Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tabung Waqaf Al Quran dan Kitab KOD BRAILLE Sumbangan ENSANY GLOBAL untuk PERTIS
July 13, 2020July 16, 2020

Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL

Korang tahu tak tulisan KoD Braille di Al-Quran dan kitab hanya mampu bertahan selama 5 tahun jer dan kos nya mahal?
Isi Kandungan hide
1 Korang tahu tak tulisan KoD Braille di Al-Quran dan kitab hanya mampu bertahan selama 5 tahun jer dan kos nya mahal?
2 Ensany Global telah melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam KoD Braille
3 ENSANY GLOBAL lancarkan Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille atas talian untuk PERTIS
4 Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia
5 Ensany Global Tabung Waqaf PERTIS
6 Related posts:

Ya,  Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun  jer…. Lepas 5 tahun? Tiap cetakan Kod Braille akan pudar dan hilang. Ensany Global Tabung Waqaf PERTIS

Satu ilmu yang Nina sendiri baru tahu. Allahu… Info ini juga buat hati Nina terdetik akan kekurangan insan terpilih yang kurang penglihatan dalam mencari ilmu. Kita yang sempurna mudah jer nak mencari ilmu kannn? Melalui media cetak mahupun eletronik. Nak lagi sekarang ni sekecil smartphone pun boleh untuk kita baca Al Quran.

Ensany Global telah melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam KoD Braille

Tabung Waqaf Al Quran dan Kitab KOD BRAILLE Sumbangan ENSANY GLOBAL  untuk PERTIS

Sepanjang Ramadan 2020 yang lalu bagi menyokong usaha pihak Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.

Ensany Global dimaklumkan ketika berkunjung ke Pusat Penerbitan PERTIS bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai.

Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.

ENSANY GLOBAL lancarkan Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille atas talian untuk PERTIS

Oleh itu, Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian telah tampil membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.

Tabung Waqaf Al Quran dan Kitab KOD BRAILLE Sumbangan ENSANY GLOBAL  untuk PERTIS

Alhamdulillah, usaha ini turut mendapat sokongan orang awam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara ASIA terdekat dengan dana terkumpul RM668,195.

Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS adalah pada 10.00 pagi 10/07/2020 bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield.

Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia

Tabung Waqaf Al Quran dan Kitab KOD BRAILLE Sumbangan ENSANY GLOBAL  untuk PERTIS

Dalam pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bagi melancarkan Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia.

Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ada projek usahama antara ensany Global, yayasan Maghfirah dan PERTIS.

Sesama kita hulurkan bantuan dan ringankan bebanan buat insan-insan terpilih ini.

Andai kita terdetik dalam hati betapa susahnya dugaan hidup kita, pandang laaaa mereka ini yang serba kekurangan dalam menempuh perjalanan hidup yang lebih hebat liku-likunya dari kita yang sempurna.

Info lebih lanjut : https://www.ensany.com

Korang tengok web ni, sediakan kecekalan dan tisu tau!
Usah rasa tertekan dengan dugaan kita yang tak seberapa, sedangkan ramai di luar sana yang lebih menderita perlukan bantuan kita. Bersyukur laaa dan hargai apa yang dikurniakan untuk kita  disekeliling kita . . .

Ensany Global Tabung Waqaf PERTIS

Related posts:

Gugurnya daun jingga Autumm di Fukushima
Cendawan Goreng Tepung Crispy
Puding Mangga
Kek Pisang Cepat Siap!
Lifestyle ENSANY GLOBALKItabKOD BRAILLEPERTISTabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam MalaysiaWaqafYayasan Maghfirah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (20)

  1. Firzz Radzi says:
    July 13, 2020 at 9:55 am

    Bersyukur kita yang masih mambu membaca Al Quran dan kitab dengan nikmat mata

    Reply
  2. Racheal Loh says:
    July 13, 2020 at 11:58 am

    Congratulation on the successful launching and it is a very good one in helping more on the OKU organization!! keep it up!!

    Reply
  3. Lya says:
    July 13, 2020 at 12:15 pm

    Alhamdulillah. Moga usaha muni dapat memberi manfaat buat yang memerlukan. InsyaAllah Amin2 Ya Mujib.

    Reply
  4. Ai says:
    July 13, 2020 at 12:30 pm

    Usaha yang sangat bagus.

    Reply
  5. IQ says:
    July 13, 2020 at 3:17 pm

    Orang kurg upaya pn bersungguh mencari redha Illahi, kita yg sempurna kdang alpa..huhy

    Reply
  6. Ana Suhana says:
    July 13, 2020 at 3:22 pm

    Ana pun baru tau tentang ni kak. Ingat kekal cetakan tu. Satu usaha murni dari Ensany Global.

    Reply
  7. farhanajafri says:
    July 13, 2020 at 4:47 pm

    baru tahu kos sehelai RM0.50. Memang banyak dana nak pakai kalau nak hasilkan sebuah alquran kalau macam tu. Alhamdulillah ada yang membantu

    Reply
  8. Fadima Mooneira says:
    July 13, 2020 at 7:22 pm

    This is a good effort by Ensany Global. Thank you for sharing with me some information about braille Al-Quran. I learned something from this post.

    Reply
  9. Bonda Chanteq says:
    July 13, 2020 at 11:36 pm

    terima kasih sharing infor ni…dapatlah kita berbakti bersama-sama…boleh jgk ajak family berwakaf disini….tq nina..

    Reply
  10. Rawlins GLAM says:
    July 13, 2020 at 11:49 pm

    Allahu. Terima kasih kerana berkongsi ilmu ni. Moga dipermudahkan usaha kita nak membantu mereka yang memerlukannya.

    Reply
  11. Tekkaus says:
    July 14, 2020 at 1:09 am

    Memang inisiatif yang baik untuk mereka yang memerlukannya. 🙂

    Reply
  12. Sunah Sakura says:
    July 14, 2020 at 7:48 am

    Masya Allah baru tahu..selama ni ingatkan tulisan Braille tu akan kekal aje, means bukan alQuran aje camtu kan, pada buku2 lain pun hanya akan tahan 5 tahun sahaja..huhuhu..bagus lah usaha ni untuk bantu mereka yang memerlukan..

    Reply
  13. Ayu Rafikah says:
    July 14, 2020 at 9:14 am

    Bagusnya ada inisiatif mcm ni.. kita boleh tolong ramai orang 🙂

    Reply
  14. Raihanah says:
    July 14, 2020 at 9:27 am

    tahniah kepada pihak yang menguruskan. insyaAllah boleh sbarkan lagi maklumat ni

    Reply
  15. ZHARIF AZIS says:
    July 14, 2020 at 10:03 am

    wahhhh bagusnya waqaf kitab dalam bentuk braile. mudahlah untuk mereka yang berkelainan upaya untuk membaca nanti. semoga ramai lagi pihak dan ngo di luar sana berhati mulia seperti ini

    Reply
  16. Tengkubutang says:
    July 14, 2020 at 5:05 pm

    o.. kita dalam tulisan braille .. bagusnya usaha macam ni.. sumbangan yang sangat-sangat bermakna buat yang memerlukan

    Reply
  17. Nadia johari says:
    July 15, 2020 at 8:27 am

    Baru tahu 5 tahun sahaja.. Semoga usaha seperti ni diteruskan

    Reply
  18. Marina says:
    July 15, 2020 at 9:17 am

    Tahniah ensany buat inisiatif macam ni

    Reply
  19. ika shoid says:
    July 15, 2020 at 2:14 pm

    Serius baru tahu jugak pasal tulisan akan hilang bila dah 5 tahun. ingatkan sampai bila bila ada. terimakasih atas info nya

    Reply
  20. Sunshine Kelly says:
    July 16, 2020 at 11:49 pm

    Bagus tabung and initiative ni boleh lah membantu orang yang kurang upaya, keep it up.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes