Minyak zaitun adalah nutrien yang digunakan secara meluas sebagai minyak salad dan dalam masakan. Ia juga telah digunakan sebagai kenderaan untuk penggantungan berminyak untuk suntikan dan topikal seperti demulsen dan emolien. Dari segi sejarah, ia telah digunakan sebagai julap. Eerrkk… Julap? Baru ku tahu!
Minyak zaitun terhasil dari perahan buah Zaitun. Buah ini mempunyai bentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila mentah dan berubah menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula memasak. Buah ini kebanyakannya terdapat di kawasan Mediterranean seperti negara Sepanyol, Tunisia, Morocco, Itali dan Turki. Minyak zaitun adalah sejenis minyak yang diperoleh dari buah zaitun. Ianya merupakan pokok tradisional dari lembah Mediterranean, jadi ianya sudah digunakan sejak berkurun dahulu.
Pasti ramai yang sudah tahu, minyak ini mempunyai banyak khasiat nya dan sering digunakan dalam perubatan, sabun, kosmetik dan juga masakan.
MINYAK ZAITUN
Khasiat Kebaikan Kelebihan amalkan Olive Oil Untuk kesihatan Kecantikan
1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
5. Antioksidan dan antikanser
6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
7. Membekal vitamin E
8. Mencantikkan kulit dan rambut
9. Kestabilan asid lemak
10. Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
Perbezaan Minyak Zaitun Yang Korang Wajib Tahu!
Jangan salah guna lagi
1) Extra Virgin Olive Oil
Extra Virgin Olive Oil ini merupakan hasil pertama dari buah zaitun. Ia memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan jenis Minyak Zaitun yang lain. Minyak Zaitun EVOO tidak sesuai digunakan untuk masak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya. So Extra Virgin Olive Oil sesuai di makan begitu je atas titiskan atas hidangan lauk pauk korang.
2) Original Virgin Olive Oil
Manakala Minyak Zaitun jenis ini pula diperolehi daripada proses memerah buah zaitun. Sebab itulah harganya lebih murah dari Extra Virgin. Jenis ini sesuai digunakan untuk menumis.
3) Light/Extra Light Olive Oil
Jenis Light/Extra Light ini pula sesuai digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ianya melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan dengan minyak goreng biasa. Yang ni paling sesuai untuk masak , deep fyring pun boleh!
Baca label botol sebelum beli
Sebenarnya,setiap minyak ada suhu tersendiri yang mana kualitinya/ nutrien akan merosot/berubah/hilang apabila dipanaskan dengan suhu yang melebihi tahap/paras ‘smoke point’
▪️ Harus diingat jugak, MENGGORENG (deep fry) menggunakan Extra Virgin Olive Oil (TIDAK AKAN) membuatkan makanan kita lebih sihat berbanding minyak lain. Boleh guna tapi yang lagi satu. Light / Extra Light Olive Oil atau memang ada tulis kat label untuk cooking.
Minyak Zaitun Untuk Masak ?
Kalau korang perasan, ada di pasaran minyak zaitun packaging nya dalam tin. Haa… Yang ini boleh untuk dimasak. Deep Frying pun no problem. Tak percaya? Masa korang goreng ikan atau ayam, cer masukkan check suhu dan tengok berapa suhu minyak semasa menggoreng. Kalau melebihi smoke point, mau dah terbakooorrr dah rumah korang! HAhaa.. So jawapannya boleh guna
▪️ EVOO Jika nak menggoreng BOLEH, tapi kena guna SUHU RENDAH/KUANTITI SEDIKIT/ MASA SINGKAT (tak boleh terendam lama) dan tentunya ia tidak garing dan tekstur makanan akan berminyak sedikit.
▪️ Sama jugak untuk yang menggunakan air fryer, boleh guna olive oil tapi pastikan SUHU SESUAI supaya tidak melebihi ‘smoke point’ jenis minyak tersebut. Rekemen suhu 180
▪️ Sebenarnya, kat setiap botol jenis Olive Oil dah ada dinyatakan CARA PENGAMBILAN (masakan) YANG SESUAI. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. So lebihkan sikit rajin baca label di botol sebelum membeli dan menggunakannya.
TIPS : Beli botol kaca gelap lagi bagus
Dibotolkan dengan gas nitrogen ke dalam botol kaca gelap atau tin aluminium untuk mengelakkan kualiti minyak zaitun terjejas akibat terdedah kepada cahaya matahari dan bagi menjamin khasiat minyak zaitun dan kesegarannya.
Segala maklumat yang berkaitan dengan penghasilan minyak dinyatakan di label botol seperti nutrisi, tarikh luput produk (tidak melebihi 24 bulan), maklumat pengeluar, negara asal produk dengan alamat yang lengkap, termasuklah berkenaan tarikh tuaian buah.
So take note tau, beli Minyak Zaitun yang jual dalam botol kaca gelap dan simpan ditempat yang tidak terdedah terus cahaya matahari. Simpan lah dalam kabinet atau rak bertutup. Tapi bukan dalam fridge tau!
Tarikh harvest dan expired tidak lebih 2 tahun
Masa pun musuh minyak zaitun. Makin lama kita simpan, makin kurang kualiti minyak. Sebaiknya, habiskan minyak lepas 3 – 6 bulan kita buka penutup. So paling penting semak tarikh luput sebelum beli. Yang mana TAKDE TARIKH HARVEST DAN EXPIRED JANGAN BELI. Minyak zaitun yang lebih 2 tahun dalam botol, minyak tu lebih banyak teroksida dan akan jadi tengik!
Ketahui cara penggunaan Minyak Zaitun untuk kesihatan dan kecantikan
Kegunaan Minyak Zaitun dalam makanan
Salad dressing
Renjiskan Extra Virgin Olive Oil dalam salad dan gaul-gaul rata. Kelebihan Minyak Zaitun memberi sedikit rasa, aroma nya yang tersendiri. Selain memberi lebih khasiat nutrisi nutrien tambahan dalam makanan.
Manakala Original Virgin Olive Oil dan Light/Extra Light Olive Oil untuk menumis. Macam keliru tapi lelama akan terbiasa dengan kegunaan olive oil yang sebenar. Senang citer, untuk goreng, menumis lebih baik guna minyak kelapa sawit atau minyak kelapa je! Tak perlu dah pening kepala. HAhaa
Cara penggunaan paling terbaik Minyak Zaitun Extra Virgin Olive Oil untuk kesihatan dalaman
Cara nak makan / minum minyak zaitun
2 kali sehari iaitu 1 sudu besar (15ml) pagi sebelum makan pagi dan sebelum tidur. Extra Virgin Olive Oil perlu diminum ketika perut kosong secara kemam dulu 1/2 minit sebelum ditelan perlahan. Selepas 3 – 5 minit barulah minum air.
Manfaat Khasiat Kegunaan Extra Virgin Olive Oil untuk kecantikan
Banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan dalaman. Antaranya melancarkan proses pencernaan, anti penuaan, anti oksidan dan pelbagai anti lain lagi. Scroll naik atas baca semula Kebaikan Kelebihan amalkan Minyak Zaitun Untuk kesihatan Kecantikan. Jenuh aiihhh nak salin semula. HEhee
Korang boleh laa tonton penerangan dari Dr Norman tentang Khasiat Minyak Zaitun
Kegunaan dan manfaat olive oil pada rambut
Sapu dan gosok pada kulit kepala, biarkan seketika dan kemudian basuh rambut seperti biasa. Bertindak menyuburkan rambut, mengurangkan kelemumur, mengelakkan rambut dari rosak, bercabang, gugur dan memberikan nutrien penting, kelembapan pada kulit kepala serta rambut.
Kegunaan olive oil untuk muka
Gunakan sebagai oil cleansing method / menanggalkan makeup.
Sapu rata sekeliling muka minyak zaitun akan melarutkan kotoran dan minyak permukaan dengan lebih berkesan daripada kebanyakan pembersih muka yang dibeli di kedai, yang berasaskan air. Ia tidak akan menyumbatkan liang pori malah benar-benar membersihkan wajah. Selepas diratakan seluruh wajah, cuci muka dengan pencuci muka seperti biasa.
Scrub muka
Campurkan minyak zaitun dengan garam laut atau gula untuk menghasilkan pengelupasan semulajadi.
Campurkan kira-kira satu sudu minyak zaitun dengan ½ sudu teh garam atau gula, sapukan pada muka dan kemudian bilas dengan air suam. Gula perang adalah lebih lembut daripada gula pasir putih, jadi ia adalah yang terbaik untuk kulit yang benar-benar sensitif
Kegunaan untuk bayi
Manfaat olive oil untuk bayi sebagai minyak urut. Memberikan ketenangan, kualiti tidur yang lebih baik. Gosok perut secara bulatan arah jam bayi bagi mengelakkan kembung perut. Mengatasi masalah kulit kepala kering dan ruam lampin. Minyak zaitun juga sering digunakan untuk pada rambut bayi kerana ia dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan keratin untuk mendapatkan rambut yang kuat dan sihat.
“Ambil 2 sudu Extra Virgin Olive Oil setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” – sumber FDA dan EFSA
Amacam? Banyak kannn kelebihan manfaat minyak terbaik ini. Jom gunakan sebaiknya dan amalkannya.
Saya penggemar minyak zaitun, sebelum ni minum je. Sekarang baru tahu nak guna minyak zaitun dalam masakan. Hihi. Jenama Al’Ard pilihan saya juga
Nice Blog!