Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Minyak Zaitun
November 25, 2015July 23, 2023

Minyak Zaitun EVOO untuk masak. Boleh ke?

Minyak apa yang korang biasa guna untuk masak dan minyak apa pula untuk dressing salad? Minyak Zaitun EVOO , Minyak Zaitun tak virgin , minyak kelapa dara, minyak kelapa sawit. Jangan orang minyak sudah ler yaa Sapa pernah guna minyak ini? Minyak Zaitun. Sapa lak Zaitun ni…? Bukan Zaiton Sameon atau Zaiton mata air Sudin dalam Seniman Bujang Lapok. Dok ketuk botol kicap sama botol cuka. #ehh… Lebey sudaaa melalut. Hehee
Minyak Zaitun aka nama omputeh nya Olive Oil. (Gambar bawah ni kalau tak kenal)

Minyak Zaitun EVOO

Isi Kandungan hide
1 Minyak Zaitun EVOO
1.1 Kenali Jenis-jenis minyak zaitun
1.2 Beli Olive Oil botol gelap lagi bagus
1.3 Minyak Zaitun EVOO tak boleh masak! Eh Eh… betul ke?
2 Minyak Zaitun Untuk Masak ?
3 Khasiat Minyak Zaitun
3.1 Related posts:
4 Lip balm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim kosmetik HALAL Umrah Haji Lip Balm Terbaik Merawat Bibir Kering
5 Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa...
6 Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju
7 Resepi Telur Rebus Masak Kari Menu Paling Mudah Sedap
Minyak Zaitun EVOO
Ok, sekadar perkongsian ilmu berkaitan Olive oil…
Selama ini kita memasak guna EVOO atau nama panjangnya Extra Virgin Olive Oil tak sesuai untuk memasak. Laaa… Iyer ke? Alamak…!!
 
Alhamdulillah, baru-baru ni Nina terbaca satu artikel tentang EVOO so Nina kongsikan ngan korang. Sesama kita ambil tahu dan kot ada yang dah salah guna boleh lah berubah. Its ok, atleast dah tahu yang mana salah dan betul kann?
Sebenarnya boleh untuk masak TAPI ya ada tapi nya … teruskan baca

Kenali Jenis-jenis minyak zaitun

Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu :-
  • Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
  • Virgin olive oil (VOO)
  • Based Olive Oil (BOO)
Minyak Zaitun AL ARD

Beli Olive Oil botol gelap lagi bagus

Antara minyak zaitun yang baik diamalkan iaitu ditelan terus adalah jenama AL’ARD dan banyak lagi yang ada di pasaran. Yang penting botol gelap paling bagus. Dipercayai dan baik diamalkan untuk kesihatan. InsyaAllah ..

Minyak Zaitun EVOO tak boleh masak! Eh Eh… betul ke?

Minyak Zaitun yang boleh ditelan secara terus adalah jenis EVOO (gambar atas tu ehh) ianya melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun. EVOO dinilai melalui warna, struktur minyak dan cara simpanan (packaging). 
 
Paling utama, ianya tidak boleh digunakan untuk menumis, struktur minyak akan rosak malahan boleh menyebabkan berlakunya masalah hipertrigliseridemia, iaitu lebihan lemak dalam darah. Ooo.. patutlaa Nina ni banyak kolestrol. Huhuu..
Pembetulan! Sebenarnya boleh untuk masak. Cuma EVOO lebih sesuai diminum terus Untuk masak boleh guna Minyak Zaitun yang dilabel untuk masak. Suhu yang dicadangkan adalah tidak melebihi 260c (smoke. So buat yang guna air fryer ke, set laa suhu diantara 180c Minyak Zaitun selamat digunakan untuk masak.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun yang diproses dengan tapisan semula untuk tujuan melemahkan agen resistant starch (RS) dan memberi fungsi untuk tujuan menumis. Minyak zaitun yang digunakan untuk menumis ada jenisnya. Selain dari itu, minyak zaitun hanya boleh digunakan untuk dressing makanan sahaja.**untuk salad tu**

Minyak Zaitun Untuk Masak ?

Kalau korang perasan, ada di pasaran minyak zaitun packaging nya dalam tin. Haa… Yang ini boleh untuk dimasak. Deep Frying pun no problem. Tak percaya? Masa korang goreng ikan atau ayam, cer masukkan check suhu dan tengok berapa suhu minyak semasa menggoreng. Kalau melebihi smoke point, mau dah terbakooorrr dah rumah korang! HAhaa.. So jawapannya boleh guna

So lepas ni, nak masak-masak tanpa was-was korang boleh je guna Minyak Zaitun untuk masak. Tiada masalah! Atau susah sangat korang guna je minyak kelapa sawit! Kat negara Arab depa memang pakai Minyak Zaitun untuk segala masak memasak sebab kat sana mana ada minyak kelapa sawit kannn? So apadehal dok pening-pening boleh ke tak boleh? HAhaa

Resipi Eat Clean SALAD AYAM
Kekadang kita dah di momokkan dengan mitos. Tu tak boleh, ni tak boleh. Huhuu.. Padahal benda dah terpampang kat botol dah. Paling penting baca label tau! 

Khasiat Minyak Zaitun

 
Moga perkongsian info yang tak seberapa  ini memberi ilmu dan pendedahan bahan asas dalam makanan kita selamat ini  buat semua. Sesama kita menjaga pemakanan dan kesihatan orang yang tersayang. Ketahui kelebihan manfaat Minyak Zaitun untuk kecantikan , kegunaan dan manfaat olive oil pada rambut dan kesihatan. 
 
Salam ikhlas,
Nina Mirza
 
 

Related posts:

Lip balm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim kosmetik HALAL Umrah Haji Lip Balm Terbaik Merawat Bibir Kering

Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa...

Eilhan dan Yana dah laju kira sifir! Ketahui Rahsia ARITMETIK teknik cepat kira matematik SIFIR Laju

Resepi Telur Rebus Masak Kari Menu Paling Mudah Sedap

Tips Ceritera NinaInfoInfo - kesihatanInfo - SemasaKebaikan Kelebihan Amalkan Minyak ZaitunManfaat Minyak ZaitunManfaat Minyak Zaitun untuk kesihatan KecantikanMinyak ZaitunMinyak Zaitun botol gelap lagi bagusMinyak Zaitun Untuk Masakperbezaan minyak zaitunResepi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. saidila says:
    January 20, 2016 at 8:33 am

    nina…

    kita pun guna minyak zaitun brand yg sama….biasanya guna untuk tumis2 sayur atau nak masak spaghetti….brand ni murah sikit tapi masih ok untuk kita guna…..

    Reply
  2. Asri says:
    September 23, 2018 at 2:29 pm

    Laa..selama nie semua benda aku tumis dgn minyak nie..patut la kolestrol tinggi x turun2..tima kasih diatas perkongsian..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes