Kemana cuti sekolah? Disember ni cuti sekolah tak berapa nak lama hanya 3 minggu so takde plan cuti jauh-jauh. Memang kebiasaannya pun kitaorang pegi bercuti dekat-dekat je. Jimat bajet! HEhee.. Hari tu Nina sekeluarga + kengkawan blogger KBBA9 gather gathering berjimba berkubang di Bangi Wonderland BEST giler!
Ya ampunnnn.. Seronok sakan!
Memasing bawak keluarga, memang happening
Walaupun dah datang sini beberapa kali, tiap kali datang memang enjoy. Bukan anak-anak aje, MakPak pun sama terlajak seronok main air.
This time Bangi Wonderland Cuti Sekolah kitaorang paling happening buat anak-anak sebab derang dah semakin besar dan tinggi so lagi banyak game derang boleh main. Terutama Eilman dan Yana sebab memasing dah cukup ketinggian. Dah lebih 110cm banyak dah boleh main! Seronok laaa depa
Eilman tu entah berapa kali dia dok ulang main bendalah pusing-pusing tuh.. Anak UmmiNani – Along pun dah sama besar, depa laa dok ulang main. Lepas Along balik, Eilman ajak pulak anak Tati Mansur main. Hadoi , lantak laaa anak ooii.. main lah puas-puas!
Sapa yang nak keseronokkan cuti sekolah, takyah pi jejauh. Dekat dekat pun anak dah seronok!
Rekemen korang spend time here!
Harga BANGI WONDERLAND ?
Rekemen korang beli harga promosi Bangi Wonderland Best ni online dekat website Bangi Wonderland. Online Crazy tiket dengan harga
HANYA RM35/seorang untuk pemegang MyKad dewasa dan juga kanak – kanak.
Antara perminan slide yang ada di Taman Tema Air Bangi Wonderland ialah
1) Anaconda Trail
– Slide ni naik dengan pasangan menggunakan pelampung.
2) Body Slide
– Slide ni kena turun sorang-sorang. Berpusing-pusing slide ni.
3) Boomeriang
– Slide menarik untuk 2 orang pasangan. Slide ni meluncur ke atas semula sehingga hampir satu sudut 90 darjah dan jatuh bebas untuk meluncur ke bawah. Pergh degup jantung.
4) Insane Racer
– Slide ni anak-anak panggil rainbow sebab dia berwarna-warni. Depa dok ulang naik entah berapa juta kali pun tak tau laa.. Mamanya naik sekali pun dah rasa nak terkeluar isi perut. HAhaa..
Gelongsor kepala kat depan ala-ala superman gitu! HAhaa
BANGI WONDERLAND BEST GATHERING CUTI SEKOLAH
5) Magic Funnel
– Slide wajib korang kena naik bila dah sampai Bangi Wonderland! Ini lah trademark Bangi Wonderland.
Slide bentuk corong ni perlu ada 4 orang dan pelampung yang disediakan. Dia punya extreme ok ok laa.. Maybe tak gerun kot sebab anak-anak Nina dok ulang juta kali jugak naik bendalah ni. Mak takfaham ko nak..
Tak pe laa aslong tak terjun bangunan sudah. HAhaa
6) Spiralax
– Slide ni naik 2 orang. Ni pun best!
7) The Fall
– Salah satu slide mendebarkan yang mesti korang cuba yang akan menguji adrenalin korang di Bangi Wonderland. Fuh tengok slide pun tinggi tu uii. Rasa jantung tertinggal kat atas masa badan dilepaskan turun ke bawah! HAhaa
8) Wonder Loop
– slide ni berpusing 360 darjah. Slide ni sebelah Insane Racer.
9) Water Canon
– Ini pun best! Tau tau tercampak tinggi pastu jatuh dalam air. Kita jadi ala-ala bom gitu.
Korang akan duduk diam dalam tu, lepas tu akan ditekan satu butang dan air akan keluar menolak korang. Korang kan tercampak ke dalam air, Jangan risau, yang tak pandai berenang boleh main juga sebab dipakaikan baju pelampung tu. Lepas tu ada orang jaga situ.
10) Grean Pearl
Shortcut cerita korang wajib cuba main semua!
Baru lah terasa kepuasannya. Main banyakkkkkkk kali. Puas-puas. Lepaskan semua rasa yang ada
Nak jerit ke hapa ke lantak laa, jeritan tu satu kepuasan. Orang lain pun sama rasa enjoy bila dengar jeritan korang. Dont worry!
Kalau nak mandi santai-santai boleh ke Pirates Spa dan Meander River.
Anak-anak kecik sure enjoy sakan main ombak besar di Pirates Bay. Tak silap setiap 2 jam kot Ombak buatan ada. Seronok!
Lapar?
Dont worry. Hari tu kitaorang order je set RM12 satu set. Siap air
Banyak pilihan. Ada nasi lauk ayam pedas, ayam kicap, ayam gulai. Semua pun sedap
Selain tu ada mee kari, laksa, mee sup. Sama gak satu set RM12 siap sekali air. Ok laaa..
Snack pun ada jual, sausage , corn cup, jajan dan banyak pilihan lain lagi.
Korang boleh sewa cabana. Lebih selesa, berbumbung dan sewa berdekatan tempat mainan pilihan.
Kemudahan lain tyang Disediakan Di Bangi Wonderland
1) Tempat simpan barang locker
2) Toilet
3) Surau
4) Changing room
5) Medic Room
6) Public Area
7) Cabana
8) OKU toilet
9) Lift
Puashati laa datang main kat Bangi Wonderland kali ni.
Tak kira usia seronok sakan. Masa main-main ada lah hujan sikit, selamba je semua pun terus bermain. Adahal hujan kann air, dah nama pun main air! HAhaa.. Bukan senang MakMak approved main dalam hujan iyer tak?
HEhee
Harga Tiket Masuk Ke Bangi Wonderland
Dengan mykad
Dewasa (Warganegara): RM55
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM45
Kanak-kanak < 90cm : Percuma
Warga Emas ( 60 ke atas ) : RM28
OKU Adult : RM28
OKU Child RM22
Tanpa Mykad
Dewasa : RM66/orang
Kanak-kanak (90cm – 130cm) : RM56/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas : RM33
OKU Adult : RM33
OKU Child : RM28
Harga Pakej
Dengan Mykad
Isnin – Jumaat (11 pagi – 6.00 petang) : RM160 untuk 4 orang
Sabtu – Ahad (10 pagi – 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Tanpa Mykad
Isnin – Jumaat (11 pagi – 6.00 petang) : RM160 untuk 4 orang
Sabtu – Ahad (10 pagi – 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
ONLINE CARZY TIKET!!
Nak lagi murah boleh beli tiket secara online di www.bangiwonderland.com.my.
Tiket berharga RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak.
Tiket ni hanya valid sehingga 31/12/2022
Waktu operasi
Isnin – Jumaat : 11 pagi hingga 6 petang
Sabtu -Ahad / Cuti Sekolah/ Cuti Umum : 10 pagi hingga 6 petang
Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali sepanjang cuti sekolah dan cuti umum.
Ada lagi best, mana yang nak stay hotel, korang boleh stay di Le’Venue Hotel. Dekat je dengan Bangi Wonderland. Bestnya boleh masuk 2 hari dalam Bangi Wonderland kalau korang stay sekali di hotel. Tak luas kan bermain, berenamg, berasantai.. Hehehe.
Ni harga dan info kalau korang nak stay dekat hotel.
Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le’ Venue Hotel(1 Night)
STAY & PLAY for 4 Persons🔥🔥
WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett
* Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
* Deluxe Family Room.
WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett
* Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
* Deluxe Family Room.
Kindly visit our official website at https://levenuehotel.com/ for booking
Info :
Walking distance from Le’Venue Hotel to Water Park is only about 5 min.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati
BANGI WONDERLAND
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
TEL: +6019 682 7174
EMAIL: sales@bangiwonderland.com.my
Website : https://www.bangiwonderland.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/bangiwonderland.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/
Terima kasih tak terhingga buat UmmiNani, arrange family day #KBBA9
MakMak paling seronok sesekali gathering kannn..
Dah jumpa tak henti borak. Rasa tak puas sehari je jumpa. Moga ukhwah kita berpanjangan sampai bebila. Aamiinn
Sekian aktiviti cuti sekolah kitaorang 2022! Kot korang rasa tak lengkap lagi cerita Nina, memang sengaja tak citer semua. Hehe . . Korang kena pegi dan rasai sendiri best nya Bangi Wonderland ThemePark ni
Comments (2)