Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Dia Menantu Rahsia TV3 Akasia
February 4, 2019February 16, 2019

DIA MENANTU RAHSIA Full Sinopsis TV3

Hurmm… Dah habis rupanya citer Pujaan Hati Kanda. Nampak nya Nina terlepas episod Akhir. Huhuuu… Sapa tengok meh citer sikit ending dia please…

Isi Kandungan hide
1 SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA
2 Drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia
3 Barisan pelakon Dia Menantu Rahsia Akasia TV3
4 Related posts:

Sekarang dok tayang slot Akasia yang baru. Satu ketika dulu Nina suka Watak Afeef Adwan yang dilakonkan oleh Ashraf Muslim dalam Drama Biar Aku Jadi Penunggu bersama Janna Nick cukup berkesan. Natural jer… Suka tengok!

Sinopsis Dia Menantu Rahsia TV3 Akasia

Tapi bagi Nina, lakonan beliau dalam drama Mr. Bos Ms Stalker bersama Mia Ahmad lagi menjadi! Geram dengan kerenah Bos yang kerek tapi sweet gitu. Hehe…

Agak lama tak nampak Ashraf Muslim kali ni beliau memeriahkan lagi drama terbaru Dia Menantu Rahsia bersama Raysha Rizrose si cantik manis. Geng kata dia tak berapa minat citer ni sebab tak de pelakon femes kata dia. Hurmmm…  Mampu ke drama ini trending?

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA

Dia Menantu Rahsia TV3 Akasia

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa (Raysha Rizrose) . Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur.

Pertemuan antara Melissa dengan Syakir (Ashraf Muslim) di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Bos Book Cafe tempat Melissa keje.

Melissa terkejut dengan lamaran Syakir kerana dia sendiri tidak tahu kenapa Syakir melamarnya. Syakir memberitahu Melissa bahawa dia cuma mahu melindungi Melissa. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya.

Mampu kah bahagia kawin tanpa rasa cinta?

Dia Menantu Rahsia TV3 Akasia

Setelah apa yang telah terjadi terhadap Melissa, Tuan Syak (Syakir) rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah (Dian P. Ramlee) yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia (Mona Allen) yang mendambakan cinta Syakir.

Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing.

Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Dia Menantu Rahsia TV3 Akasia

Wah… Punya banyak persoalan yang bakal buat kita tertunggu tunggu. Drama gini walau nampak biasa, sure bakal trending gak.

Drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia

Drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani akan disiarkan di slot Akasia TV3, 28 episod, bermula 29hb Januari 2019 selepas Pujaan Hati Kanda..

Barisan pelakon Dia Menantu Rahsia Akasia TV3

Dia Menantu Rahsia TV3 Akasia

Lakonan Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Wilma Muhammad dan ramai lagi.

Barisan pelakon yang biasa berlakon drama dan lakonan depa ni selalu sampai. Watak watak kecik pun cukup memainkan peranan yang cukup in the mood gitu. Setuju?

Stay tune …! Nanti Nina update dan share kan lagi episod atau scene yang menarik  dalam Dia Menantu Rahsia TV3 ni eh… Kot korang terlepas episod sebelum ni korang masih boleh tonton Drama Dia Menantu Rahsia TV3 ni kat tonton.com.my

PPpssttt… Nina share sikit eh tuk korang. Di pendekkan citer, Puan Sarah mengenali  Melissa  sebagai pembantu rumah Syakir. Maka kat sini laa bermula nya episod Dia Menantu Rahsia buat Melissa. Di jadi kan kisah lak, Abang nya Engku Kamelia dah jatuh cinta dengan Melissa dari pandang pertama. Siap mintak izin kat Syak nak keluar dating ngan Melissa. Haha… Suami mana yang tak cemburu iyer tak?! Eh reti ke Tuan Syak tu cemburu? Dah mula bibit cinta kot antara mereka?

Mampu kah Syak berterus terang dengan ibunya Puan Sarah tentang hal sebenar siapa Melissa dalam hidup Syak? Jeng Jeng jenggg… Rugi tak tengok! Not bad..

Related posts:

Creamy Mushroom Soup, Garlic Bread
Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah berkesan
Sinopsis Drama PINK SMILE
KERANA NPD! SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR
Lifestyle Review Akasia TV3Dia Menantu RahsiaDrama sangatFull SinopsisSinopsisSinopsis Dia Menantu RahsiaTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Latifah says:
    February 4, 2019 at 10:39 pm

    Waaah, saya orang Indonesia tetapi saya sangat suka drama2 Malaysia. Drama favorit saya adalah isteri separuh masa, projek memikat suami, suri hati mr. pilot, Nur, meh sandar pada aku, isteri vs tunang, awak suka saya tak, suamiku paling sweet. Banyak sekali yang saya suka. Memang best laah drama Malaysia ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 4, 2019 at 11:26 pm

      Terima kasih latifah. Sinetron Indonesia juga tak kurang hebat nya. Pelakon nya ramai yang cantik, kacak!

      Reply
  2. Latifah says:
    February 5, 2019 at 12:06 am

    Terima kasih Nina. Tapi sinetron Indonesia episodenya banyak sangat.
    Lepas ni, saya nak cuba tengok dia menantu rahsia lah. Mesti best!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 5, 2019 at 8:09 am

      Aahh… Setuju part sinetron Indonesia episod nya memang sangat banyak. Lambat lagi lama mau tahu ending nya

      Cuba laaa Dia Menantu Rahsia TV3 ni baru jer di tayang kan. Lakonan Ashraf Muslim hero nya Nat bad dan pelakon sampingan semua hebat juga.

      Reply
      1. Latifah says:
        February 7, 2019 at 11:34 pm

        Memanglah. Saya pun tak suka sangat kerana ceritenya macam kemana2, tak fokes lah…
        Saya dah tengok episod 1, not bad lah…

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes