Eh ehh… Nak pegi mana tuu..?? Ya, Nina cakap ngan awak laaa.. Nak pi mana tu?
Oooo … Nak pi pasar malam. Nak beli apa tuu?
Nak beli Apam Balik, Putu Piring, Nasi Kerabu, Keropok Lekor, Roti John. Nina pun sama macam korang suka pi pasar malam. Apa pun menu makanan yang kita nak ada kat pasar malam kann…Meriah!
Memandangkan korang suka pi pasar malam, meh Nina nak share ngan korang sesuatu yang pasti korang suka. Kebiasannya bulan puasa nanti adanya Bazar Ramadhan kann…? Nina nak rekemen satu pasar malam dimana apa yang korang nak macam kat pasar malam tuuu ada kat sini. lagi best, ianya lagi dari pasal malam yang selalu korang pegi tuu…
Buffet Ramadhan 2018 KL Restoran Riverside PWTC
Restoran Riverside, PWCT – Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam
Hurmm… Menarik kann..?? Bufet Ramadhan 2018 di Riverside Restaurant, PWTC kali ni bertemakan Selera Ramadan ala Pasar Malam. Meriahnya dah macam nak sambut raya. Ada 300 juadah makanan dan 24 gerai makanan yang disediakan. Sangat selesa, siap ada air-cond gitu. Santai dan macam-macam ada!
Kat sini nanti ada 24 gerai makanan. Wah …. Gerenti meriah! Antara gerai yang ada menyajikan Apam Balik, Char Kuey Teow, Putu Piring, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Burger, Roti John, Aneka Kuih Muih Melayu… Perghh … Banyak kan..??
Ada lagi awak … Ada Roti Canai, Murtabak, Pisang Goreng, Cempedak Goreng, Keropok Lekor, Cucur Udang, Cekodok, Sate, Yong Tau Foo, Cakoi, Tauhu Bakar, Rojak, Rojak Buah serta Air Tebu, Air Mata Kucing. Meeoowww…!!
300 Juadah Makanan Selera Ramadan
Hurmm … Banyak kann?! Restoran Riverside PWTC menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. Kalau nak Nina list kan satu persatu, jenuh weyy …
Meh laa korang cuci mata sikitttt nengok apa yang sempat Nina snap masa Preview Buffet Ramadhan 2018, Restoran Riverside, PWTC . Beraneka masakan lauk pauk ala kampung yang pasti meruntum selera
Hidangan Panas
Tentunya ada di antara kira bila berbuka puasa jer kena makan nasi kannn…?? Kat sini ada nasi putih, ayam kampung goreng kunyit, daging gulai kawah, ikan patin masak tempoyak, daging rendang tok, kambing goreng berempah, siput sedut masak lemak cili padi, udang sambal petai, sayur pucuk ubi lemak tempoyak, sayur pucuk paku goreng belacan.
Antara yang banyak-banyak, Nina paling suka lauk Siput Sedut Masak Lemak. Serius cakap, kuah dia sedap I tell you! Aduyai … Asyiknya sedut, tak perasan orang kiri kanan. Huhuu . . .
Pelbagai Kerabu
Adududuhhh … Ada Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Ayam, Kerabu Daging, Kerabu Taugeh, Kerabu Udang, Kerabu Betik, Kerabu Jantung Pisang >>>>>>> ada 10 jenis tak done nak tulis eh type
Seleksi ikan masin pelbagai pilihan – pembuka selera
Manisan Pencuci Mulut – Kuih Muih Tradisional
Kuih muih ni biasanya korang makan masa bila? Awal berbuka ker di akhir berbuka?
Ada 8 jenis kuih muih melayu, 3 jenis bubur manis, tapai ubi, tapai pulut, 4 jenis kurma, aneka biskut melayu, dodol, wajik dan bahulu. Meriah kannn..??
Dessert
Bohong laaa kalau cakap korang tak sukakan dessert omputeh. Nanti ramban mata korang punya laa… Sajian dessert dihiasi cantik, melting nengoknya. Ada 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mousse dan puding, aneka biskut dan puding roti. Tetiba teringat puding roti dengan limpahan sos vanilla … Mmmmm…. Dapnya!
Minuman Panas Sejuk
Minuman sejuk seperti air tebu, air mata kucing , air sirap, air barli pasti memberi kelegaan setelah seharian berpuasa. Setiap tegukan nyaman jer lalu kat tekak korang nanti.
Sapa macam Nina, last makan buffet mesti nak pekena air panas. Selalunya Nina mesti nak air kopi atau nescafe. Tak tak de, rasa tak lengkap sajian berbuka puasa. Kannn…??
Gerai air panas lak nanti ada tea tarik, nescafe tarik, tea dan kopi. Minum saat mengakiri sajian berbuka puasa pasti lebih mengasyikkan kannn…?? Makan lak ngan kuih muih tradisional sambil berbual ngan kengkawan. Vavavaa… me time! Hehe . . ..
Buah-buahan
Korang, banyak lagi kalau nak Nina listkan. Sian jari jemari kita dah keras kejung dah tulis type tuk korang. Hehee . . . Nanti korang pi laaa sendiri dan confirm korang rambang mata tak tau nak makan yang mana dulu, nak makan apa, aiseymennn …. Dah balik baru teringat lupa tadi makan kambing golek! Acaner..?? hahaa… Sebaiknya korang buat list nak makan mana dulu dan ambik portion kecik supaya dapat rasa semua! Orang tamak selalu untung. HAhaa
ppssttt >>> Tetiba feel dah macam Selamat Hari Raya lak gamaknya tatkala nikmati ketupat palas ni ngan rendang dia . Sedap seyhhh… Lembut jerrr ketupat palas dia. Eh! Puasa pun belum dah rasa Raya. Ok poyo! HAhaa..
Kemudahan lain – selesa lagi memudahkan
Surau
Kat PWTC ni semuanya lengkap. Korang tak perlu rushing nak balik sebab lepas berbuka korang boleh jer tarawih kat sini. Bersama Iman Surau Ar-Rahman di aras 3 PWTC. Kelengkapan seperti telekung, sejadah semua lengkap disediakan. Bagus kan… memudahkan urusan kita semua.
Public Transport , Parking
Nina datang sini naik Grab. Pertama kali Nina install Apps Grab . Bagus lagi menjimatkan. Tak yah bersesak drive, tak payah bayar parking. Tambang pun berbaloi dengan perjalanan.
Tapi lagi murah korangnaik Star LRT jer. Korang turun Stesen PWTC, gedek-gedek jalan kaki *jangan ngade nak bayangkan camner jalan gedek-gedek* bababb kanggg jalan kaki santai gitu, korang ikut jejantas berbumbung (selamat dari kena hujan) dan terus sampai kat pintu PWTC. Dekat jerr… Tak lencun der baju vogue korang dek peloh-peloh tiak masyamm korang tu. Ini pun satu senaman. Bagus! Cepat, murah, selamat! Selain tuu, korang boleh naik komuter – turun PWTC. Pastu jalan kaki sampai sini. Tak jauh gak.
Atau … Kalau korang bawak kereta pun tak susah. Parking pun banyak kat sini. Senang sangat laaa…
Live band
Korang berbuka kat sini, korang akan dihiburkan dengan alunan muzik live band oleh Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan ni nanti. Syiokkkk kan…. Dah macam berbuka kat hotel bintang-bintang gitu!
Pakej banquet / Korporat
Kalau kot kot bos korang atau kroang sendiri ada plan nak buat majlis berbuka puasa ke, reunion ke, kat sini memang sesuai sangat. Restoran Riverside menawarkan pakej RM98 nett seorang di Dewan Bankuasi untuk tempahan 100 orang ke atas.
Untuk tempahan minima 50 orang pun ada! Hanya RM115 nett tuk seorang. Pakej ni bukan hanya hidangan buffet berbuka puasa dan dewan aje, tapi disediakan sekali dengan sistem audio, ruang khas solat, serta kadar bayaran parking tetap RM5 sekali masuk. Hah! Berbaloi-baloi kann…??
Amacam..?? Menarik meriah kan… Nina rekemen laaa korang berbuka puasa nanti kat sini. Masa zaman Nina keje dulu, biasa gak opis lama Nina buat majlis berbuka puasa kat sini. Puashati dengan hidangan sajian dan juadah kat Restoran Riverside PWTC ni.
Nah … Layankan video seminit Nina di Restoran Riverside PWTC
Buffet Ramadhan 2018 KL Restoran Riverside PWTC
Harga Buffet Selera Ramadan PWTC
Early bird
RM75 nett – beli sebelum 16 Mei 2018
RM88 nett dewasa
RM75 nett warga emas 60 tahun ke atas
RM45 nett kanak-kanak (7-12 tahun)
Untuk Tempahan
Pembelian voucher bufet Selera ramadan @PWTC di
Kaunter Aras 2, PWTC dari jam 9am-5pm
Atau hubungi : 03-26146701/6702/6262
Web : www.pwtc.com.my
Program Beramal Bulan Ramadan
Nak share ngan korang, rupanya dah masuk siri ke-4 Program Sentuhan Kasih Ramadan – iatu kerjasama antara pihak pengurusan PWTC dengan Yayasan Kasih Tauhid. Betapa komitednya mereka dalam menganjurkan kerja-kerja amal sebegini. Program ini menaja bungkusan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Alhamdulillah dan tahniah ..!!
Ppssttt >>>> korang, bila korang nak berbuka puasa kat sini, calling calling lah kita. InsyaAllah Nina datang asal kroang sudi belanje Nina. 🙂
Dalam rezeki kita, ada rezeki untuk mereka juga… gitu! Hehee . . .
menariknya menu-menu dia kak nina, memang macam pasar malam yang high class gitu. heeee
wow…suma menu ala kampung , sure Sal kena ajak Mr Hubby gi skali ni…nampak sedap
Fuhhh meriah dengan lauk pauk..
banyak jgk menunya.. murah
Uishhh sambal sotong dia, menggoda!
Paling pantang nampak kerabu. Confirm makan tak ingat dunia. Hahahahahaaa
Bagus konsep dia. Pelbagai jenis hidangan dlm satu tempat
beatnya konsep pasad mlm mcm ni. lain dr
lain.. cool.. banyak pilihan dan nampak sedap2
wish nanti dapat berbuka disana jika kesempatan
harap2nyalah ya sbb sgt unik.. tq daeling
woww.. first sekali.. harga rm88 kalau bukan time early bir (rm77) memang berbaloi sangat-sangat dengan menu yang lazat-lazat tu.. (gambar awak seriously buat TB terliurrr!!!) . TB tak pernah makan lagi kat Riverside Restaurant ni.. Mesti best kan.. sebab tengok suasana macam selesa je.. teringin nak datang time ramadhan nanti.. nak try buffet Ramadhan ala-ala pasar malam ni.. heee
Bagus la pwtc buat konsep bufet ramadhan macam nih.nampak lagi meriah dan seronok beriftar dengan suasana macam nih ditambah pula dengan 100 menu yang pelbagai rasa, warna dan konsep.memang best.
Dari last week SA baca kisah buffet riverside pwtc ni…terliur dibuatnya bila ada jugak lauk pauk yang SA suka dan dah lama tak makan…mana- mana buffet hotel especially mmg menawarkan jumlah hidangan yang banyak bagi menarik perhatian pelanggan kan…seronoknya kalau dapat berbuka kat sini nanti..harga pun berpatutan..
River Side Restaurant kat mana yer area PWTC tak pernah nampak pun kalau kita pergi sana. Tapi tengok makanan yang banyak ada lebih 300 jenis ni memang kita nak kena cuba buka puasa kat sana nanti hehehehe..
Sedapnya tengok makanan diaaaa.nampak menyelerakan.suka tengok sambal sotong tu.balik nanti nak masak sambal sotong la
Memang meriah betul ye berbuka di PWTC nie. Siap berkonsepkan makan malam. Dan yang paling best ada ikan patin masak tempoyak tu. Ya Allah sampai bertambah nasi dibuatnya. Harga pon berbaloi je
Pasti ramai nih PWTC dikunjungi orang saat buka puasa di ramadhan nanti. Ada buffet ramadhan yang banyak menyajikan masakan dari berbagai daerah.
Laaa nina pun ada dekat sana juga ke. Kenapa Ana tak perasan. Kalau tak boleh Ana tegur.
Tapi makanan dekat PWTC ni memang terbaik. Ana paling suka part kambing dia. Baik kambing bakar, kambing goreng berempah dan sup kambing. Semua ana dah rasa. Memang sedap sangat. Memang plan nak berbuka dekat sini nanti.
Baca ni first dah ternampak siput sedut..ahha..kegemaran nad tu..sedapnya lahai..lepastu nampak pulak kerabu..adoii..memang mengancam semuanya..harga pun boleh tahan. Dekat dah dengan rumah, tapi kena tanya mr mafia dia nak tak pergi..hehee..harga pun boleh tahan. Berbaloila dengan macam-macam menu ni
bagus juga idea ‘makanan’ pasar malam ni. tak dinafikan makanan pasar malam mmg sedap. tapi kali ni boleh mkn di tempat yg lebih selesa
Ada jugak dapat invitation untuk preview buffet ramadan kat sini, tapi sebab ada hal lain so tak dapat le ke sana. Rugi pulak tak gi bila tengok makanan sedap-sedap..hehehe. Tak apa..nanti bulan puasa boleh lah sis cuba nanti
memang berbaloi la klau makan dkt riverside ni. liez duk teringat bubur lambuk dan kambing goreng berempah tu. mmg terbaik. suasana pun relax.
Ruby dah plan nak berbuka puasa di sini masa bulan June nanti. Sebab mood Republic akan diadakan pada bulan Jun. Jadi ruby plan berbuka di riverside. Lepas berbuka kita shopping baju raya. Hehe
300 juadah pilihan makanan? Patutlah pelbagai pilihan dan semuanya nampak sedap. Berbaloi dan berpatutan harga buffet kat sini. Memang kena cuba lah nak ajak famili sekali.
Kiranya kita blh dapatkan makanan yg biasa kita dptkan di tempat yg lebih esklusif. Semuanya nampak sedap dan menarik. Pernah dtg sini duku terutama time bookfair
Mommy tengok makanan terus lapar dibuatnya. Tapi mommy dah boleh kawal nafsu. Tengok makanan depan mata berzikir “kau taknak lemak, tengok saja la” haha
Tapi ada plan juga nak berbuffet dengan kawan2 blogger insyaAllah
Dapat berbuka dengan nasi panas & ikan masin tu pun dah menyelerakan..apatah lagi dapat lauk pauk banyak macam ni..untunglah siapa dapat berbuka puasa kat riverside ni nanti
Alamak…semua sedap2 yeee….siput sedut tu..ikan patin tu..kerabu2 tu…
Adoiiii semua fav kita niiii…
Sedapnyaaa…
Harga pun not bad la
The price is reasonable and the food selection looks amazing, lots of authentic local dishes, my favorite will be the kerabu! Can’t wait to try this buffet at PWTC this coming ramadan.
Bestnye kak Nina.. jarang nak dapat menu siput sedut tu.
Tentunya ada di antara kira bila berbuka puasa jer kena makan nasi kannn…??
npanbqqysjeevepeopqjfvbuyyvxqn