Brownies ohh Brownies… !! Dah lama nak cuba buat Brownies. Tapi setelah bertahun berlalu, masih belum punya kekuatan nak buat. Belum kesampaian, belum sampai seru orang kata. Resipi Brownies Kedut Mudah
Sebabnya
Risau ada yang tak gemar.
Maklumlah, Brownies ni kategori ala ala kek bantat gitu. Kata Geng 😅😁😁
So agak tertangguh tangguh nak buat… Gitu laaa kisah nya
Tapi anak sulung Nina – Eillya suka nau lak makan Brownies. Maka
Dia godek laaa sendiri segalanya. Try an error hinggalah terjadinya seketul Brownies yang so sedap ni…
Allahu… Terharu mama!
Siap dengan tutorial video nya sekali dia buat kan. Cuma bab editing video mama dia terpaksa siapkan. Katanya tak reti.
Ok laaa… Atas usaha dan kegigihan Eillya, mama siapkan tutorial video hasil sentuhan Eillya. Tahniah sayang!
Nina simpan kenangan Eillya kat sini, next time nak baking lagi kita refer sini ehh…
Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap
Sukatan Cawan Gerenti Jadi
Bahan-bahan
1 cawan (300gm) ketulan dark chocolate (coklat masakan)
1/2 cawan butter (150gm) unsalted butter – potong kiub
4 biji telur
1/2 cawan gula perang (250gm)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) (80gm)
2 sudu besar serbuk koko (20gm)
2 sudu besar air bancuhan kopi
1/2 sudu kecil garam
Tutorial Video Cara buat Resipi Brownies Kedut Mudah Sedap
Sukatan Cawan Gerenti Jadi
1.- Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan dulang berukuran 9×9 inci dengan butter dan lapik dengan kertas parchment atau kertas baking.
2.- Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
3.- Panaskan air sehingga mendidih dan cairkan ketulan coklat bersama unsalted butter menggunakan kaedah ‘double boiler’ atau ‘bain marie’. Pastikan mangkuk yang digunakan adalah tahan panas dan bahagian bawah mangkuk tidak kena air mendidih. Apabila cair sepenuhnya, kacau sebati kemudian angkat dan ketepikan.
4.- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati (anggaran 30 saat).
5.- Masukkan bancuhan coklat dan butter tadi, air bancuhan kopi dan kacau lagi sehingga licin dan sebati (anggaran 30 saat).
6.- Masukkan pula bahan ayak dan kacau sekata. Jangan kacau terlalu lama. Memadai jika adunan basah dan adunan kering sebati. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit.
Tips: Telur yang digunakan haruslah pada suhu bilik supaya mudah sebati dan tidak berketul di dalam adunan. Jika telur sejuk, boleh direndam seketika di dalam air suam-suam kuku selama 10-15 minit.
Brownies sudah masak sempurna jika anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik keluar ia agak sedikit basah dan berketul di hujung. Jangan bakar sehingga kering kerana dia akan menjadi seperti tekstur kek.
Tak susah pun rupanya dan korang should try.
Selamat mencuba.. and Happy Cheat days!
Cuba : Kek Coklat Moist Super Sedap Gerenti Jadi. Resipi Untuk Niaga Online
Sekian salam ikhlas,
Nina Mirza
sedapnya tengok brownies kak ninaaa
Suka brownies kedut..lamanya tak buat brownies..
mudah sangat nak buat brownies ni. No wonder lah ramai yang jual brownies ni hehe
Yummii-licious brownies! Would love to try this out. Thank you for sharing your recipe with me.
Macam senang je buatnye. Tak pernah lagi buat brownies. Ada masa nanti boleh cuba. Thank you sharing
Saya sgt suka mkn brownie tapi so far, mampu beli je la. Dh try buat brp kali asik tak jadi tekstur yg mcm sy nak. Mungkin boleh try resepi Nina pulak lepas ni.
Anak2 Eina suka, tapi tak berkesempatan nak buat sendiri. Hehe. Nanti bolehlah try
Tak pernah buat sebab takut tak jadi. Tapi tengok sis buat bahan takdelah susah. Ermm kena berani kan jgkla hahah. Kalau tak sampai ke sudah tak tahu pandai ke tak. Asik beli je.
Kita pun suka brownies juga.. Wah bgus eillya godek semua.. Rajin..
Rupanya penyediaan brownies ni tak susah kan.. Nak try buat juga la brownies ni.. thanks for the recipe.. 🙂 Nak try buat la since today cuti 🙂
Lama tak membaking, bila nengok respi dan bahan ni mudah sangat, rasa nak buat laaaa…
Nanti nak buatla.. nampak sedap dan senang. Makan dengan ais krim mesti best
Thank you for the amazing recipe, will try this out soon! They looks so yum!
Nampak sedapnya la..thanks kak for the recipe nanti nak cuba buat la..nanti kalo jadi sy update hehe
wahh sedapnya brownies.. iena suka makan brownies tapi tak pernah buat lah..biasa beli je..member jual hehe..boleh la cuba buat nanti 🙂
Mudah juga resepi & bahan2 nya. Sisyat suka makan brownies ni, tapi belum try buat sendiri. Takut tak menjadi..hehe
Anyway, thanks for the receipe