Rumah Oohhh rumah … Nak sewa mahal, nak beli tak mampu
Nak beli rumah belum mampu. Macammana ni?
Dah kawin nak dok mana?
Kat mana rumah sewa murah area KL ni?
Semua rumah sewa mahal. Macammana ni?
Rumah sewa murah ada tapi nun jauh beribu batu dari tempat keje. Aduyai…
Tapi kalau dok menyewa, sampai bila nak menyewa?? Bila nak beli rumah nya??
Hurmm … Nina rasa ini lah persoalan yang selalu bermain kat minda korang yang belum ada rumah sendiri kann? Benda ni bukannya perkara remah. Memang kena fikir sedalam-dalamnya kann… Sedalam lautan Hindi korang kena selam betul-betul bila melibatkan bab pengurusan kewangan ni kann…
Bukan apa, bila tersalah langkah dalam membuat keputusan bab kewangan ni, efeknya besar sangat dan berpanjangan! Nak lagi yang hidup kat kota metropolitan Kuala Lumpur ni kannn… Semuanya duit!
Nina lewat beli rumah sebab . . .
Nina punya rumah sendiri agak lewat, selepas kawin baru ada rumah sendiri. Tapi Nina kagum dengan Geng yang dah punya rumah sendiri masa umur dia awal usia 20-an. Masa tu kami belum kawin, cintan cintun pun belum masa tu. Oouchh …!! TER throwback lak. Hahaa…
Masa usia Nina awal 20-an, Nina ada simpanan tapi target Nina bukan beli rumah. Simpan tuk kawin. Hehee… Amboi amboi amboi… gatal kan! HAhaa.. Pastu di ringkaskan citer, tak de jodoh. Jangan mengade tanya sebab apa. Pastu duit simpanan yang berkepok-kepok tu Nina beli kete. Jiwa muda gini laa … Dah beli kete, mula laaa mengade nak tukar tayar besau laa, sport rim laaa, nak tukar tu laaa, ni laaa, nak make up kete laa… Bila ingat semula, beribu lemon hangus! Aarrgghhh…..membazirnya! Huhuuu . . . Itulah pengalaman kehidupan. Redha .. terpaksa 🙁
Bukan mudah nak saving tiap bulan. Huhuu
Ok, lain lak ngan Geng. Nina share sikit tuk korang kisah dia. Dia masa tu muda belia awal 20-an. Genap 3 tahun dia keje, cukup simpanan , dia beli rumah sendiri. Gaji bukannya besar mana pun. Tapi dia tetap usahakan ada nya tabung deposit rumah. Dugaan kengkawan rakan sebaya ajak menghabiskan duit tentu hebat masa tu kot. Cekalnya dia bab displin, uruskan saving kewangan dia.
Maklum lah, masa muda belia dulu, ramai kengkawan seangkatan Nina agak boros berbelanja. Jiwa muda, gitu laa.. Nama jer simpan tapi hujung bulan korek semula simpanan tuh. Ok jujur citer, bukan simpanan namanya. HAhaa… Korang pun ada yang gini kann..??
Bukan mudah menyewa rumah area Kuala Lumpur ni kan…. Banyak faktor kena di ambil kira. Paling penting, dah tentu harga sewa dan lokasi rumah sewa tu kan. Kalau boleh tentu nak rumah sewa tu sebelah ofis jer kan? HAhaa… Jangan mimpi laaa…
Yelah… Bila rumah sewa dekat ngan ofis, banyak jimat nya. Kos pengangkutan – jalann kaki jer pi keje, kos masa – tak payah lepas subuh dah bertolak pi keje, kos makan – boleh balik rumah masak lunch. Huishh…. Nak citer jenuh penuh alasan. Hehe…
Nina nak share ngan korang ni, hari tu kannn Nina pi DBKL tuk bayar saman. Oopssss..!! Alaaaa.. . Saman tak bayar parking meter tu. 🙈🙈🙈 Sila abaikan. Hehee…
Pastu kann. .. Nina terbaca yang DBKL ada Program Rumah Transit Belia Kuala Lumpur. Kat TV pun siarkan Berita nya. Korang ada perasan tak pasal ni? Ker korang dok tengok Akasia jam 7pm tu jer.. Hehee . . . Kita pun sama!
Apa itu Rumah Transit Belia Kuala Lumpur ?
Tertarik Nina share ngan korang yang mana belum update upgrade motherboard korang tu.. Hehe . . . Ok, Nina sendiri pun baru tahu. Rumah Transit Belia ni macam rumah sewa gak. Konsepnya sama. Ada rumah, kena bayar sewa. Korang bayar sewa bulanan kat DBKL hanya RM800 sebulan. Area nya plak kat tengah bandar kota metropolitan Kuala Lumpur. Bukan kat ceruk hujung nun jauh sinun tuuu.
Serius, harga rumah sewa siap perabot kat tengah bandar KL hanya RM800 aje sebulan ?!
Ya, dengan hanya RM800 sebulan, korang bukan dapat bilik tapi sebuah rumah! Korang akan dapat sebuah rumah apartment 3 bilik 2 bilik air dengan keluasan 807 kaki persegi. Best kannn..??
Projek Transit Pangsapuri Bandaraya, Sungai Udang Segambut dan Pangsapuri Studio, Mukim Batu. Projek perumahan ini bakal mempunyai 1,251 unit apartmen dengan 2 blok setinggi 32 tingkat dan 1 blok setinggi 34 tingkat. Setiap unit dilengkapi dengan perabot asas. Vavava… Siap perabot awakkk!!
Kemudahan Rumah Transit Belia
Kolam Renang
Gelangang Futsal
Gelangang Badminton
Taman Permainan Kanak-Kanak
Dewan Serbaguna
Surau
Pengawal Keselamatan
Kat mana Rumah Transit Belia ni?
Lokasi-lokasi terpilih untuk pembinaan projek ini adalah amat strategik, dekat jer ngan pusat bandar Kuala Lumpur. Korang tentu tak percaya, 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, pastu kannn… dekat ngan public transport – KTM Segambut.
Terdapat dua projek yang sedang dan akan dibina serta dijangka siap pada tahun hadapan (2019) iaitu Projek Transit Pangsapuri Bandaraya, Sungai Udang Segambut dan Pangsapuri Studio, Mukim Batu. Kat tengah bandar KL jer ni kann…
Wahh …. Menarik kann? Ok, simpan sikit seronok nak lompat bintang tuu ehhh… Sebab ada yang lagi BEST!
Bayar sewa – Duit sewa jadi saving . Pelik ni??
Ahaa… Berita ni lagi terlajak BEST! Kannn tadi korang bayar sewa rumah transit belia RM800 sebulan, TAPI sebenarnya RM300 dari sewa yang korang bayar tu DBKL akan jadikan duit pendahuluan tuk korang beli rumah akan datang lepas tu.
Perancangan pembelian rumah akan datang lebih terurus, mudah!
Nampak tak, secara tak langsung korang dah ada simpanan. Kiranya ni force saving gitu. Nak suh korang simpan sendiri RM300 bukan mudah kann… Besar nilainya RM300 tu kannn, nak nak hidup kat metropolitan Kuala Lumpur ni yang penuh pancaroba nya. Huhuuu
Konsep Rumah Transit Belia ini adalah bukan hanya bertujuan untuk penyediaan perumahan sementara sahaja dalam tempoh 5 tahun penyewaan. Tetapi juga sebagai satu bentuk tabungan secara paksa bagi tujuan simpanan. Jumlah yang di simpan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila korang dah mampu nak beli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kelak. Menarik kannn…??
Macammana nak mohon Rumah Transit?
Nah … Belanja korang tengok contoh ruangan dalaman Rumah Transit ni. Berbunga-bunga hati ni. Sambil tengok sambil verangan. Sambil dok belek-belek interior design. Eh! Lebih sudah… Hahaa . . .
Dah dah dahh …. Sebelum teruskan angan-angan, meh tengok syarat kelayakkan tuk korang mohon Rumah Transit Belia ni. Kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan bahawa pendaftaran RTB bakal dibuka dalam masa terdekat dan pemilihan mereka yang layak akan melalui proses saringan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan dan layak sahaja yang akan diberi keutamaan.
Syarat kelayakan memohon Rumah Transit Belia
Semua nya menerujakan.. Tapi korang tengok dulu syarat-syaratnya samada korang layak mohon atau korang mampu berangan jerr…
1- Pemohon korang lerrr… dan pasangan adalah warganegara Malaysia. Bukan rakyat Bangla atau Myanmar ya… Eerrkkk….
2- Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun **ok.. Nina kena dok tepi bucu katil, kita tak layak. dah 4 series!*Huhuu
3- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang di pohon
4- Pemohon bekerja di kawasan / negeri yang di pohon. Kolumpur jer eh…
5- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Kalau korang bos besau, sila hentikan angan-angan. Bagi peluang yang gaji cukup cukup makan jer ni eh…
6- Tiada rekod jenayah. Korang bukan pencuri, ahli kongsi gelap, pengedar dadah atau pernah masuk lokap laaa senang citer. Kawan-kawan Nina yang baca ni semua baik-baik jer kannn…
Amacam..? Korang memenuhi syarat-syarat yang mudah ni? Apa tunggu lagi. Rebut peluang yang ada!
Langkah pertama, mohon!
Ya.. mohon rumah cantik ni awak… Rugi nya awak dah baca, awak layak tapi dudok saja. Sadis! Huhuuu
Ok, nak citer details sangat, Nina bukannya kaunter pertanyaan yang keje kat DBKL tuu… Kita surirumah jer awakkk… Sekadar nak sharing info tuk korang.
Untuk maklumat lebih lanjut, dan nak tau syarat yang lebih tepat, nak mohon, senang citer korang tengok terus borang permohonan Rumah Transit Belia Kuala Lumpur Atau korang pi terus ke :-
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Tel: 03-8000 8000 Faks: 03 -8891 5557
Beruntung nya belia zaman sekarang
Adoi … Sambil type share info ngan korang ni kannn… Betapa beruntungnya belia sekarang… Zaman Nina dulu tahun 90-an tak de program macam ni. Bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, parit getir saat tu hanya yang melalui jer mengerti. Huhuu . . . Ada nya program sebegini amat meringankan bebanan dan secara tak langsung memudahkan pengurusan kewangan para belia Kuala Lumpur ni…
Satu masa nanti, gerenti korang akan ada rumah kediaman korang sendiri.
Wah murah juga ek rumah transit ni.
Teringin nak miliki satu.
Dahla RM300 sebulan dapat kt kita balik.
Konsep dia memang terbaik. Ala-ala menabung macam tu.
Inisiatif kerajaan macam ni patut diteruskan.
Seriously program ni memamng bagus giler. Dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk berkeluarga dengan selesa. Sekaligus dapat menyimpan duit secara tidak langsung.
Bagus la ada program Rumah Transit Belia ni untuk kami yang baru kawen ni. Tapi suami kita dah 32 tahun, kira tak layak la ye. Kalau dia buat umur 35 tahun ok jugak. Huuu, tak dapat la nak menikmati rumah lagi sekarang.. huhuhuhu
Menariklah program ni, boleh bantu pasangan yang baru berkahwin nak beli rumah.
baru tadi baca di blog siapa dah lupa. sama isi cerita tentang rumah transit. bezanya tadi di Klang sahaja. Ingatkan situ je. Rupanya KL pun ada jugak. Bagus sangat-sangat. Tapi, umur jela kan. Kesian yang berumur 30 tahun ke atas yang masih menyewa. Patut ditingkatkan lagi umur tu. Gaji mereka yang dah berumur ni kadang-kdang sama je dengan yang awal 20an. Yelah, Kekangan hidup di bandar besar lebih kurang je tak kira peringkat umur. Tapi, apa pu, bagus rumah transit ni. Baru tahu pelan lantainya macam tu, Ok sangat la. Mohon jangan tak mohon bagi sesiapa yang belum memiliki.
Lebih kurang macam sistem yang dibuat dekat UK/US (dekat Texas tak silap). bagus cara macam ni. sangat proaktif untuk aspek sosial dan keselamatan
Memang bagus ada program macam ni.membantu orang yang ada pendapatan sederhana untuk membeli rumah sendiri kan
Young generation indeed lucky. They should grab this opportunity to have a house now since it is so cheap.
Bagusnya nina sambil bayar sewa sambil saving untuk masa depan. Rumah tu pun cantik sangat. Lokasi strategik pula tu dekat sangat dengan KL. Kemudahan pun lengkap. Tahniah DBKL.
Betul tu. Kinah pun salu juga tengok anak muda sekarang bila.dapat kerja terus beli kereta padahal kereta tu makin lama makin susut nilainya. Golongan belia patut ubah pemikiran mereka dari beli kereta sepatutnya beli rumah. Bukan apa takut nanti dah pencen pun hutang rumah masih belum langsai. Bagus inisiatid DBKL buat macam ni. Galakkan anak mida menabung
Alahai. Join Nina dok bucu katil LA. 4series jugak hu hu… Bagus program gini. Sewa rumah & menabung. Menabung ni kena paksa. Kena berkorban. Rumah makin lama makin mahal.
Rumah aida ni kecik. Beli 2 thn lepas kawin. Sebab masa tu merasakan drpd byr duit sewa rumah, up skit and beli rumah sendiri. Tiap bulan byr tapi lama2 jadik umah sendiri.
serius sangat berbaloi. teringin nak beli rumah tapi tak tau cara dia. tapi tengok offer ni sangat menarik, cumanya kena kawin baru dapat ke
Bagus sangat program gini dari Kerajaan malaysia. Tapi,,, kenapa zaman huda muda belia dan masa stay kat KL takde offer gini..huhu… last2 balik kampung tanam jagung jer. hehe
Semoga inisiatif kerajaan ni membantu meringankan bebanan kewangan belia masa kini
Murahnya sewa rumah kat sini tengah-tengah KL lak tu kalau sekarang harga rumah sewa macam harga beli rumah bayar bulan-bulan jer. Tu yang kerajaan sekarang dah banyak tolong orang kita jadi tak perlu tukar kan…
Banyak kemudahan rumah transit belia ni kan…
mana nak dapat sewa rm 800 dlm kl. lagi kalau beli, memang murah sgt. rakyat yang kurang berkemampuan boleh la beli untuk masa depan.
mahal bah rumah sewa sekarang… dpt rumah transit ni beruntung kan…
suka nya inisiatif yang cuba diketengahkan seperti ini. Jadi golong muda remaja boleh memiliki rumah yang serba lengkap pada kadar sewa yang murah. sesuai dengan pendapatan yg diperoleh. Nak jugakkkk satu ! sebab semua kriteria layak rasanya. Eh
Best jugak ada rumah transit ni kan, sewa dan menabung dlm keterpaksaan..hehehe..beruntung budak zaman skrg. Nanti sis nak suh anak sis apply jugak leh..mana tau kot2 dia nak.
Kiranya every month bayar RM500 je kan sebab RM300 tu simpan untuk advance beli rumah. Wow. Ini sudah berbaloi. Bestnya golongan belia
Forced saving tu yg sgt bagus
Sangat bagus ada program rumah transit untuk belia diadakan.sekurang kurangnya membantu pasangan yang baru berkahwin dan bekerja di wilayah pesekutuan memiliki rumah untuk mereka tinggal.lagi untung duit bayaran sewa akan dikembalikan rm300 jika tamat tempoh kontrak.
beruntung betul orang muda ni, boleh dapat rumah harga murah, boleh plan kewangan yang stabil, senang cerita mereka tidak pening kepala pasal hal-hal rumah lagi. Rumah sekarang kebanykannhy semua tidak mampu milik hanya mampu lihat sahaja. peluang yang bagus untuk golongan muda yang ingin memilik rumah pada usia muda.
betul tu pelik sgt dan bertuah sgt..byr RM800 sebulan pas2 duit RM300 tu nti boleh buat beli rumah sendiri..wahhhhhh bersyukurlah korang yg tggl kat KL nak2 yg baru berkahwin tu..dah lah rumah cantik..byk facilities.. 3 bilik 3 pancuq (bilik ayaq) hahaha
Dah tgk design die… Cntik sgt…
Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!
moga bermanfaat pada yang layak.
Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
lately read many articles about this. believe this is the latest great news for all youngster to own their house, and I wonder when the above 30 will have this chance as well… many single mom nowadays need this kinf od support too.
perluaskan lg di negeri lain..msti ramai lg yg nak manfaat ni 🙂
murah sungguh dah rm800 tu siap perabut
Wahhh siap dapat buat saving lagi..ini part yang paling seronok bila baca hehe
Ala, kite pn dah terlepas umur nak apply
Bestnya muda-mudah dah dapat beli rumah. Mohon negeri lain pun ada buat program yang beat ne
Ala, baru nak mohon.. tapi umur lak tak layak uhuk uhuk
Best sgt infra rumah ni, siap perabot lagi, tapi……..sha tak layak.mohon, adudududu.
uishh besar gak ehh
Biar betul?? Murah tu
bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.
kena bagi ramai lagi tahu tentang ni 😀