Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Clinic Western Food Murah Sedap
December 11, 2016December 11, 2016

Kat CLINIC WESTERN | ‘ubat’ tuk penggemar western food murah tapi sedap

Hola holaa…!! Sapa suka makan Western Food? Cer angkat tangan sikit… mesti ramai yang suka makanan style western kan…   Kengkonon diet tak mau makan nasi, pastu  verangan nak jadi omputeh. Hehee.. CLINIC WESTERN Food Murah Sedap

Isi Kandungan hide
1 CLINIC WESTERN
2 Apa yang best kat Clinic Western
3 Alamat Clinic Western
4 Waktu Operasi
4.1 Delivery Whatsapp 018-988 1955
5 Review Nina tentang Clinic Western
6 Related posts:

Tapi biasanya western food mahal kan… Paling koman pun sepinggan dah cecah seploh henggit. Iyer tak? Kalau korang teringin nak makan, tapi bila kenangkan anak berderet dah 5orang macam Nina ni… Mesti korang fikir baik masak jer laa.. Jimat! Betul tak?

Tapi kalau cik ‘M’ bertahta acaner?? ngeee… Tapi kalau teringin atau mengidam gak bukan Nina ya! nak makan western camner? Tapi kalau budget non-hado plak camner?? Huhuuu . . . Betapa banyak punya tapi daaaa… Hahaa

Clinic Western Food Murah Sedap
Clinic? Tak mau pegi clinic.. Nak makan Western Food

CLINIC WESTERN

Haisshh… Nina ni. Tadi citer pasal makan tetiba pasal clinic lak! Bukan bukann… Ini bukan sebarang clinic tau! Ini lah clinic tuk sapa yang sakit teringin nak makan western food dan sini lah ubatnya! Korang tak akan tetiba rasa sakit senak nak bayar. Sebab kat sini western food nya murah dan sedap!

Usai kaki Nina yang bersize 4 (sila belikan kasut baru) Eh! Ok, abaikan… hehee.. Ok, tatkala Nina melangkah masuk kat Clinic Western, persepsi pertama dalam hati terdetik “Ooo… cafe ni dalam kawasan rumah. Tampak menarik, bersih dan selesa. Ok, bolrh laa makan kat sini..!!”

Ppssttttt>.. Nina cerewet sikit bab tempat makan. Yelah, ada baby kan… kalau open air risau kalau tetiba hujan. Maklum lah sekarang ni musim tengkujuh. Mak mak memang gini .. hehee

Clinic Western Food Murah Sedap
Suasana yang ringkas, kemas, santai ..

Berkonsepkan ala kopitiam – ada menu beserta gambar dan harga yang lengkap, ada kertas order dan pen, sila tulis tanda sendiri nak makan apa. Mudah sangat! Korang jangan mengada nak jadi Inspektor Shahab tanya banyak soalan ya.. Kat menu dia dah tersedia dengan jelas,  apa yang depa sediakan.

Clinic Western Food Murah Sedap
Senarai menu yang ada sekali ngan harga. Jelas dan mudah faham.

Apa yang best kat Clinic Western

Ini antara yang Nina order.. Jemput jilat screen… Eh! Cuci mata. Agak-agak sambil tengok gambar Nina ni, air liur korang nak terleleh tuu cepatan lap sebelum orang sebelah nampak. Malu laa… hehee

Clinic Western Food Murah Sedap
Chicken Chop hanya RM5.90
Sangat puashati. Sos black pepper dan coleslow dia Nina suka!
Clinic Western Food Murah Sedap
Nama nya Coney Tabo … Kenyang seyhh makan ni.. Kat daging ada rasa ala kari. Sausage nya besar. Sedap! RM5
Clinic Western Food Murah Sedap
Ini MeatBall Cheezy.  RM5 aje. Anak Sulung Nina punya. Sedap!
Clinic Western Food Murah Sedap
Ini Geng punya. Burger Chicken Crispy. RM5
Isi daging yang padat, banyak.
Clinic Western Food Murah Sedap
Wedges Cheese – besar RM5
Banyak.. Seronok anak-anak perabih kan. Puashati dengan portion nya.

Amacam? Murah tak? Macam nak pegi makan tak? Macam nak order wedges dia tak? Macam nak order Chicken Chop dia tak? Berapa banyakkk macam daaa…

Dah dah.. Tak susah pun nak datang sini. Landmark nya Masjid Kg Nakhoda, Selayang. Korang type Clinic Western kat Waze, lagi senang. Nanti dia akan tunjuk arah ke destinasi selera tekak korang. Nina pun sampai sini waze jer..

Clinic Western Food Murah Sedap
Waze aje Clinic Western nanti waze bawakkan korang ke tempatnya. Tapi korang kena drive sendiri sebab waze tak sediakan driver. haha.. Jangan mengada-ngada tanya sapa Waze! Bababb kangg..

Alamat Clinic Western

Lot 8723 Jln Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Selayang

Waktu Operasi

7pm to 12am

Korang.. Clinic Western ni ada sediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah gak tau. Kot korang malas nak keluar rumah ke, tak de lesen kete ke, ada tetamu ke, sibuk nak tengok Akasia TV3 ke… Korang whatsapp aje 018-988 1955 . Senang sangat kann…?? Hurmm… Kalau whatsapp nak order pun malas nak type baik korang dok dalam gua jer.. Haha…

Delivery Whatsapp 018-988 1955

Review Nina tentang Clinic Western

Nina berpuashati dengan hidangan yang disediakan. Semuanya sedap! Sos Black pepper, wedges cheese, coleslow pun sedap. Kena laa dengan selera tekak Nina dan keluarga. Persekitaran yang kemas, bersih dan selesa.

Apa yang menarik lagi kat sini, staff nya yang ramah tamah, sentiasa tersenyum dan friendly. Masa nak balik kedengaran “Terima kasih datang kak” . Ucapan terima kasih tuuu cukup membuat kan Nina rasa nak datang lagi lain kali. Bagus, terbaik! Teruskan sikap hargai pelanggan…

Ya, InsyaAllah… Nina sekeluarga akan datang lagi.. Tak pun pasni Nina order delivery lak. Nina belum lagi rasa Lamb Chop, Chicken Grilled, Roti John Daging Tabo.. Banyakk lagi menu yang best! Ker ada sesapa nak belanja Nina?? Hehhe…

Semoga Clinic Western terus maju jaya. Aamiin…

Clinic Western Food Murah Sedap

Related posts:

15 TIPS PETUA LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT
Cucur Ikan Bilis bawang paling sempoi~ Lembut didalam, ranggup diluar. Sedappp nyerr...!!
Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!
Homemade Mashed Potato with Gravy...
Lifestyle Review Tips Info - Food ReviewInfo - SemasaInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaJalan Jalan Cari Makantempat makan bestTempat makan murahtempat makan sedapWestern FoodWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. anuar says:
    December 11, 2016 at 8:37 am

    Nama restoran ni rupanya clinic western.. ingatkan ada klinik omputeh dkt Malaysia tadi.. hehehe…

    Reply
  2. cik nor says:
    December 15, 2016 at 10:30 am

    murahnya..tapi jauh la nak g..:)

    Reply
  3. shiqeen sattar says:
    December 15, 2016 at 10:41 am

    wahhh murahhh betul! Tapi mlm je buka eh.. ss x mkn malam…

    Reply
  4. lyana ishak says:
    December 19, 2016 at 9:55 pm

    wahhhh murah gilaaa ,, tapi jauh ler plak hehehehe

    Reply
  5. jambu batu says:
    December 21, 2016 at 10:43 am

    Murahnye harga.. kalau gi Selayang boleh singgah jap. Hehehe..

    Reply
  6. dkna abza says:
    December 26, 2016 at 5:43 pm

    Murah.. Kalo sedap ngan selera tekak boleh la selalu makan kat sini.

    Reply
  7. Moha says:
    April 19, 2017 at 8:22 pm

    Murahnya…tapi jauhla..insyaAllah kalau terpegi sana, harap2 ingat untuk singgah…suka western food nih

    Reply
  8. Yanty Lee says:
    April 19, 2017 at 8:24 pm

    Klu de area sana ty nk singgah. Dh la murah nmpk sedap pula tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes