Korang suka makan lepat pisang tak? Nina dulu tak suka tapi lepas dah punya beederet anak ni citarasa turut berubah. Suka sangat lepat pisang. Kerrr…… I’m getting older. Oh-hoo..!!
Sebenarnya yang banyak mempengaruhi citarasa Nina lately ialah Anak-anak. Bila depa suka automatik Mak nya jadi suka. Sebab kena masak lebih kerap menu favorite depa.
Anak-anak Nina taste depa taste orang tua sikit. Depa suka kueh mueh yang kukus mengukus gitu.. Maka Mama nya kena lah rajin bersauna kat dapur kecik ni. Huhuu
Meh Nina share Resipi lepat pisang sedap senng buat favorite anak-anak Nina.
Resipi kueh mueh tradisional tuk berbuka puasa
Kali ni Nina share resipi paling mudah guna sukatan cawan. Senang korang nak try buat juadah berbuka puasa nanti. Dah boleh dah korang search resipi-resipi mudah juadah berbuka puasa yang senang cepat ringkas yang ada banyakkk dalam teratak Nina ni…
Dah selongkar dapur kita nanti kemas balik ehh… Hehe… Macam yo-yo orrr aje kan. Hehe
RESIPI LEPAT PISANG SUKATAN CAWAN
2 cawan pisang lenyek (blend jer senang)
¾ cawan tepung gandum
¼ tepung beras
1 cawan kelapa parut putih – kalau tak de, tak yah letak pun sedap dah…
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula putih – tak mo letak pun tak pe, tapi letak laaa sikit
2 sudu besar santan
daun pisang secukupnya. (layur dulu daun pisang nanti daun dah lembut senang nak bungkus)
Cara penyediaannya
1- Layurkan daun pisang secukupnya, dah layur senang nak lipat nanti.
2- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula merah dan gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
Letakkan kelapa parut dan kemudian adunan lagi
4- Daun dilipat tutup adunan tersebut dan lipat kedua2 hujung dengan kemas seperti membungkus nasi lemak.
5- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus lepat selama 25 minit.
Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.
Tips lepas pisang cantik nampak urat pisang
Kot ada yang nak tahu, lepat yang cantik akan nampak terserlah urat-urat pisangnya. Nak bagi nampak gitu, lepas blend atau lenyek, korang biarkan dalam 15minit pisang tu dalam mangkuk yang bertutup. Nanti pisang lenyek tu tukar warna gelap sikit. InsyaAllah lepas kukus nanti terserlah lah kecantikan lepat pisang tu. .
Pesanan penaja : Buat tuu kalau dapat banyak pass laaa ka jiran sebelah ker… Berbuat baik sesama kita kannn amalan mulia. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Rezeki kongsi sesama, mana lah tau, kot sedap menepati citarasa dia, besok-besok dia order tuk open house rumah dia. … Eh! Puasa pun belum dah gebang pasal Raya. Hehe. . . .
Lepat Pisang ke Belebat Pisang
Lupa lak… Soalan tajuk tuu… Korang panggil apa , lepat pisang ke belebat pisang? Gini.. Setahu Nina orang Johor yang panggil Belebat Pisang. Tapi…. Tak kisah laaa kannnn, sama jer. Janji kedua-duanya boleh di makan 🙂
Good tip cara nak nampak urat pisang tu. Tq
kita panggil lepat je,tapiiii kurang suka pisang lebih suka lepat ubi kayu,feveretttt
Cantik kejadiannya…nampak urat2 pisang. Mak panggil belebet, kami ikut sebut belebat…hihiii lidah Jawa, lidah Melayu belebat atau lepat pisang.
Pasti sedap tu resepi lepat pisang, Ingin nak cuba di rumah.
Tak cukup nak baca sahaja. Langsung trylah resepi lepat pisang ni.
cantik kejadian lepat pisang kak nina tu…fuhhhhhhhh kecur ailio
Lepat pisang saya paling suka itu.
Paling best lah resepi lepat yang kak Nina buat.
Siang-siang begini memang sedap makan lepat pisang. terima kasih atas perkongsian ini Kak Nina
Terbaik ini cik Nina, ingin nak cuba kat rumah.
kita panggil lepat pisang..sedap oo..lama dah tak makan
i panggil lepat pisang.. kalau yang jenis nampak tepung putih campur dengan ubi baru i panggil belebat .. kalau yg jenis pacam ni i panggil lepat.. tq atas resepi.. i nak cuba buat… kalau jadi i nak tambah menu dalam jualan kuih i.. hehe. tq resepi..nampak senang dan sedap jew… tapi i malas nak cari daun pisang.. huhuhuhu