Apa tu sebenarnya Kain NORWEX Cloths ?
Amboi amboi amboi . .!! Sana sinin sinun dok perkata pasal Kain NORWEX Cloths ni atau depa dok bilang kain lap kayangan. Awat laaa gitu?
Opkos laaa panggil dia kain kayangan pasal sebab utama dia adalah harga dia! Ya agak mahal Cik Kiah ooii.. Depa kata beratuih! Idok ler ku mampu
Tapi meh nak citer dulu asal usul kain kayangan ni.
Asal-usulnya daripada negara Norway. Oooo.. sebab tu nama depan dia NOR . 😊
Produk kain Norwex ini tiba di Malaysia hanya tahun 2019. Menurut depa dengan hanya gunakan kain Norwex dan air sahaja, korang boleh bersihkan seluruh tempat kediaman terutamanya bahagian dapur dan meja makan dengan bersih merelap blink blink gitu!
Itu antara sebabnya Kain Norwex ni sering digelar “Kain Ajaib” diantara golongan suri rumah yang TERkagum TERuja TERgoda dengan kemudahan dan penjimatan menggunakan kain Norwex ini. Betui kaa jimat? Musykil ni.. Harga jer dah beratus!
Apa kelebihan Kain Norwex ni
‘Kata depa’ kelebihan kebaikan Kain NORWEX ni mampu
1. Mencuci mengelap membersihkan menanggalkan semua gris dari dapur gas, kuali, meja makan dan sebagainya tanpa sebarang bahan pencuci. Wow, air jer!
2. Bersihkan pinggan, mangkuk dan peralatan makanan anda dengan hanya kain Norwex dengan air biasa sahaja, tanpa gunakan sabun! Ya air jer! Hebat
3. Bukan sahaja dapur, ia boleh digunakan untuk bersihkan seluruh rumah anda!
4. Kain muka Norwex, dengan menggunakan air sahaja, membolehkan golongan wanita menanggalkan make-up dalam masa seminit! Ok ni wow sangat! Teruja nak cuba
5. ‘Kain mandian bayi Norwex’ membolehkan ibu bapa mandikan bayi mereka tanpa memerlukan sabun! Dalam kain tersebut ada ciri-ciri istimewa untuk menghapuskan 99.999% bakteria! Perghhh . . . 🤔 Musykil ni. Sebab setahu Nina, untuk hapuskan/bunuh bakteria perlukan sabun.
6. Ada juga kain Norwex untuk bersihkan dan mengilatkan kereta dan bahagian krom seperti baru habis polish! para suami tentu suka ni..
7. Benda-benda krom di keliling rumah, cermin, tingkap, glas partition mandi dan sebagainya boleh dikilat seperti baru! Meronta nak cuba, nak cuba!
8. So sangat bagus untuk mereka yang alah pada sabun , pencuci toksik, bahan kimia dan seangkatan dengannya kann?
Sebab tak menggunakan sabun semasa membersih rumah. Haa.. Bagus lah tu.
9. Jimat !
Kata nya dengan menggunakan kain Norwex dalam kehidupan harian, korang bukan hanya menjimatkan lebih 70% dari masa korang , tetapi juga akan menjimat kos perbelanjaan sebanyak 90% yang biasa nya diguna untuk membeli sabun, detergen dan sebagainya. Ok setuju! Tak caya sila buat kira-kira kat tepi. Tisu pakai buang pun total kos tinggi setahun dua.
Dah tak perlu beli tisu dapur pakai buang, kain lap. Kos semua tu dah jimat sebab kain Norwex ni lepas pakai cuci bersih dan boleh guna sampai lunyai. Bertahun laa lasting nya. Tisu tu pakai buang macam buang dan membazir jugak kann
10. Jaminan 2 Tahun!
Ni menarik! Sebab kualiti produk Norwex amat berkualiti so semua produk Norwex Microfibre mempunyai jaminan dua tahun. Depa kata lagi sekiranya korang tidak berpuas hati dengan prestasi produk gentian mikro kami, korang boleh hubungi memana ajen dan nanti HQ akan mengganti barang tersebut, tanpa bayaran tambahan. Money back gurantee laaa kiranya ni! Bagus ni
Eh eh.. Buat masa ni tak de pun 20 sebab kenapa korang kena beli kain Norwex ni. Salah tafsiran rupanya. Ooopsss…!! Nanti kot ada tambahan Nina add lagi eh..
So secara overall pandangan peribadi Nina TERuja nak cuba pakai Kain Norwex ni.
Sekurangnya mungkin ianya amat bagus dalam membantu Nina dalam menjalankan keje membersih dan mengurangkan stress surirumah macam Nina gamaknya.
Tambahan point ni persepsi personal Nina
11. Dapat dibayangkan dengan kain Norwex yang hebat ni akan mengurangkan stress, tekanan seharian. Orang yang menggunakan kain Norwex akan lebih terhibur tatkala proses membersih. Lpa sana kilat, lap sini bersih, lap sana putih, lap sini wow. Terapi gitu . . .
Mungkin dengan kain Norwex ni akan memupuk kerajinan pada orang yang agak Cik M kot. Yelah… Bila ketara bersih, kita akan rasa lebih seronok dalam melakukan kerja pembersihan lantas ini akan membuat kan kita lebih rajin dan enjoy buat keje. Bagus ni pupuk anak-anak sesama buat keje rumah! Ok ni point No.12
See!
Tengok laaa testimoni depa ni. Hok cermin bersih terlajak kilat tu Nadia Johari punya testimoni . Sebab tu laaa Nina dok merengek meronta nak cuba dan nikmati sendiri keajaiban nya!
Sungguh kaa betul seperti apa yang di kata??
Kat mana nak beli Kain Kayangan ni?
So far Nina dah nampak banyak nau agen Norwex ni sekarang ni dok lalu lalang kat timeline. Dan di kalangan kengkawan pun ramai sangat dah jadi consultant Norwex.
Cuma sebaiknya kita beli dengan orang yang dipercayai dan mampu melayan kita andai kita punya masalah kemudian hari. Don’t forget, jaminan 2 tahun. Service long term penting.
My trusted person yang korang boleh beli Kain Norwex ni dengan depa dua ni. Korang click jer link Nina bagi bawah ni, nanti direct terus pi whatsapp depa.
DeSya : http://www.wasap.my/60123201385/KawanNinaNakOrderKainNorwex/
Kak Azni :
http://www.wasap.my/60193891258/KawanNinaNakBeliKainNorwex/
Kak Dy :
http://www.wasap.my/60193544350/KawanNinaNakBeliKainNorwex/
Harga Kain Norwex Kayangan
Ikutkan idok ler mahal mana, tak perlu pun berhutang bagai. Ya jangan cari masalah kemudian hari.
3 helai ni basic starter hanya RM98 dan buat yang ada bajet lebih boleh laa beli hok banyak sekali sabun dia. Lagi berbaloi… Spark of joy gitu!
Kot rasa mahal, harga paling rendah hanya RM49 jer. Ada lagi yang best, a diberi 15% diskaun sebagai elite customer! Giler tak best kannnn?
Kitchen cloth yang paling cepat menyerap air! Terasa macam dok dalam kepompong lak kalau tak Cuba dan feel the keajaibannya. Haishh… Tergoda sungguh dah ni. Parah Nina ooii..
Korang jangan pm Nina lak tanya details dan harga sebab Nina tak jual. Pi message Kak Azni atau Kak Dy link Nina bagi atas tadi.
Tak sabar Nina bodek Geng nak dapatkan selai dua atau se SET dua produk NORWEX ni. Bapak-bapak kalau tak idea nak bagi apa tuk isteri tersayang, amat lah sesuai hadiahkan set Norwex ni. Maklum lah dah jadi trending viral dah bendalah kegilaan pojaan wanita seluruh malaya!
Tapi
Kain Norwex ni sesuai jugak hadiah kan untuk suami. Yang mana rajin cuci kereta tu sesuai sangat laaa kann. Lip lap lip lap ketenya nanti. Pastu nanti suh suami nya lap sekali seluruh cermin yang ada dalam rumah. Confirm makin sayang… Sesama rajin!
Eh! Nak mintak hadiah ke, nak belikan untuk Geng?
Aduh , confius lak ni. Parah Nina ooii .. . !! Dengan harapan Geng baca dan hadiahkan tuk Nina HEhee . . .
So far setakat ini, benda ni dah buat Nina teruja.
Yang mana Nina ada terbaca ‘over claimed’ melampau sampai tak payah cuci sayur, lap jer ngan kain ni memang poyo!
Korang pun agak-agak laaa .. Jangan laaa nonong pi percaya!
Walau apapun, bagi Nina kain kayangan ni sebagai pencetus kita lebih bersih, rajin, berpuashati dengan hasil usaha dan paling penting usah abaikan kebersihan hakiki.
Please take note : Bakteria dan virus hanya mampu dihapuskan dilenyapkan dengan sabun!
Basuh tangan
Basuh tangan
Basuh tangan > > > pakai sabun! Jangan bodoh lak pi lap jer ngan kain kayangan ni. Ajaran sesat namanya tu! Adios…
Sekian, celoteh Nina . . .
Eh! Ada ke yang sudi hadiahkan Nina kain kayangan ni? Eerrkkk . . . sempat lagi bodek lagi HAhaa
Kain NORWEX Cloths
Teringin gak.tp tengah dok berkira nak beli ka tak..nak beli ka tak… Kumpui duit sat dulu hahaha
kalau nak beli .. jangan lupa cari cek .. hahahha
It looks so good! I would love to try this cloth out! It looks so convenient & easy! Thanks for sharing!
Teringin juga dengan kain ni. Nampak serbaguna dan sgt membantu dalam kerja harian di rumah
Haha lawak la kain lap kayangan. Tapi standard la kan, barang dari negara scandinavia confirm la mahal. Janji kualiti bagus.
Macam tak percaya kann boleh buat mandikan bayi…aishhh..
Harga mahal tapi kalau kualiti bagus dan berguna untuk dipakai, kalau ada budget memang boleh beli..
Kalau ada rezeki nak gak nanti mencubanya…
Satu lagi benda kita boleh guna TANPA WASWAS. Sampai gitu sekali kebaikan dan special nya kain ni dlm kehidupan rutin kita. Ini sudah terlebih baik. Guna air je pula tu tak perlu sental bersama sabun. Nak belilah.
Beli mana yang mampu. Nad dah guna memang lain dengan kain biasa. Memudahkan sangat kerja.. Nad suka.. Hehehe.. Nampak berkilat cermin tu kan.. Ehehhe
Walaupun harga macam tue, ramai yang berpuas hati lepas guna kain Norwex ni.. my family pun dah start guna kain ni kat kampung…
wah lengkap review kak nina.. Huda jer masih belum terpengaruh. Maybe baru habiskan banyak duit pindah rumah, beli sofa baru, katil semua.. ni pun masih banyak nak kena beli.
Ruby lebih suka penerangan dari segi pengalaman dan pahaman sendiri setelah mengkaji produk. Memang Norwex mahal. Tapi teknologi BacLock, Silver Iron, kenapa cuci dengan air, cleaning paste semua tu buat saya suka. Sebab saya memang Environmental Person. Suka recycle dan kalau bleh takmo dah guna tisu dapur dan kain good morning yang tinggal sisa kain putih tu. Zaman sekarang, zaman org suka mengkaji dan membeli base on trust. Keep it up Kak Nina. Ruby pun join Norwex. Follow la ig saya @nrwx.ruby. Sharing sempoi-sempoi aje. Hehe.
Masih tidak terjebak pada kain norwex sbb bukan something yg i suka. Haha but i might buy for my mom. She loves household items mcmni
insyallah satu hari nina pastil memiliki jua kain norwex nih… idaman semua suri rumah kan ..
Norwex lagi. Ada yang terbeli ni kang. Huhuhu