Eh Eh … Tak lama jer lagi dah Bulan Ramadhan. Korang dah ganti puasa ke belum ni? Mana yang belum segerakan laaaa ya. Hurmmm …. Puasa belum lagi korang dah dok soksek soksek google sana, google sini dok cari lokasi untuk iftar eh?
Kat mana BEST buka puasa area Bukit Jalil, Sri Petaling dan seangkatan dengannya eh?
Ahaaa… Ini yang Nina nak share ngan korang ni, korang tak payah laaa pi jauh-jauh nak berbuka puasa sampai ke tengah Bandar metropolitan Kuala Lumpur nun sana tuu… Jammed bak anggg! Kat area sini pun ada dan tak akan mengecewakan korang punya laaa… sebab Nina sendiri dah rasa.
Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Terletak kat Bandar Baru Sri Petaling. Nina datang sini naik LRT dari Sentul Timur dan turun kat Bukit Jalil. Orang yang keje area Bukit Jalil, Mimos ke, Seri Kembangan ke sesuai laaa berbuka puasa kat sini. Lokasi stategik! Dari stesen Bukit Jalil Nina naik Grab dalam RM6 jer… Perjalanan dalam 12 minit. Jalan kaki pun boleh kot tapi . . . . . bulan puasa kot, lencun beb! Nanti dok air mana… air mana!! Sila abaikan cadangan Nina tuk jalan kaki tu yaaa…HEhee
Serius tak sangka area sini ada nya sebuah Hotel yang menarik! Bersih, kemas, selasa… Staff depa ramah tamah, friendly, senyummmmmm jer. Manis! Keep it up. Nina bagi 5 bintang *****
Buffet Ramadhan 2019 “ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL
#ThrowbackRamadan – tema tahun ini untuk Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur. Mengimbau detik nostalgia berbuka puasa bersama keluarga, insan tersayang, sahabat handai dengan pelbagai hidangan tradisional. Iftar Ramadhan kann… Apa relevant nya dok cari western?!
Saat ini laaa kita dok pekena lauk lauk, kueh mueh tradisional dan pelbagai masakan istimewa lain yang mungkin payah nak jumpa di bulan yang lain. Kalau ada pun korang kena pi cari satu menu contohnya Sup Gear Box sedap nun sana, satu menu Asam Pedas Daging Tetel nun sini. Ikan Patin Tempoyak nun Temerloh Pahang sana. Haaa…. Sila nangis!
Antara juadah Buffet Berbuka Puasa yang ada kat Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah Ayam Percik Kelantan, ketam Goreng Berempah, Ayam Opor Pahang, Sup Gear Box , Asam Pedas Dagign Tetel, Ikan Patin Tempoyak Pahang, Siput Sedut Masak Lemak, Kambing Panggang, Daging Gulai Kawah, Nasi Beriani dan banyakkkkk lagi laaaa….
Meh Nina belanja menu Nina menambat selera dan citarasa Nina
Siput Sedut Masak Lemak
Aduyai … Memula macam malu lak nak sedut, pastu peduli apa sebab semua orang pun selamba makan dengan asyiknya. Ssrootttt srottttt…!! Perghhh … Patut laaa awek semeja kami bertambah-tambah makan dok ratah siput sedut masak lemak Hotel Sri Petaling. Mmmmm…. Nikmat seyh. Korang kena rasa tau!
Ikan Patin Tempoyak Pahang
Antara menu yang korang kena rasa gak… Nikmati sendiri Patin Tempoyak Pahang style Hotel Sri Petaling ni
Asam Pedas Daging Tetel
Korang kena rasa tau! Nina suka kuah dia. Daging tetel pun cukup empuk. Terbaik laaa..
Sup Gear Box
Ahaa…. Sila tengok!
Sup Gear Box kat sini kawwww…!! Cukup rempah dan confirm tak cukup semanguk.
Appertizer
Ulam Ulaman dan aneka sambal
Macam biasa.. Orang Melayu wajib dengan ulam-ulam. Pelbagai jenis ulam ada. Selain tu ada aneka kurma dan jeruk. Tak lupa sambal pencecah ulam. Sambal belacan, tempoyak, budu pun ada!
Kambing Panggang dan Nasi Beriani
Buffet Ramadhan kat hotel wajib ada emmbekkk…. Kambing Panggang kat sini terbaik! Isi nya lembut, juicy kat dalam dan kena lak ngan sos black pepper. Aauummm…. Bismillah
Dah nampak Kambing Panggang dan Nasi Beriani yang lembut sedap berempah sampai lupa nak bilang, kat sini berkonsepkan ‘The Hawker Stall’. Ada lebih 80 jenis juadah berbuka puasa dengan pelbagai pilihan menu masakan tradisional Melayu, masakan Timur Tengah, Asean dan sebagainya. Sila pelan-pelan makan ehh …. Risau tercekik! Air mana.. Air mana..!!!
Minuman
“Mari mari mari …!! Satu Dua Hengget, Satu Dua hengget..!! Kakak, Abang, Makcik Pakcik, macam-macam air ni … Apa mau? Asam Boi sedap ada, Teh Ais Lemon ada, Anggur ada… Sedap sedap ni adek bikin!” – dah …. Tak payah mengade dok bayangkan Nina ada kat sana. Poyo jer… HAhaa..
Air sejuk cordial sedap seyh minum sejuk-sejukkk … Nyaman! Tak manis sangat dan sedang elok rasa dia. Hastag #AkuSuka .. Ada macam dialog Jalan-Jalan Cari Makan tak? Hehee…
Air panas dia best! Dua balang ni ada Teh Tarik dan Nescafe Tarik kawwwww. Ssyyhhhh… Jangan bilang Geng ehh.. Nescafe tuuu 2 cawan Nina dok ulang. Sedap seyhh… Chef mintak resipi please!
Lagi 2 balang tu plak, Tea dan Coffee yang korang kena bancuh sendiri buh gula aje atau nak add buh gula dan creamer. Hok ini orang cerewet sila laaa bancuh sendiri. Sekarang ni kann ramai jer yang suka minum Black Coffee with sugar. Kengkonon anti sugar. “I’m on diet” . OOppsss….!! Sapa tu entah? Ssyyhhhh…
Tak lupa ada gak ABC dan Cendol. Dannn…. Ais Krim Goyang.
Dessert
Kueh mueh tradisional
Kueh mueh tradisional wajib ada. Paling WIN menepati selera kat sini Nina suka sangat Pulut Panggang! Lembutnya pulutnya dan inti dia ohsem. Pastu Nina cecah lak ngan serunding dia. Aduyai … Rasa nak habiskan semua pulut panggang Hotel Sri Petaling. Tapi kita malu laaa…. Ok mengade!
Selain tu ada Puteri Ayu, Aneka kueh talam, yang Nina suka Seri Muka dia pun lembut tak manis sangat, dan Kueh Tepong Gomak nya yang lembut kenyal pun menepati citarasa Nina.
Puding dan Kek
Aneka pilihan Kek dessert pudding pun ada… Banyakkkk! Bukan semua pun Nina done nak rasa. Tapi kalau nanti korang nampak Kek Tiramisu sila ambik! Sedap rasa dia perghhhhh….!! Asyikkkk… Sampai berebut makan dengan Nani dan Kak Long. Nani dah tau sedap dia tinggalkan segigit jer tuk Nina. Huhuu … Nak ambik lagi Nina lak malas. Padan muka sendiri. Dah kenyang pun ya tu yang berat vontot nak bangun tuuu.. HAhaha
Apam Balik!
Ok, apam balik sini rare! Ada Apam Balik Cheese. Ini pun kami berebut makan. Gigitan pertama Nani rasa.. Eh ada cheese laaa…
“Eh iyer ke? Meh Nina rasa lak … 1st gigit macam tak kena, 2nd gigit , Eermmm… 3rd gigit. Ahaa… ok confirm ada cheese.
“ Meh aku rasa lak …” kata kak Long. Gigitan demi gigitan , habis! OOppsss…! Sorry Nani dah habis lak. Sila ambik lagi.” HEhee..
Maka Nani pun dok ulang ambik Apam Balik Cheese khas untuk dia saja! HAhaaa…
Serius memang dok ulang nak makan. Lembut dan mengasyikkan…
Mee Rebus
Ok sebelum lupa, kat sini ada Stall Mee. Nina rasa Mee Rebus. Memula nampak macam biasa-biasa jer. Warna kuahnya light, tak nampak macam heavy berempah. Tapi … kena rasa gak kann kalau tak camner nak citer ngan korang.
Serius Nina nak pesan kat korang. Recommended. Nanti korang pi laaa rasa! Hirupan pertama kuah Mee Rebus dia akan buat korang tak henti nak hirup. Kenapa sedap ni ehh..?? Serius kena ngan selera kita seyh…
Menurut maklumat, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur ni memuatkan kapisiti sehingga 200 orang dan menjangkakan kira-kira 4,000 pengunjung yang akan berkunjung dan berbuka puasa Ramadhan kat sini nanti. Hotel Sri Petaling juga akan mengadakan program CSR dengan pihak berkuasa tempatan PDRM dan Masjid Asy Syakirin KLCC dengan mengedarkan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat sekitar kawasan Sri Petaling dan akan menjemput anak-anak yatim yang kurang bernasib baik untuk Berbuka Puasa di hotel ini nanti.
Buat yang berminat untuk turut serta program CSR dan Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim boleh hubungi pihak hotel nanti eh ….
Kemudahan
Parking
Parking kat sini banyakkk! Kat basement ada, kat depan dan luar sekitar kawasan hotel pun ada. Atau naik aje grab macam Nina. Senang dan cepat! Nina bukan seorang yang suka drive bila umur dah cecah patploh gini. Bahaya sebab Nina cepat mengantuk dan akan terlelap terutama bila dah kenyang! HAhaa… Bagus dan bijak kann alasan kita. HEhee…
Surau
Surau kat sini pun ok! Bersih dan selesa. Don worry… Nanti sambil berbuka puasa, pi laaa ambik kurma minum air dulu then solat sat dan boleh sambung episode makanton! Kannn…. Santai dan tak perlu buru-buru nak balik risau terlepas waktu. HEhee
Live Band
Oh ya… Nina diberitahu nanti akan ada live band yang akan menghiburkan korang sambil korang menikmati juadah Berbuka Puasa. Syiokkkk nya bila ada entertainment yang menghiburkan. Kot ada yang birthday ker nanti boleh laaa request live band nyanyikan satu lagu “Birthday ke, Allah selamat kan Kamu” . Eh! Memandai jer Nina ni bagi idea. Ok tutup mulut.
Harga Buffet Ramadhan 2019
Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
RM50 nett – minggu pertama Ramadhan ( 8th May – 12th May 2019)
RM60 nett – Early Bird ( pembelian sebelum 30th April 2019)
8th may – 3rd June 2019
RM79 nett – Dewasa
RM 39 nett – Kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Penat dah Nina membebel ni.. Eh! Tulis Eh! Type. Huhuuu … Buat yang dah baca tu, kot korang nak buat reunion sekolah ke, reunion tadika ke atau office function, korang hubungi no kat bawah ni eh … Berbuka puasa kat sini memang berbaloi dan tip top!
Biasalah… Sebelum balik opkos bergambar. Kenangan yang tidak boleh di jual beli. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi eh…
Untuk tempahan hubungi :-
Hotel Sri Petaling
no 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9058 2323 | Fax : 03-9058 2000
Email : enquiry@hotelsripetaling.my
Website : www.hotelsripetaling.my
Korang pun boleh intai-intai facebook depa dan Instagram depa …
Facebook : Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Instagram : www.instagram.com/hotelsripetalingkl
Okey … Kot belum ganti puasa sila cepatan yaa. Kita sekadar mengingatkan sesama kita. Selamat Menyambut Ramadhan, maaf zahir dan batin.
Salam Ikhlas,
Nina Mirza
tudia dia punya kambing panggang so fluffy haha..menu wajib kalau bulan puasakan..tak sah kalau tak ada..harga early bird tu mmg berbaloi lah
Eh.
Harganya less than RM100? Memang meletups la sekali dengan pelbagai juadah pula tu. Ok. Boleh masuk dalam list untuk diterjah bulam Ramadhan kelak.
Siput sedut masak lemak tu alahaiiiiii memanggil juju ni kak nina…husband pun dah tgk entry ni…dia plak tak sabar nak pi katanya hehe
tensen tgk siput sedut tu. favvvv
wah meriahnya makanan dekt sini! terasa macam nak cuba berbuka dekat sini kalau ada kesempatan. apa favourite dekat sini ya? terliur pula tengok gambar dia !
wah meriahnya makanan dekt sini! terasa macam nak cuba berbuka dekat sini kalau ada kesempatan. apa favourite dekat sini ya? terliur pula tengok gambar dia kan hahaa
Bagus Bagus korang sila review buffet ramadhan before ramandhan time. If not sure dugaan besar untuk I nak baca nanti. Serious nampak best buffet ramadhan kat sini. Yang siput sedut tu sekali pun I tak pernah makan.Pakej pun murah je.
Fuhh memang terliurrrr
Adoiii terus terliuq balik…apam balik cheese, pulut panggang, seri muka, daging tetel semua semua lah sedap! Jom pi lagi Nina, next pi i nak ambik kek tiramisu tu banyak banyak hahahaha
Siput sedut masak lemam.. My favorite…
Amboi semua makanan sangat menyelerakan yer. Siput sedup masak lemak cili api tu fav sgt. hehehe. Boleh try soon ni
Sedapnya semua makanan yang dihidangkan. Memang kena betul dengan tekak saya ni kak. Harga untuk buffet pun murah dan berpatutan. Nasib baiklah jauh kak, kalau dekat memang dah terjah dah.
Sis kalau ke buffet ramadan pasti akan ke kambing golek dulu, lps tu dessert. Bila dah relax sikit baru le cari makanan lain..hehehe.
Tak pernah lagi makan kat sini..nanti bolehlah cuba kalau ada kelapangan
Sedap yer… bertambah pula gambar2 kak nina yg cantik dan jelas… best yer kalau dekat ni… boleh la terjah buka puasa nnt
Eh, not bad la harga buffet ramadan kat sini. Boleh la masuk list in case nak cari tempat utk iftar nanti. BTW kan dah lama nak tanya, Nina pakai kamera apa ekk?? cantik-cantik gambar NIna ^_^
sedapnya, macam-macama ada dekat sini ya..Siput sedut tu my feveret juga..lama tak makan siput sedut..boleh ajak husbnd makan sini ye..hehee
Ikan patin tempoyak tu…
Fuhhh sedap ya lahaiiii…
Nak jugakkkkkkkkkk…
Lama dah x makan kot
Pulut panggang tu memanggil-manggil la. Jarang nak ada menu tradisi macam ni di Buffet Ramadhan kan. Menu lain pun terserlah kesedapannya walaupun sis tak rasa. Baca cite Nina pun dah rasa kenyang. Hahaha…
Kak nina, kambing panggang dia tu. Ya Rabbi. Mengganggu emosi saya betul hahaha. Rasanya kalau yang pergi bukak puasa dekat situ, kambing panggang tu yang orang serbu dulu
Wahh siput sedut pon ada. Haha.. kalau ramai makan kena layan. Takde la malu nk sedut kan. Ok terliur tengok asam pedas daging tetel tu. Org johor mcm ena ni mmg xjauh asam pedas. Tu yg dicari dulu.
Belum puasa lagi dah terliur tengok menu. Meriah kan kalau puasa ja ada bufet macam ni. Memang rambang mata nak pilih menu. Semua nampak sedap
wah sedapnya semua makanan. tengok je terasa macam dalam mulut dah. Haha. Dekat dah bukit jalil tu. ada idea dah mana nak pergi buka puasa. Harga pun berpatutan.
Macam tahu tahu je Yana suka the siput sedut. Damn! Yana sanggup pergi semata-mata just for that. And dessert line up looks very tempting too. Habislah paras gula semua bakal naik this bulan puasa. Hahahha
tensen tgk siput sedut tu
Syoknya tgk byk menu, klu kak gerenti blur nk pilih yg mana biasalah klu gi review mkn2 ni..
Aduhhh nampak siput sedut masak cili api jer i nak terjah lah. Semua masakan mereka sedap giller and traditional pulak. Nak buka kat sana lah.