Dunia blogging memang tanpa sempadan. Sejak Nina ada blog tahun 2011, masa tu Nina sengsorang je. Dalam family ke, kawan sedia ada ke takde sapa pun tulis blog. Huhuu.. Then Nina mula kenali blogger lain dari komen blog ke blog. Masa tu Nina rasa seronok, teruja sangat bila dapat komen dari pembaca dan blogger-blogger lain terutama dari blogger hebat contoh Mat Gebu, Kak Azie Kitchen, Kak Nor, Kak Dayang, Kak Che CT dan ramai lagi. Circle Nina kecik je masa tu sebab niche resepi je tapi lepas dah join KBBA, Nina beralih ke lifestyle dan mula mengenali lebih ramai kawan blogger lain. Antaranya Marina Bashah yang sama-sama dalam group wasap KBBA9 dan group belajar SEO
Apa menarik best nya jadi Blogger ?
Bila dah berada dalam group KBBA9, baru Nina tahu rupanya dengan tulis blog juga boleh dapat income dari tawaran review produk mahupun hadiri jemputan ke event pelancaran dan sebagainya. Seronok double triple awak! Bila pi event, boleh lah jumpa kengkawan yang selama ni dok chat dalam wasap je. Baru-baru ni Nina berkesempatan ke event launching KEX Express. Kat sini pertama kali Nina jumpa Marina Bashah. Yang lelain dah pernah jumpa di event lain sebelum-sebelum ni. Marina ni seorang yang introvert, pemalu dan agak pendiam tapi dah kenal ok jer berbual. Eermm.. Dalam pendiam pemalu dia ni suka exposekan diri jugak sebab rajin pi event! HEhee..
Siapa Marina Bashah
Normarina Bashah iaitu pemilik blog marinabashah.com merupakan seorang yang wanita yang berkerjaya dan merupakan ibu kepada 3 orang anak. Marina telah mendapat pendidikan dalam bidang Civil Engineering di Universiti Putra Malaysia. Marina merupakan seorang part time blogger yang bekerja sebagai seorang engineer di sebuah syarikat pembetungan dan telah berkhidmat lebih dari 13 tahun. Hebat kann? Dah ada kerjaya bagus pun ada masih luangkan masa sebagai part time blogger. Rajinnya …
Marina mula menulis blog sejak 2009. Masa tu Marina teruja nak kongsikan pengalaman persiapan Marina untuk berkahwin. Pelbagai nama blog yang telah digunakan dan pernah menggunakan blog sebagai platform untuk berniaga. Pada masa itu, semua template blog, Marina hias sendiri. Marina belajar sendiri melalui pembacaan. Kemudian perjalanan menulis blog Marina terhenti kerana kekangan masa.
Kemudian, kerana minat untuk menulis menebal dalam diri, Marina mula bergiat aktif kembali pada tahun 2019. Pada masa ni, Marina diperkenalkan apa itu domain, adsense dan belajar mengenai SEO. Blog dahulu tak sama dengan blog sekarang, makin complicated. Rupanya Marina pun sama macam Nina, jenis tak berapa pandai bab nak ubah template. Jangan tak tahu, 99% peratus semua mintak tolong kawan buatkan, dari nak ubah template ke SEO friendly, setup adsense sehinggalah check masalah blog. Kita serupa Marina!
Antara Blog Adsense dan passive income
Kami berada dalam group yang sama, sesama belajar tentang Adsense. Income dari blog bukan setakat dari review produk, pegi event, gitu-gitu je, tapi ramai blogger dambakan income dari Adsense!
Ya Adsense, dengan teknik yang betul, penulisan yang bagus, blogger boleh jadikan blog sebagai income passive. Ya pendapatan tetap. Best kann?
Memang best! Bayangkan duit masyukkk dalam account kita tiap bulan datang dari blog. Macam yo-yo ooo je kan tapi inilah realiti nya. Bak kata Marina, dia mula menulis blog tahun 2009. Masa tu Marina gunakan platform Nuffnang untuk dapatkan income tapi ke laut dalam. Ciput je! HAhaa.. Nina pun merasa gak, berbulan makan tahun baru dapat entah berapa ratus. Masa ni Nina pun dah happy sangat dah, tapi lepas dah tahu pasal Adsense rupanya Oooo… Adsense lagi masyuk! Orang giler je tak grab peluang yang ada. Tapi ada teknik dan cara nya baru uumphhh!
Lepas belajar SEO artikel berada di first page google!
Blog Marina Bashah raih 800 ribu view article Koleksi Resepi Berpantang !
Nak income dari Adsense uumphhh memula sekali kena belajar. Kita orang sesama belajar dan cuba praktikkan dan Marina kata hasil pembelajaran mengenai SEO, dari tahun 2019 sehingga tahun 2022, view blog Marina telah mencecah 3 juta viewer. Beberapa artikel yang dikongsikan di blog Marina mendapat kedudukan first page di Google search, salah satunya adalah perkongsian mengenai Koleksi Resepi Berpantang yang telah mendapat lebih daripada 800 ribu viewer. Wahh hebat! Tahniah Marina ..
Menjadi satu kebanggaan apabila perkongsian Marina dikongsikan di sosial media Imigresen Malaysia berkenaan pengalaman Marina Cara Buat Passport Walk In Cepat. Marina gembira perkongsian Marina dapat memberi maklumat kepada pembaca di luar sana. Opkos happy, perkongsian ilmiah yang bermanfaat gini lah yang kita sebagai blogger teruja nak kongsikan pada umum.
MarinaBashah.com niche lifestyle , travel , parenting
Disebabkan kerja hakiki Marina banyak kena pergi outstation untuk meeting, training, workshop dan sebagainya, makanya blog Marina banyak sharing mengenai lifestyle. Marina banyak sharing mengenai aktiviti bersama keluarga seperti pergi bercuti, pengalaman menginap di hotel atau homestay dan tempat makan yang menarik. Selain itu, disebabkan Marina seorang ibu, Marina juga suka sharing mengenai pengalaman mengandung dan bersalin, tentang parenting dan macam-macam lagi tentang aktiviti persekolahan anak-anak.
Kelebihan jadi Blogger
Marina Bashah juga berpeluang buat review produk, food review dan juga review tempat penginapan yang ditawarkan oleh pihak klien. Satu pengalaman yang menarik buat Marina kerana dapat bekerjasama dengan klien. Part review hotel memang best sebab atas tiket blogger KBBA9 lah kitaorang dapat bawak suami dan anak-anak holiday. Family Day KBBA9 ke Legoland. Wow! masa tu dok terfikir Apa yang BEST di Legoland , berkubang sampai sunburn di Bangi Wonderland BEST giler , enjoy terokai haiwan yang jinak di Farm In The City dan banyak lagi. Beruntung nya jadi blogger!
Kalau korang nak tahu, Marina lagi aktif dari Nina tau.. Walaupun dia tinggal di negeri Perak, kerap kali juga Marina menghadiri event yang berlangsung di KL. Korang follow rapat-rapat Marina di blog marinabashah.com