Amacam ending Drama Ryan Aralyn ? Happy ending semua pun suka kannn? Anis mati di tembak Taiko dan Alif ditangkap polis atas kerana menculik Aralyn. Cuma nya minggu akhir drama ni macam slowmo sangat. Rasa bosan lama sangat Aralyn dan Ryan merajuk nak berbaik. Ego sangat depa tu kannn? Tapi ok laaa, happy ending. Akhirnya Ryan dan Aralyn bersatu kembali. Drama CINTA SEKALI LAGI
Ok, Slot Akasia seterusnya dihiasi dengan Drama CINTA SEKALI LAGI, romantik komedi kali ni bukan adaptasi novel ni tentunya bakal trending lakonan hebat gandingan tiga terajui utama iaitu Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha.
Selepas seminggu Drama ni dah ditayangkan, Nina dah tonton dan seronok lak dengan karektor setiap watak dalam drama ni. Memasing memainkan watak dengan bersahaja.
Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI
Mengisahkan kisah hidup dua beradik iatu Amanda dan Amani. Amanda lakonan Nelysia Senrose sentiasa dipersalahkan oleh Amani (Hannah Delisha) kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya semasa kanak-kanak.
Sejak peristiwa tersebut, Amanda telah berjanji dengan adik yang dia akan sentiasa memberi sepenuh perhatian untuk Amani dan sanggup lakukan apa saja demi adiknya. Kerana itu, sikap Amani mementingkan diri sendiri dan sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.
Pertemuan Fahad (Saharul Ridzwan) dan Amanda (Nelydia Senrose) tanpa sengaja membibitkan rasa cinta di hati mereka. Amanda baru dilantik jadi ‘Jewellery Designer’ di Anggun Jewels. Dia sering berselisih faham dan dengan Fahad, pengurus di situ. Fahad seolah-olah tidak suka dengan kehadiran Amanda dan suka cari pasal dengan Amanda. Ada saja yang tidak kena di mata Fahad.
Satu hari ibu Fahad (Dilla Ahmad) hampir pengsan dan secara kebetulan dibantu Amanda yang ada sama di surau ketika itu. Ibu Fahad berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu rupanya Amanda adalah rakan sekerja yang selalu diceritakan Fahad.
Amani masih belajar tapi sibuk mahu kahwin dengan Ungku Mukhlis lakonan Raja Afiq sepupu kepada Fahad. Bagi Amani, Ungku Mukhlis merupakan jejaka terbaik untuknya dan akan memenuhi impian hidupnya ingin jadi seperti ‘Cinderella’ – hidup senang penuh dengan kemewahan.
Ibu Amanda dan Amani lakonan Haleeda Mazlin mengenakan syarat pada Amani harus menamatkan pengajiannya daulu sebelum berkahwin dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama.
Amani menganggap syarat ibunya untuk Amanda kahwin sama sebagai penghalang impiannya. Sedangkan dia tak tahu ambil hati orang tua Ungku Mukhlis sewaktu pertama kali berkenalan dengan keluarga Ungku Mukhlis malah Amani dilihat lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Ungku Mukhlis.
Dipejabat hubungan Fahad dan Amanda semakin tegang dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain) rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat bilamana Fahad digantung kerja.
Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Amanda telah bekerjasama dengan pembantu Fahad – Taquidin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak itu, Fahad mula berbaik dengan Amanda dan mula menerima kehadiran Amanda dipejabat tersebut. Mereka jadi semakin rapat.
Ibu Fahad telah melamar Amanda untuk Fahad tanpa pengetahuan Amanda. Amani memujuk kakaknya agar merima lamaran tersebut kerana Amani menuntut janji Amanda akan lakukan apa saja untuk tunaikan permintaannya dan lagi pula Amani sudah tidak sabar ingin berkahwin segera dengan Ungku Mukhlis.
Kerana janji, Amanda terpaksa menurut kata adiknya dan memberi tempoh 3 bulan pada Fahad dan andai mereka serasi, Amanda akan meneruskan pernikahan mereka.
Dalam diam rupanya Fahad sememangnya telah jatuh cinta pada Amanda sewaktu pertama kali mereka bertemu. Dengan penuh rasa cinta akhirnya mereka berkahwin.
Amani membayangkan impiannya akan menjadi kenyataan, majlis perkahwinan yang gah dan dia secantik Cinderella. Malangnya dia amat kecewa apabila keluarga Ungku Mukhlis hanya mengadakan majlis secara sederhana dan rupanya Ungku Mukhlis hanyalah lelaki biasa, tidak mewah kaya raya seperti yang dibayangkan. Impiannya hancur!
Amanda dan Amani mengandung anak pertama, Amani cemburu bila lihat Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah. Dendam Amani pada Amanda semakin membuak-buak. Tidak mahu sama sekali kakaknya dapat lebih dari dia!
Selepas 7 tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua cahayamata dan mereka berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan – orang gaji di rumah Fahad.
Amani cemburu bila ketahui Ungku Mukhlis masih menyimpan hati pada Farhana (adik Fahad iatu sepupu Mukhlis). Lalu Amani menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah (ibu Fahad). Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan MUkhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.
Amani kembali dan dalam diam dia menggoda Fahad kerana dia nekad untuk menghancurkan hubungan Fahad dan Amanda dan ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terpedaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani.
Adakah kejahatan Amani akan terbongkar?
Berjaya kah Amani memisahkan mereka?
Terleraikah persengketaan konflik kekeluargaan antara mereka?
Adakah Amanda sanggup menurutkan lagi janjinya pada Amani – lakukan apa saja, tunaikan apa saja permintaan Amani?
Masihkah ada peluang untuk Fahad merayu CINTA SEKALI LAGI Fahad dari Amanda?
Drama bersiri ‘Cinta Sekali Lagi’ bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Pali Yahya. Ditayangkan pada bulan September 2020.
JUDUL : CINTA SEKALI LAGI
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya
Lagu OST Drama Cinta Sekali Lagi ialah lagu Tanpa Rela – Misha Omar
Tanpa Rela – Misha Omar
Lirik Lagu Tanpa Rela – Misha Omar
Saat Engkau Pergi
Dan Tinggalkan Cintaku
Terbiar Hatiku Hanyut Tak Terpujuk
Memadam Hatiku Dan Hadiahkanku Sepi
Sayang Tak Pernah Ku Duga
Cinta Yang Ku Puja
Terhapus Dimamah Dusta
Tegarnya Kau Mengakhiri
Dan Memilih Dia
Hanya Aku Dan Diriku
Sendirian Didera Waktu
Tanpa Relaku
Semua Terjadi Atas Kemahuanmu,
Memadam Hatiku Dan Hadiahkanku… Sepi
Sayang Tak Pernah Ku Duga
Cinta Yang Ku Puja
Terhapus Dimamah Dusta
Hanya Aku Dan Diri Ku
Sendirian Didera Waktu
Tanpa Relaku…
Berakhir Kisah Duka Antara Kita
Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya
Amacam? Penuh dendam dan konflik kannn?
Tak sabar nak tonton ending Drama CINTA SEKALI LAGI ini. Kot korang terlepas episod Drama Cinta Sekali Lagi, dont worry…
Koran masih boleh tonton Drama Online iQIYI CINTA SEKALI LAGI Full Episod 1 – 28 . Mudah jer search, semuanya dihujung jari! Boleh laaa marathon tanpa iklan. Lagi syiok kannn?
tengah tunggu habis semua episod baru nk tgok
Turn off sungguh kalau ada cerita curang2 tak percaya isteri ni.
Memnag tengah layan cerita ni.. Huishh sampai lepas ada anak masih dendam.. Bodohla fahad percaya kat amani
Rasanya kalu dapat masuk dalam TB ne maunya si amani dan si farhad kena tumbuk geram weh, hakak pula teremosi.. Si Amanda pun satu baik sangat ♀️♀️ geramnya sampai nak cepuk2…