Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap Makan Mana BEST
October 3, 2018March 5, 2023

Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYET

Last weekend yang lepas, Nina sekeluarga jalan-jalan kat IOI Mall Putrajaya. Hujung minggu tak betah dok rumah jer. Maklumlah Nina kan surirumah, weekend memang nak outing ambik angin luar. Tak kisah laa ke mana pun, andai ke bulan atau bintang akan ku turuti.. Chewah.. Tekak dok teringin nak pekena Ayam Kampung. Dengar citer Ayam Kampong Dapur Penyet sedap ada menu baru yang sedap! Nak terjah laaa

Isi Kandungan hide
1 Makan Mana BEST Sedap kat IOI Mall Putrajaya ?
2 Dapur Penyet IOI Mall Putrajaya
3 Minuman yang paling sedap kat Dapur Penyet ?
4 Dok viral Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap
4.1 Ayam Kampong Penyet
4.2 Ayam Kampong Sambal Hijau
4.3 Ayam Kampong Belada
4.4 Ayam Kampong Bakar
5 Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap
5.1 Ayam Kampong Bakar Madu
5.2 I-ca Bakar Grilled Marinated Ribs
5.3 Apa lagi yang menarik kat Dapur Penyet
5.3.1 Menu Ayam Kampong
5.3.2 Restoran Dapur Penyet selesa, bersih, gred A, HALAL
5.3.3 Dapur Penyet Ada Kids Menu
5.3.4 Ada banyak cawangan Dapur Penyet
5.4 Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap. Wajib cuba!
5.5 Related posts:
6 Sinopsis Drama SYURGA UNTUKMU lakonan mantap Diana Danielle dan Fahrin Ahmad
7 Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee
8 Camner ni dah lambat..!! Nak masak apa? Sotong Goreng Kunyit jer laaa
9 TIPS JIMAT ELETRIK 14 CARA BERKESAN INI DARI TNB WAJIB TAHU!

Makan Mana BEST Sedap kat IOI Mall Putrajaya ?

Jalan –jalan window shopping rupanya waktu dah nak masuk tengahhari, anak-anak dah mula merengek nak makan lunch. Pusing punya pusing kat area ground floor ni agak buntu gak nak makan apa… Aduyai.. nak makan pun payah. HAhaa

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap Makan Mana BEST

Sambil duduk lepak kat pancuran air , tertarik hati ni nak makan kat Dapur Penyet. Ruang restoran yang selesa, minimalis kemas rapi dan paling penting menu Ayam Penyet yang pasti buat anak-anak makan tanpa banyak songeh! Favorite depa ayam…

Dapur Penyet IOI Mall Putrajaya

Sebab ni pertama kali Nina makan kat Dapur Penyet , Nina malas nak fikir-fikir nak order apa. Shortcut Nina terus tanya waiter killer menu favorite dishes customer suka makan kat sini. Bukan apa, dah tentu menu tu sedap dan rugi laa kalau tak cuba!

Ahaa… tengok ni..!! Hari tu Nina order semua favorite minuman yang customer selalu order kat sini.

Juice Alpukat
Ice Milo Dinasor
Bandung Cincau
3 Layer Tea
Rose layer Tea
Teh Botol Original

Minuman yang paling sedap kat Dapur Penyet ?

Ok, semua sedap dan paling kena ngan selera tekak Nina ialah Juice Alpukat. Rasa dia macam smoothie + ice cream. Lembut, berkrim, manis nya manis buah gitu. Tak muak pun… Padan laa Jus Alpukat minuman top 5 kegemaran customer kat Dapur Penyet ni.

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap Makan Mana BEST

Ice Milo Dinasor dah tentu pilihan anak-anak Nina. Memang banyak seyhhh limpahan milo tabor kat atasnya. Terbaik laaa…

Ok jom tengok apa yang Nina order tuk santapan lak… Memandangkan sana sinin sinun dok viral ada menu baru Ayam Kampong maka itu lah yang Nina order. Rugi laaa dah sampai tak rasa kann? Tentunya yang terbaik dari Dapur Penyet!

Dok viral Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap

Ayam Kampong Penyet

Sedap Makan Mana BEST IOI MALL PUTRAJAYA

Menu utama Dapur Penyet. Serius memula Nina macam tak percaya ni Ayam Kampong sebab size nya dah macam ayam biasa tu. Ku fikirkan ayam kampong ni tecik cenonet jer… Nehi nehi..!!

Ayam Kampong Penyet ni tuk Baby Eilysa dan Eilhan. Isinya lembut sedang elok gorengan nya. Paling best kerak-kerak atasnya tuh! Crispy krup krap krup krapppp. Aduyai… Sedap mengasyikkan ratah. Sambal terasi yang depa buh asing ni pun sedap. Nina suka…

Ayam Kampong Sambal Hijau

Ayam Kampong Sambal Hijau Sedap Makan Mana BEST

Asal menu ada Sambal Hijau aje memang favorite anak sulung Nina. So Nina kasi dia yang rasmikan dulu. Sambil makan ingatkan dia nak cerita dulu pasal Ayam Kampong Sambal Hijau, rupanya hadoi … selamba jerk dia makan laju-laju.. Tinggal lagi sikit dok berebut ngan Abah dia. Sedap sedap katanya. Nina pun rasalah sikit, ooooo… memang sedap! Tak pedas sangat, padan laaa laju jer dia makan. HAhaa..

Ayam Kampong Belada

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap Makan Mana BEST

Yang ini Nina punya. Perghhh …. Mantap meletop seyhh sambal cili atas ayam tu.. Pedas yang sedap! Ketagih di buatnya. Pas makan nak lagi nak lagi nak lagi … Ayam kampongnya tip top. Just nice gorengan nya, isinya yang lembut confirm licin makan tinggal tulang aje! Hehee…

Ayam Kampong Bakar

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap Makan Mana BEST

Walaupun Ayam Kampong dibakar namun kelembutan isi ayam menepati selera Nina. Ber juicy isi nya. Ada pulak Sambal Terasi tuk cecah. Memang mantap laaa makan dengan nasi panas-panas.

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap

Ayam Kampong Bakar Madu

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap Makan Mana BEST

Yang ini bagi Nina lebih menepati citarasa Nina dan keluarga. Maybe taste kami sukakan yang manis-manis kot. Asal kat menu ada madu memang laju kami layannnn… Tak tau kenapa suka hok yang manis padahal kami bukannya ore klate’ pung… Siap slang klate Nina tulis. HAhaaa

Ok last … Nina request menu paling palingggg meletop kat Dapur Penyet yang customer depa suka. Kiranya menu ni top order laaa..

I-ca Bakar Grilled Marinated Ribs

Ahhaa… tengok jangan tak tengok! Daging daging tulang rusuk lembu yang di grilled well done di luar, isinya lembut, empuk, moist, cukup rasa perapan nya yang menusuk selera. Perah sikit limau kat atasnya, sambil makan cecah dulu dengan Sambal Terasi nya. Setiap gigitan rasa nak lagi nak lagi.

Haishhh … Korang ni, tutup laaa sikit mulut tu, malu laaa orang nampak. Terliur gak ehh… HEhee.. ..!! Serius sedap tak tipu.. Recommended! Nina rasa macam tak cukup order sepinggan, nak order lagi awakkk… Nanti kroang pi rasa eh!

Apa lagi yang menarik kat Dapur Penyet

Menu Ayam Kampong

Menu baru Ayam Kampong depa memang best! Nina rekomen korang cuba dan rasai sendiri. Nina puashati dengan portionnya. Pandai depa masak, lembut jer isinya. Lagi pula Ayam Kampong memang lagi sedap , kurang lemak dan lebih sihat berbanding ayam biasa. Nak kan yang lebih baik, tukar aje ke Ayam Kampong yang ada kat Dapur Penyet!

Restoran Dapur Penyet selesa, bersih, gred A, HALAL

Nina suka restoran style gini. Selesa, santai, minimalis cukup tenang nak makan. Paling Nina suka bilamana restoran di iktiraf Gred A dari segi kebersihan. Dan lagi Dapur Penyet punya pensijilan HALAL. Tahniah Dapur Penyet IOI Mall Putrajaya. Bertambah yakin nak nikmati juadah. Kannn…?? Korang ada tak macam Nina suka belek-belek restoran dulu sebelum makan? Ala-ala inspector Gadget gitu. HAhaa..

Nampak… Restoran Dapur Penyet cukup simple, selesa, santai ,bersih dan minimalis kann…? Tak serabut nak makan.

Dapur Penyet Ada Kids Menu

Nina tertarik dengan Kids Menu Dapur Penyet. Bila ada nya menu tuk kanak-kanak, part nak order makan dah sangat memudahkan Mak Pak tuk buat pilihan. Hari tu tak terfikir nak order sebab dok teruja nak rasai sendiri kesedapan menu baru Dapur Penyet – Ayam Kampong yang pelbagai citarasa. Lain kali nak try Kids Menu lak..

Ada banyak cawangan Dapur Penyet

Nina tengok kat facebook Dapur Penyet depa ada banyak cawangan. Pasni Nina nak pi lagi dan cuba menu-menu lain lak.. Dan opkos Nina akan order lagi Menu Ayam Kampong, I-ca Bakar Grilled Marinated Ribs dan Juice Alpukat.

Eh .. Nak share korang ni. Nina tengok kat facebook page Dapur Penyet, Sambal Terasi yang sedap tu ada jual dalam botol rupanya. RM13 jer sebotol. Rugi laaa ari tu tak beli. Huhuuu… Nanti nak wahtasapp depa ni order laaa…

Order Sambal Terasi Dapur Penyet
Insyirah 017-3220 745 (Dapur Penyet Palm Mall)
Khairi 011-3660 1996 (Dapur Penyet IOI Mall Putrajaya)
Izz 010-2871 367 (Dapur Penyet Mydin Seremban 2)

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap. Wajib cuba!

Ayam Kampong Dapur Penyet Sedap

Facebook : www.facebook.com/dapurpenyet
IG : www.instagram.com/dapurpenyet
Delivery / catering : 03-91057909

Related posts:

Sinopsis Drama SYURGA UNTUKMU lakonan mantap Diana Danielle dan Fahrin Ahmad

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee

Camner ni dah lambat..!! Nak masak apa? Sotong Goreng Kunyit jer laaa

TIPS JIMAT ELETRIK 14 CARA BERKESAN INI DARI TNB WAJIB TAHU!

Lifestyle Review Tips Travel Ayam KampongAyam PenyetDapur PenyetInfo - Food ReviewIOI Mall Putrajayamakan mana bestmakan mana sedaptempat makan besttempat makan sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (22)

  1. Azni says:
    October 3, 2018 at 5:41 pm

    Haaaa mmg dah bertahun makan kedai ni.. fav iga bakar tuuuu dapnya

    Reply
  2. ina says:
    October 4, 2018 at 8:54 am

    bersih restorannya.. Menu pun nampak sedap.Air tu memang tak cukup satu utk satu kepala..eheheeh.Hipster airnya

    Reply
  3. ciklilyputih says:
    October 5, 2018 at 10:49 am

    wah ada ayam bakar madu, memang favourite kite ni. selalu lalu penuh je tempat ni, nanti next singgah ke sanalah. senang dekat dengan rumah

    Reply
  4. Syafiera Yamin says:
    October 5, 2018 at 11:16 am

    Ayam penyet dia serious nampak sedap, nak pula sambal tu nampak cam sedap… ni nak bawa anak anak pergi sini sebab dekat je dengan rumah I. 🙂 hehhehe

    Reply
  5. Sherry says:
    October 5, 2018 at 11:35 am

    all so yummy looking food. Wanna try them but dont know which to get start, shall tell my dear on this now!

    Reply
  6. Suria Amanda says:
    October 5, 2018 at 11:53 am

    Kenapa la SA tengok time2 ni erk…terus lapar..juice Alpukat tu fav tau..all time fav…terus rasa nak pi terjah kejap lagi…tp macam xde je Dapur Penyet area KL sentral ni..haha

    Reply
  7. Ruby says:
    October 5, 2018 at 12:02 pm

    Ayam penyet memang best kak. Saya kalau mana-mana restoran tulis ayam penyet memang saya happy nak cuba. Tambahan kalau gambar poster ada kerak-kerak garing tu. Confirm saya masuk dan makan. Kebiasaannya yang dari restoran dalam shopping mall menepati citarasa. Kalau kedai tepi jalan, sambal dia tak kick lah.

    Reply
  8. Qeela says:
    October 5, 2018 at 12:14 pm

    Nice sharing, qeela pernah few times jugak makan Dapur Penyet, okayla not bad kan rasa dia..bg yg mmg penggemar nasi & hidangan yg bersambal, mmg cun la pilihan Dapur Penyet ni kalau nk makan2 kan hehe.

    Reply
  9. Abby Onety says:
    October 5, 2018 at 1:04 pm

    Klo di Indonesia kafe penyet nih lebih dinkenal dg nama Ayam.
    Penyet. Dimana mana cabangnya ada kadi enaklah, lebih gampang cari kedainya. Makanan dan minuman yg disajikan juga enaaakk…

    Reply
  10. kylie cre8tone says:
    October 5, 2018 at 2:05 pm

    Looks so appetizing.. all the chicken with nice nice flavours…. drinks pun a lot of choices… time to dine in ayam penyet… looks yummy~

    Reply
  11. syaza redzuu says:
    October 5, 2018 at 2:09 pm

    SR suka makan ayam penyet! Tapi favourite SR bukan dekat Dapur Penyet taww. Favourite SR dekat Warong Penyet. Dekat NU Sentral ada branch dia. Paling tak boleh move on ayam bakar dia. Ditambah pula dengan sambal cili pedas dan kicap cili padi. Perghhh terliur! hehe

    Reply
  12. Mahamahu says:
    October 5, 2018 at 9:23 pm

    Sedapnya menu baru kita pernah juga makan kat sini memang suka ayam penyet tambah-tambah kalau sambal mereka pedas mengancam memang kegemaran kita. Nak kena pergi lagi lah ni cuba menu baru mereka ok…

    Reply
  13. Kinah says:
    October 5, 2018 at 10:05 pm

    Ada ayam bakar madu tu. Haish ni yang lapar bila hujan gini ni. Nampak menyelerakan. Baru-baru ni pernah try makan nasi ayam penyet tapi mengecewakan. Takpe kalau ke sini nanti dah tau dah port mana makan yang best.

    Reply
  14. adianiez AIDA says:
    October 5, 2018 at 10:18 pm

    wow. menu nyer mantop!
    mengenyangkan semestinya.
    aida & famili ni tekak melayu. tekak nasi. tekak sambal.
    ni memang sesuai la dgn kami. meskipun dlm hati ni, teringin nak cuba makanan kpop 🙂 ha ha ha ha…
    yes betul tu. serdak atas ayam yg kriuk tu paling aida suka.
    minta lebih ha ha ha ha…
    ayam penyet ni, sambal nyer tu is daya tarikan utama. resepi tersendiri.

    Reply
  15. Angel says:
    October 5, 2018 at 10:42 pm

    wow, the green and red color chicken looks so spicy! O.O hope i able to try need bakar non spicy one. Looks yummy!

    Reply
  16. Zharif Azis says:
    October 6, 2018 at 1:48 am

    nampak menyelerakan betul ! selalu juga nampak restoran nie kalau ke ioi city mall tu tapi belum ada kesempatan utk singgah. okay lepas nie kalau datang situ lagi, sy nak cuba jugaklah. Nampak sedap2 betul. teringin nak cuba

    Reply
  17. Mawardi says:
    October 6, 2018 at 6:30 am

    Wah ada menu baru dah ke. Kita memang penggemar hidangan kt dapur penyet. Nanti nak kena p trylah macam ni. Alahai tetiba rasa lapar plak baca artikel ni pagi2 macam ni.

    Reply
  18. Liez says:
    October 6, 2018 at 7:11 am

    Lama liez tak mkn ayam penyet.. tgk ayam panggang tu buat Liez terliur.. mmg fav ayam panggang.. boleh la nnt liez pergi rasa

    Reply
  19. Hanny Abdullah says:
    October 6, 2018 at 9:02 pm

    Waduhh memang fav sis ayam penyet ni. Kalau kemana mana n terjumpa kedai ayam penyet mesti sis akan singgah. Ni lama dah tak pekena ayam penyet ni, tengok gambar ni mengidam le pulak. Nampak gaya kena gi cari gak ni

    Reply
  20. ibu pantang says:
    October 7, 2018 at 2:23 pm

    mmg sedap dapur penyet ni…dah pernah makan dekat ioi mall putrajaya…serius ramai makan situ…tak menyesal la pilih tempat makan sana….mmg terbaik

    Reply
  21. YB Shehan says:
    October 8, 2018 at 1:58 pm

    nak p try la sekali..

    Reply
  22. Nadia Johari says:
    October 11, 2018 at 12:13 am

    Nampak meneylerakan semua makana tu..daging tu pergh mesti lembut tu..tak pernah jalan2 lagi ioi ni..bolehla cuba nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes