Petai Oh Petai … Sapa suka petai? Nina pasti petai ni ada penggemarnya! Petai merupakan antara ulam popular kegemaran ramai. Selalunya petai ni orang akan masukkan dalam sambal. Kewujudan petai dalam sambal membangkitkan lagi aroma sambal. Perghhh… Kena pulak sambal udang petai, jawabnya nasi tambah 3 pinggan! HAhaa..
Petai Ohh Petai
Tidak dinafikan sambal udang petai antara favorite menu family Nina. Ikutkan Nina tak makan petai, tapi bila dah masuk dalam sambal udang boleh je makan sambal tu walaupun petai nya Nina tak makan pun. Aroma petai dalam sambal lain macam sedapnya. Ya, pelik tapi benar. Tak makan petai tapi sambal letak petai jadi kegemaran. HAhaha
Meh Nina kongsikan resepi sambal udang petai cara Nina yang tak seberapa ni ..
Biasalah masakan makmak surirumah, campak-campak je.
Resepi Sambal Udang Petai
Bahan-bahan
500g Udang laut yang kecil-kecil tuu…. (manis)
2 biji bawang merah- hiris halus
cili blend secukupnya
3 papan petai – dibuang kulit, dibelah dua, rendam dalam 15 minit
air asam jawa
air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara masak sambal udang petai sedap simple
- Udang dibersihkan, ditos lalu diketepikan
- Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis
- Tumis bawang besar hingga kekuning-kuninggan
- Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau nak sambal banyak letaklah banyak yea)
- Tumis sehingga cili pecah minyak (supaya tak sakit perut, makan cili tak cukup masak)
- Masukkan air asam jawa, kacau rata
- Masukkan udang dan petai, kacau rata hingga masak
- Rasakan secukup rasa dengan garam dan gula ikut citarasa masing-masing.
- Sedia dihidangkan.
Petai adalah sejenis sayur yang mempunyai banyak kelebihan kebaikan untuk kesihatan manusia.
Nina kongsikan kebaikan kelebihan dan manfaat petai untuk korang. Manalah tahu lepas ketahui manfaatnya hati korang terbuka nak makan petai untuk kesihatan korang.
Kekadang ada benda yang kita rasa tak mahu makan tapi bila tahu khasiat nya penting untuk kita, maka kita ‘rela’ makannya dari kena makan ubat kelak. Setuju kannn?
Sambal sotong petai pun sodappppppp!!
12 Khasiat Kelebihan Kebaikan Manfaat amalkan makan petai untuk kesihatan
- Sumber Nutrisi: Petai kaya dengan nutrisi seperti vitamin (A, C, B6), mineral (kalium, zat besi), dan serat makanan.
- Mengandungi Serat: Serat dalam petai membantu penghadaman dan mencegah sembelit. Ia juga membantu mengawal paras gula darah.
- Menyokong Jantung Sihat: Kandungan kalium dalam petai membantu mengawal tekanan darah dan sokongan kesihatan jantung.
- Mengandungi Antioksidan: Petai mengandungi antioksidan seperti beta-karoten yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif.
- Menyokong Keseimbangan Elektrolit: Kandungan kalium dalam petai membantu menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh.
- Mendukung Sistem Saraf: Kandungan vitamin B6 dalam petai membantu menyokong fungsi sistem saraf dan membantu penghasilan neurotransmiter penting.
- Peningkatan Mood: Kandungan triptofan dalam petai dapat membantu meningkatkan mood dan membantu mengurangkan stres.
- Menyokong Kesihatan Tulang: Kandungan zat besi, kalsium, dan fosfor dalam petai membantu menyokong kesihatan tulang.
- Meningkatkan Metabolisme: Kandungan vitamin B kompleks dalam petai membantu meningkatkan metabolisme dan penggunaan tenaga.
- Mengandungi Zat Anti-Inflamasi: Petai mengandungi zat anti-inflamasi semulajadi yang boleh membantu meredakan keradangan dalam badan.
- Mendukung Kesihatan Mata: Kandungan vitamin A dalam petai membantu menyokong kesihatan mata.
- Mengurangkan Risiko Penyakit Kronik: Pengambilan petai yang berkhasiat dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan kerosakan sel.
Pucuk Ubi masak lemak tempe ni letak petai pun mabeles! Tambah nasik aje keje nya nanti! HAhaa
Namun, ingatlah bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan tindak balas yang berbeza terhadap makanan. Oleh itu, sebelum membuat perubahan besar dalam diet korang, disyorkan untuk berbincang dengan pakar kesihatan atau pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang lebih sesuai.
Selamat mempetai-taiii ~~~~
p/s : Lepas makan jangan lupa gosok gigi yea … tang bau tuuu tak boleh nak tolonggg….
hehhehe . . .