How to evaluate property investment returns
6 Cucur Jagung
7 Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis Juadah Manisan Berbuka Puasa

Ya, bayaran utiliti bulanan antara komitmen penting yang wajib bayar setiap bulan. Mau tak mahu, tetap kena bayar. Benda ni satu keperluan! Paling terkesan adalah bil eletrik. Makin hari makin tinggi, melambung sampai tak terkata dibuatnya. Kenapa eh? Huhuu…

Bajet lari bil utiliti tinggi

Tengok ni … kira syiling jer gamaknya! Huhuuu . . . . Maklumlah duit Nina idok lerrr berkepuk-kepuk 🙁

Yelah, sekarang ni semua pun cekik darah. Apa pun mahal! Nak nak lak sekarang ni harga petrol di luar jangkaan. Budget petrol ni payah dah nak masuk dalam budget bulanan. Jumlah anggaran range nya agak besar! Mau cecah standby Rm100 ke RM200 bergantung pada jumlah penggunaan bulanan. Setuju?

Macammana lak ngan budget bil elektrik? Tinggi ke bil elektrik rumah korang? Berapa sebulan? Mampu ke kita nak budget kan jumlah bayaran bulanan? Korang ada plan nak kurangkan bayar bil elektrik bulanan ker redha jer setiap bulan tanpa berbuat apa-apa? Atau korang memang jenis tak payah bayar bil elektrik kot. Hurmm…. Andai gitu , indahnya kehidupan korang. Jeles kita!

Kena jimat bayar bil! Apa cara dan tips nya?

tips jimat eletrik

Haishh … Jangan berfikiran singkat gitu. Terima redha dan pasrah lalu bayar aje! Boleh bijak sikit tak? Apa yang mampu kita perbaiki ke arah kebaikkan, kita usahakan sebijaknya. Meh Nina share ngan korang tips jimatkan penggunaan elektrik dan cara nak kurangkan bayar bil elektrik bulanan kita. ** bukan tips elak bayar pastu berhutang beratus-beribu pastu buat dont no aje yaaa** nehi nehi..!! Tak mo subahat dosa ngan korang.

tips jimat eletrik

Perkakas ni payah nak elakkan dari berada dalam rumah kita kann…?? nak tak nak kita terpaksa memerlukan ni semua.  So kita kena tau tips jimat eletrikkan dengan cara penggunaan yang betul supaya bil lektrik tak tinggi.!

Tips jimat elektrik

  1. Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap.
  2. Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen.
  3. Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lebih kurang bil lektrik korang.
  4. Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit.
  5. Gosok baju dalam kuantiti pukal. Gosok laa weekend  sekali harung!
  6. Penuhkan pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda isi semula.
  7. Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang. 
  8. Beri ruang kepada peti sejuk korang untuk ‘bernafas’. Maksudnya – Jarakkan peti sejuk korang  dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk peti sejuk korang  untuk sejuk kembali.
  9. Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.
  10. Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah.
  11. Gunakan lampu fluorescent T5 untuk lebih jimat api. (Lampu yang kecil tapi panjang).
  12. Setkan suhu pendingin udara kepada 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik korang.
  13. Susun barangan di dalam peti sejuk supaya lebih tersusun. Ini boleh membuatkan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen seterusnya menjimatkan elektrik.
  14. Gunakan mod ‘cold wash’ ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Jika tidak, mesin basuh korang  akan memerlukan lebih tenaga untuk memanaskan air.

Sumber : TNB

TIPS Cara Setting AirCond Jimat Bil Elektrik

Ketahui TIPS CARA SETTING AIRCOND JIMAT ELETRIK

Cara  / altenatif lain jimat bayar bil lektrik

Ok.. andai kan korang dah buat sehabis jimat ikut tips jimat eletrik dari TNB tapi masih tinggi beratus-ratus hinggit setiap bulan, Meh Nina share ngan korang satu alat yang berfungi mengurangkan bil elektrik bulanan korang. Ini sah tau bukan songlap-songlap tipu-tipu punya tau! Dia sebagai penebat aliran supaya perkakas elektrik korang tidak berdesup laju memancarkan tenaga. Faham ke faham?

Nina nak citer banyak sangat tak reti nak terjemahkan. Hari tu Nina tengok Ben pun pasang kat rumah dia. Dan dia pun berpuashati dengan i-power tu… Bil elektrik berkurangan dari bulan ke bulan. I-Power berkesan!

Alahai … dok tepi tuu jer I-Power ni..  Senang sangat!

I-Power Berkesan !

katanya i-POWER – ” Alat penjimatan tenaga berteknologi tinggi ini dicipta khusus untuk kawasan yang menerima bekalan voltan 200V – 240V. Ia boleh meningkatkan Faktor Kuasa (Pf ) semua perkakasan rumah anda dan mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik ” .

korang nak tahu lebih lanjut, korang tengok facebook depa :- Iham Pintar
lagi senang korang whatsapp : 0173182999 / 012-4338082

Tips jimat eletrik

Nina pun plan nak beli i-power ni. Memula kena lah keluarkan modal beli benda ni, insyaAllah beberapa bulan lepas tu modal dapat balik. Dah cover modal tadi. Boleh laaa pasni plan duit extra budget dari bil elektrik tuu ke arah lain yang lebih bermanfaat!

Ada beberapa produk lain yang bagus untuk korang yang punya impian ke arah penjimatan. Pepandai lah korang belek facebook Ilham Pintar ehh … Nina pun dah terjebak ni… Sapa yang tak nak jimat di zaman ekonomi merundum lagi merintih gini kann… Aarghhh… buat penat jer membidas , baik fikirkan solusi 🙂

Korang lak camner perancangan budget 2018 korang? Tak kan nengok aje … Kannn..??

Related posts:

RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE

How to evaluate property investment returns

Cucur Jagung

Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis Juadah Manisan Berbuka Puasa

Lifestyle Review Tips budget 2018cara nak jimat kan elektriki-powerilham pintarTipsTips dan Petuatips jimat kan elektrik

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. YB Shehan says:
    January 4, 2018 at 10:02 pm

    wow.. tersuka jgk klu leh jimat letrik.. huhu.. letrik umah i leh tahan mahal..

    Reply
  2. Moha says:
    January 4, 2018 at 10:21 pm

    Tengah cuba semua tips yang sama Kak Nina. Memang berkesan.

    Reply
  3. mas saari says:
    January 5, 2018 at 12:04 am

    Kita sejak jarang guna aircond bawah RM100 bil bulan². Kalau pakai iPower ni mesti lagi jimat, menarik!

    Reply
  4. SalinaJohari says:
    January 5, 2018 at 2:23 pm

    Sal plan gak kak nina I-Power tu..kalau betul berkesan ape salahnyer kan..selagi bokeh jimat..kita jimat..

    Reply
  5. Qaseh says:
    January 6, 2018 at 12:49 am

    Wow , bestnya dapat berjimat cermat

    Reply
  6. ina says:
    July 9, 2018 at 8:49 am

    macam best jer. Nak kena juga cari,akhir akhir ni melambung bil

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes