Sejak dah ada baby Eilysa ni barang baby yang nak di bawa bila ke mana-mana semakin banyak. Kalau dulu hanya selitkan aje pampers Eilhan dalam handbag. Tak pun dah siap-siap standby dalam kete. Eilhan dah besar sikit, malas nak usung macam-macam. Hehehe… ETHISSA Diapers Bag cantik menarik stylo
Tapi sekarang ada baby dah tak boleh dah nak selit-selit dalam handbag, barang-barang keperluan Eilysa banyakk… Mak mak jer yang faham kan… Biasanya barang wajib yang Nina bawak – pampers, baju salinan, bubble mat (tikar alas masa tukar pampers tuu), sabun, towel, wet tisu, bedung, stokin, .. Haishh… Rasa macam nak bawak almari dia jer kalau keluar jalan. Kann… hahaa
Kalau buh dalam travel bag atau macam terlalu besar lak nak angkut sana sini. Dah rupa macam bag balik kampung gamaknya. Walaupun hanya nak gi jalan-jalan kat mall jer kadang tuu, tak pun setakat gi kenduri kawin. Leceh kan bawak bag besar…?? Lagipun tak style laa.. hehe
Baru-baru ni Nina intai-intai tengok diaper beg online. Niat di hati nak cuci mata jer sebab setahu Nina diaper bag ni kecik jer. Tapi citarasa Nina lak sukakan beg yang besar sikit tuk bawak jalan. Ala-ala travelling bag yang comel gitu. Boleh sumbat banyak sikit. Tapi tak mau besar sangat dan tak mau kecik sangat. Pastu tak mau bag yang style mak mak tuu.. Cerewet taste Nina kann…. ok, sedar diri. Bukan apa, sebab Nina yakin 100% Geng yang akan bawak bag ni nanti. Dia kan bapa mithali 🙂

Tiba-tiba… Eh Ehh.. macam cantik jer, macam cantik jer..
Suka laa design nya yang moden, tak macam diaper bag! Yang kelabu smart, dan bawah kanan tuu cantik laa… Tapi ada ciri-ciri macam handbag sikit. Tak sesuai lak Geng yang bawak..
Bila hati dah terpaut, jadi buntu lak nak pilih yang mana. Semua pun Nina suka! Tunjuk kat Geng dia pun minat. Dia tak caya ini diaper bag. Yelah zaman dulu-dulu mana ada design bag gini. Bag tuk baby semuanya besar dan style macam bag balik kampung. Kann…??
Haishh… Nak pilih yang mana ni? Buat keputusan nak membeli memang susah. Kalau aku kaya..semua Nina borong! Tapi tu kalau… hahaa.. Kami ni bukan orang ada-ada. hehe

Akhirnya Nina pilih yang atas kiri warna kelabu. Design nya yang kemas dan ada ciri-ciri kelakian kat situ. Eh! Kelakian? Ah ahh… Biasanya diaper bag memang Geng yang bawak nanti. Design nya yang ringkas, smart dan yang penting tak nampak macam diaper bag! Setuju tak?
Apa yang best ngan Ethissa [Diaper Bag Skip Hop]
Material berkualiti
Nina sukakan kualiti kainnya. Tampak elegen, kemas, stylo dan tak nampak macam diaper bag pun. Design nya yang lain dari yang ada kat pasaran. Orang tak tahu pun ni sebenarnya dalam ni ada pampers. hahaha…
Ada poket sisi
Ada poket sisi. Boleh letak botol susu perah Lysa, botol air Eilhan. Atau termos . Kalau tak de poket gini, mau tonggang terbalik botol dalam bag. Buatnya tutup tak rapat, boleh basah semua perkakas dan baju Baby kat dalam. Masa tuu… Nangis tak berlagu laa jawabnya.
Changing Mat
Ada disertakan changing mat. Tempat alas tuk tukar pampers Lysa. Tak perlu dah nak bawak sekali bubble mat. Buat penuh beg jer kan..? Pasni kalau pegi jalan, pastu emergency nak tukar pampers tak yah laa dok kena cari baby room. Dengan ada nya changing mat, mana-mana pun boleh tukar pampers atau baju Baby. Ia lembut berspan nipis. Mudah sangat..
Ruang dalam yang luas dan banyak poket
Poket yang disediakan memudahkan nak susun letak barang. Tak de laa barang berterabur dalam beg tu.. Kalau sebelum ni suka dok sumbat aje, dengan ada nya poket gini gerenti dengan sendirinya korang ada idea nak susun barang baby korang dengan cantik, kemas, dan tersusun rapi.
Kat belah depan lak ada 2 poket. Part ni Nina letak barang Nina sebelah, dan sebelah lagi barang Geng. dengan adanya Diaper Bang Skip Hop ni Nina dah tak payah bawak handbag lagi. Semua pun letak dalam ni. Geng pun sama. Power bank pun letak sini. Hehe…
Kat mana Nina beli barangan baby online
Banyak lagi tau design -design yang cantik menarik moden stylo . Tapi Nina aje yang tak mampu nak beli semua. Aje giler nak beli semua? Haha.. Korang pi laa tengok kat Ethissa Shop Baby Products. Macam-macam barangan baby imported yang cantik berkualiti ada kat sana. Gerenti korang rambang mata…
Ethissa.com.my | website
barangan baby imported yang berkualiti
Ni nak citer kat korang, shopping online kat Ethissa ni kan… service dia cepat! Kalau korang macam Nina tak reti nak beli dan isi borang online, kat blog Ethissa | A Baby Online Shop ada web i yang sedia membantu korang. Korang chat jer ngan dia, cakap bahasa melayu pun dia layan. Fasih! Eric tuu sangat membantu dan friendly! Dan lagi …. Semua design diaper bag dia tak macam bag pampers pun tau! Korang boleh jer beli jadikan handbag korang. Stylo seyh…
Facebook page : Ethissa | A Baby Online Shop
Instagram : Ethissa.Baby
ETHISSA Diapers Bag cantik menarik stylo
Cantiknya bag Baby ni, mcm handbag pun ada
Kak nina.. Cantik lah yg blue colour tu.. Sandang blakang. Smart betul.
Cantik Nina..rasa macam nak beli juga.. 😉
barangan Ethissa mmg stylo beb
cantik! tak nampak macam beg diapers baby
Heheh kalau ada baby.. K azni pun beli gak
Wah bestnya.. Macam Menarik.
Design dia menarik! Sesuai bawa ke mana-mana 🙂
Cantik betul design dia..ada class gituu.
Bestla design dia. Paling best sbb ada alas tu. Selalunya kesian jugak baby tak pakai alas pun. Main baring je. Sbb xde kain na lapik. Beg ni bagus. Boleh rekemen dekat mak2 yang ada baby kecik
memang cantik design tu. berkualiti yang paling penting
cantik! sekali alas bby tu
Wahh ada changingat skali, sangat berguna tu. I mmg suka diaper bag stylo camni, boleh guna lama. Yg i beli masa my boys baby, sampai sekarang diorang dah 8 tahun masih guna, tak bawak pampers dah tapi bawa baju salin sorang sepasang & towel. Tau laa budak budak kan baju cepat kotor.
Cantik sangat..affordable kan…
Memang cantik beg diapers tu. Tak sangka betul
Your article is very useful, the content is great, I have read a lot of articles, but for your article, it left me a deep impression, thank you for sharing.