Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Zat Besi penting untuk Ibu mengandung hamil HB Rendah
June 28, 2016January 18, 2023

Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah …!! Jangan pandang remeh, harus tahu …

Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah. Jangan pandang remeh. Sila ambil tahu!

Isi Kandungan hide
1 Apa itu HB?
1.1 Penting ke check HB untuk ibu mengandung?
1.2 Berapa paras normal HB untuk ibu mengandung?
1.3 Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?
1.4 Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah?
1.5 Huh…!! Anemia??
1.6 Risiko dan kesan jika HB rendah untuk Ibu Mengandung
1.7 Kesan kepada Bayi
1.8 Apa nak buat atau Tips untuk bagi paras HB naik normal ?
1.8.1 Penting sekali Ibu Mengandung kena makan makanan yang berkhasiat
1.8.2 Makan ubatan suplement yang doktor berikan.
1.8.3 Cara betul makan ubatan zat besi, ubat tambah darah dan supplement?
1.8.4 Elakkan minuman yang menyerap khasiat zat besi dalam badan kita
1.8.5 Berehat secukupnya
1.8.6 Makan Supplement yang doktor berikan
1.9 Related posts:
1.10 Kuih Cara Manis Berwarna-warni~
1.11 Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond
1.12 Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 - Akhir
1.13 Cara buang angin dalam badan perut kepala dengan cepat tanpa ubatan

Adalah rutin normal ibu mengandung kena pegi buat check up setiap bulan. Pastu kena ambik darah untuk check HB. Baru-baru ni, Nina kena dengar bebelan nurse sebab HB Nina rendah. Keputusan  Hb Nina – 10.9  masa tuu …. Selama ni dok cantik 11++. Aduyai …. tak pasal-pasal kena dengar ceramah. Sabar jer laa..

HB Ibu Mengandung Hamil

Apa itu HB?

Hb ni singkatan dari hemoglobin. Protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Penting ke check HB untuk ibu mengandung?

Tak penting pun…. Saja sesuka depa nurse tuu cucuk ambik darah. Hahaha ….
Haishh … Ya penting. Giler tak penting…!! Kalau tak penting buat apa depa dok cucuk tiap bulan kann….??

Berapa paras normal HB untuk ibu mengandung?

Bacaan HB yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter). Nina punya hari tuu 10.9 Patut laaa kena dengar bebelan tak berlagu hari tuu.. huhuu . . . .sikit jer kurang tau! 0.01 aje…

Bahaya HB rendah Ibu Mengandung hamil
sikit jer tau….!! (0.01) huhuuu . . . .

 Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12 – ini lah masalah utama tuk Ibu Mengandung
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Bahaya Ibu Mengandung Hamil HB Rendah?

Dah wajib kena check kan…. Tentu laaa penting dan membahayakan kalau paras HB tak normal.
Sebab?
Kalau ibu mengandung kekurangan sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, kat sinilah bermulanya sakit Anemia.

Huh…!! Anemia??

Apa lak Anemia ni…? Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Jangan pandang remeh okey! Ada masa lain kali Nina citer pasal Anemia lak… Hari ni nak citer pasal HB ehh…

Kekurangan Zat Besi BAHAYA

Risiko dan kesan jika HB rendah untuk Ibu Mengandung

• Ibu boleh pitam tetiba atau mudah pitam/pengsan
• Pucat
• Asthma Sesak nafas
• Bengkak tangan dan kaki
• Jantung berdegup laju
• Perpeluhan melampau. (Mudah berpeloh)
• Dehidrasi
• Mengalami keguguran
• Mengalami kegagalan jantung
• Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
• Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada Bayi

• Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut (perkembangan bayi tidak normal)
• Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
• Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
• Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
• Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Hah … Dah tahu kesan dan akibatnya… Risau tak? Mesti lah risau kann….

Apa nak buat atau Tips untuk bagi paras HB naik normal ?

Penting sekali Ibu Mengandung kena makan makanan yang berkhasiat

Kurma, buah delima, kismis ( Makanan sunah semestinya yang terbaik…)
madu asli
hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
kerang
sayur bayam
brokoli
pisang
ikan bilis
daging
paru – sedapnya sambal paru goreng sambal belado! Hehe . . . tetiba lak kannn
kekacang

Makan ubatan suplement yang doktor berikan.

Selalunya klinik akan bagi yang 4 jenis tuu. Sila makan setiap hari. Jangan mengada-ngada ngelat tak mau makan tau!

Cara betul makan ubatan zat besi, ubat tambah darah dan supplement?

Pastikan makan semasa perut kosong! 2 jam sebelum dan selepas makan. Kalau bangun tido tuu elok lahh makan. Kengkonon jam 6pagi. Pastu jangan makan apa-apa sehingga 2 jam lepas tu. Nak makan sarapan sekitar jam 8pagi boleh dah…
Diambil bersama air jus atau air kosong sahaja. Memang loya laaa sikit tapi sila tabah ya…

Elakkan minuman yang menyerap khasiat zat besi dalam badan kita

Musuh utama nya adalah kafein. Ahaa….!! Sebab tuu orang cakap tak elok minum coffee masa mengandung. Nanti penat-penat makan yang berkhasiat, pastu minum kopi hilang segala khasiat yang ada. Rugi kann..??
Psstt >>>> bukan tak boleh langsung, boleh …. Jarakkan masa minum kopi ni 2-3 jam sebelum atau sesudah makan suplement. Minum sikit jer ehh… Kot nak hilangkan ngidam tuu udah laa ya. Jangan minum sampai 3-4 cawan lak! Ehhee . . . ..

Berehat secukupnya

Ibu mengandung perlukan rehat secukupnya. Bukan bermakna dok tido aje. No no no …!! Maksudnya tidak melakukan kerja berat, aktiviti lasak mahupun aktiviti yang kita sendiri tahu tak mampu. Buat laa ala kadar mengikut daya kekuatan kita. Kita sendiri tahu samada kita mampu atau tidak dan bila nya waktu untuk kita berehat. Agak-agak dah rasa penat tuu berehat laa seketika yaa…

Makan Supplement yang doktor berikan

Selain tuu, Ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan hb anda.
Sebab tuu laaa… Nina kena tukar dari makan Obimin nan sebiji ke beberapa biji pil yang tak sedap tuu…
(Iron, Vit B Complex, Folic Acid, Ascorbic Acid) Loya tekak nak telan. Terasa ubat tuu sampai ke tekak. Tolong laaa… huhuhuu . . . . Tabah laaaa kena makan 4jenis plak!

Zat Besi penting untuk Ibu mengandung hamil HB Rendah

Buat kengkawan yang mengandung tuu.. Sila amalkan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Tips untuk ibu mengandung yang HB rendah, pengalaman Nina : korang cuba lah Resepi Paru Masak Kari atau paru masak apa yang sedap yang kena dengan selera korang. So far makan Paru memang naik kan paras HB Nina. Makan laaa untuk diri sendiri dan juga baby dalam kandungan. Jangan lupa makan ubat, loya pun loya laaaa telan pil-pil yang pelbagai tuu..

Akhir kata, jaga diri … Moga kita diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kita. Aamiin…

Ppssttt >>> ni nak pesan, Nina bukan doktor. Ini sekadar perkongsian ikhlas Nina berdasarkan pengalaman dan bacaan ilmiah yang selalu Nina ambik kat hospital dan klinik. Boleh buat buku flyers kat rumah ni… hehee . . . .

Related posts:

Kuih Cara Manis Berwarna-warni~

Resipi Vanilla Muffins Sedap Mudah with Almond

Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Tonton Online Episod 1 - Akhir

Cara buang angin dalam badan perut kepala dengan cepat tanpa ubatan

Lifestyle Parenting Tips AnemiaCara Betul makan ubat tambah darahcara makan ubatHB rendahIbu mengandungnaikkan HBNaikkan paras HBPunca HB rendahRisiko HB rendahsupplement ibu mengandungTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. AINUL says:
    June 28, 2016 at 9:22 am

    masa anak 1st hb saya paling tinggi 10. anak ke dua alhamdulillah normal sampai bersalin. saya makan vitalea je. vit c mesti kena ambil untuk penyerapan iron yg lebih baik. take care & semoga dipermudahkan proses bersalin nanti

    Reply
  2. adianiez AIDA says:
    June 28, 2016 at 2:31 pm

    hi hi terkenang dulu pregnen.
    Memang hb aida low aje.
    Paling rendah 7 bacaan nyer hi hi….
    Alhamdulillah la selamat melahirkan.

    Reply
  3. YB Shehan says:
    June 28, 2016 at 2:51 pm

    Saya pn xle mkn obimin. Tapi akak tnya doc x, folic acid tu kena lagi ke dah dekat2 due ni? rasa macam awal2 preg je leh mkn folic tu.

    Reply
  4. Anuar says:
    June 29, 2016 at 12:55 pm

    Sebab tulah sekarang ni… Klinik-klinik kesihatan menyediakan jadual pemantauan untuk mengikuti perkembangan ibu adan baby sepanjang proses kehamilan…

    Reply
  5. sue izza says:
    July 1, 2016 at 1:53 am

    haa pernah terbaca,memang bahaya kan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes