Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi PUDING ROTI SOS KASTRAD SEDAP MUDAH
April 8, 2020April 8, 2020

Mmmm… Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni

Baru-baru ni masa awal PKP ritu kecoh pasal Roti Gardenia kekurangan stok. Masa tu teringin nak bikin Puding Roti Sos Kastard. Tapi . . .  Nak dapatkan roti pun payah, so hargai roti yang ada. Makan jer begitu saja. Eh! Macam tagline Gardenia lak.. HAhaa..  Tapi memang sedap kannn dimakan begitu saja? Resipi PUDING ROTI SOS KASTARD SEDAP

Isi Kandungan hide
1 Resipi Puding Roti Sos Kastard Sedap Mudah
2 Resipi Sos Kastard
3 Related posts:
4 Korang panggil Belebat ke Lepat pisang? Yang pasti bukan pelipat kannn? Hahaha
5 Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
6 Resepi Ayam Masak Kurma paling ringkas mudah
7 KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part One - Cayalah.... Sangat ENJOY & FUN! Kenangan terindah buat fami...

Sekarang ni dah Fasa ke-2 PKP , roti Gardenia ada jer lak kat mana-mana. Mungkin pihak Hypermarket dah kontrol kot. Sebab ari tu, Geng pi beli kat Giant, satu orang boleh ambik satu jer roti. Begitu gak ngan telur, sorang sepapan jer.. Bagus bagus!

Memandangkan dah ada stok roti, maka . . . ku teruskan kepingin kengkonon mengidam nak makan Puding Roti Sos Kastard.

Nina follow Resipi Pandan Bread Pudding / Puding Roti Pandan Sedap ni. Berkurun dok ulang ulang resipi ni jer…

Resipi PUDING ROTI SOS KASTRAD SEDAP MUDAH

Resipi Puding Roti Sos Kastard Sedap Mudah

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
8 keping roti gandum ( tak payah buang kulit tepinya. Rugi tau, membazir jerr )
2 cawan susu segar
½  cawan Gula Halus combine dengan Gula Perang. Lagi sedap!
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla
Sedikit butter

Cara penyediaan Puding Roti

1-. Memula panaskan oven pada suhu 170c. Bakar roti sebentar untuk mendapatkan tekstur roti yang lebih padat dan sedap (Petua nie Nina dapat dari Nigella Lawson)

2-. Loyang dilenserkan dengan butter. Roti dipotong-potong kecil. (potong 4 boleh, potong segitiga pun boleh, nak koyak-koyakkan pun boleh – ikut suka)

3-. Susun roti di dalam loyang dan disusuli dengan taburan kismis sehingga roti habis. Sapukan butter diatas lapisan yang atas sekali.

4.- Dalam mangkuk lain – pukul telur hingga rata dan kemudian masukkan susu segar diikuti gula, garam, esen vanilla . Kacau hingga rata dan sebati. (Nina guna whisk ajer)

5-. Tuangkan ke atas roti dan tekan-tekan perlahan agar adunan tadi meresap ke dalam roti. Biarkan roti seketika dalam 15 minit

6-. Kemudian bakar adunan pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga roti masak. Ianya bergantung pada oven masing-masing dan juga ketebalan/ketinggian adunan. (boleh juga dikukus selama lebih kurang 40minit- 1jam) tapi bakar lagi sedap. Kalau takde oven, pakai magic pan pun boleh jerr…

7-. Dah siap tunggu sejuk barulah dipotong. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos kastard atau omputeh panggil vanilla syrup. Amat sesuai dijadikan menu minum petang. Pass tu lawan lak ngan black coffee. Perghhh …!! memang tak toleh kiri kanan laaaa  . . . .

Resipi PUDING ROTI SOS KASTRAD SEDAP MUDAH

Resipi Sos Kastard

Bahan-bahannya
1 cawan susu segar (atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air)
1 camca besar penuh gula kastor
1 camca besar penuh tepung kastard (bird’s kastard atau brand lain pun buleh…)Mengade lak nina ni
½ camca teh esen vanilla

Cara Penyedian Sos Kastard
1-. Satukan semua bahan untuk sos kastard kecuali esen vanilla. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
2-. Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan esen vanilla.
3-. Kacau sekejap dan matikan api. Biar hingga sos kastard hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Nanti nak makan tuangkan Sos Kastard ni atas Puding Roti tadi..Wallaa..!!

Sedap ni buat juadah buka puasa nanti. Save bookmark tau! Hahaa

Related posts:

Korang panggil Belebat ke Lepat pisang? Yang pasti bukan pelipat kannn? Hahaha

Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap

Resepi Ayam Masak Kurma paling ringkas mudah

KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part One - Cayalah.... Sangat ENJOY & FUN! Kenangan terindah buat fami...

Lifestyle Resepi Bread PuddingDessertJuadah Berbuka Puasamenu minum petangMenu Open HousePuding Rotiresipi mudahSos KastardTips buat PUding Roti Sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Pingback: Resipi Puding Roti Pandan Bread Pudding Sedap Mudah
  2. Pingback: Resipi EGG BENEDICT Mudah Sihat Jimat Bekal Anak Sekolah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes