Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 18, 2012January 11, 2016

Salam Aidilfitri 2012

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang…

Tinggal lagi beberapa minit seluruh umat Islam dibumi Malaysia dan seangkatan dengannya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan buat semua yang telah menunaikan ibadah puasa yang lalu. Betapa sayu rasa hati meninggalkan Ramadhan dan rasa gembira menyambut Syawal tidak dapat dinafikan…..
Bukan anak kecik sahaja yang gembira menantikan Syawal, dewasa tidak kurang sama..
Nina antaranya…(menunggu duit raya dari Hubby~~~) Hehhee . .. .

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Ikan Masak Taucu
3 Salam Aidilfitri 2014
4 Ukhwah dan Persahabatan ...
5 Bloggers Day KBBA di Zoo Negara sambut Birthday Panda ke-9

Dikesempatan yang ada, Nina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat SEMUA & memohon kemaafan jika ada salah dan silap antara kita sepanjang perkenalan kita.

Nina juga memohon dihalalkan segala resipi yg telah Nina cuba & share kan disini. 
Buat keluarga, sedara mara, sepupu sepapat, sahabat handai, kawan kengkawan dan juga teman2 ,  halalkan juga makan minum Nina yea …. 
Buat teman-teman blogger pula – andai ada yg terlebih & terkurang garam dan gula kat resepi tuuu pula – mohon maaf dan dihalalkan …. hehee

Jika ada kesempatan di lain masa, Insya’Allah Nina akan meng update kan diri seperti biasa. Maklumlah, selepas nie sibuk pulak dengan open house & jemputan kaum kerabat dan sahabat handai. ..

Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. Jika kepenatan, berhenti berehat seketika. Biar lambat asalkan selamat. Moga sampai ke destinasi yg di tuju. Amin …

Selamat bergembira menyambut Syawal dan semasa kita bergembira jangan di lupa ada buat yg tiada dan serba kekurangan. Sambut lah dengan gembira tapi bersederhana.

Walau tidak bertemu
Tangan tak berjabat
Ucapan tidak kedengaran
Mata tak bertentang mata

Nina mohon kemaafan segala kesilapan
kerana ada tikanya mata tersilap pandang, 
telinga tersalah mendengar, 
lidah terlanjur kata 
dan hati pula tersalah menduga

Tiada kad, sms, email pengganti diri
Cuma sekadar coretan dari hati
Sudi lah kiranya menerima kemaafan ini
Sejuta keikhlasan dari lubuk hati ini
Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas dari,
Nina Mirza

Related posts:

Ikan Masak Taucu

Salam Aidilfitri 2014

Ukhwah dan Persahabatan ...

Bloggers Day KBBA di Zoo Negara sambut Birthday Panda ke-9

Lifestyle Ucapan Ikhlas dari Nina

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes