Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama IRONI KASIH Info Akasia TV3
April 3, 2020April 18, 2020

Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3 lakonan Intan Najuwa dan Aqasha

Tamat sudah Drama trending lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali dalam Drama Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi  . Amacam ending citer ni? Suka tak? Halah halah hallahhhh.. Relax laaa, suka atau tak, ianya sekadar drama yang bersifat kononnya menghiburkan kita. Kannn..? Why so serius? Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3
1.1 Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3 Lakonan Intan Najuwa dan Aqasha
2 Related posts:
3 Bahaya ke ibu mengandung makan ubat batuk?
4 Ada BOH Ada Ummph..!! Sebab BOH laaa aku ...
5 Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...
6 Cahaya gadjet bahaya? Tak risau dah adanya KOOL OPTIX melindungi mata dari sinar BLUE LIGHT

Okey, sempena Perintah Kawalan Pergerakan pastinya lebih ramai yang mengisi masa dengan menonton TV kann? Slot Akasia seterusnya Drama IRONI KASIH lakonan si cantik comel Intan Najuwa bergandingan dengan Aqasha. Dah lama kannn tak nampak Aqasha? Masih macam dulu dia…

Tak lupa, Intan Ladyana turut sama ada dalam drama ni bersama Hakak kita yang sedang trending – Ogy Ahmad Daud. For sure bertambah trending drama ni dengan lakonan hebat beliau kann?

Tak mo sentuh isu lain, meh korang baca dulu Sinopsis Drama IRONI KASIH ni… Nanti lagi laaa faham jalan cerita nya.

Sinopsis Drama IRONI KASIH Info Akasia TV3

Nina suka lakonan Intan Najuwa dalam Drama TUAN DANIAL. Comel jerrr…

Baca : Sinopsis Drama TUAN DANIAL

Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3

Kasih Ariani lakonan Intan Najuwa kehilangan dua orang tersayang dalam satu masa iaitu kakaknya Suri lakonan Ramona Zam Zam dan emaknya. Menambahkan lagi tekanan, keluarga Kasih dihina setelah kakaknya itu meninggal dunia ketika dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin. Hakikatnya kakaknya punya sejarah hitam di rogol. Manakala emaknya meninggal dunia kerana serangan jantung.

Kasih, kakak minta satu jer… Kalau apa-apa jadi kat kakak, Kasih tolong jaga mak ya, tolong jaga mak. Macam nyawa Kasih sendiri”

Itu laaa kata-kata terakhir kakak Suri pada Kasih.

Kasih dicemuh orang kampung lalu membawa diri ke Kuala Lumpur. Mencari ketenangan dan ingin merubah kehidupannya.

Di Kuala Lumpur Kasih bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan lakonan Aqasha.  Johan yang playboy mula terpikat dengan Kasih, setelah kali pertama bertemu dengan wanita itu tetapi dia cuba buang perasaan itu kerana dirinya sudah berkahwin.

Di satu kejadian, Danish (anak Johan majikan Kasih) yang berlari terlanggar Kasih, dan dua-dua jatuh terduduk. Kasih takut sebab terlanggar anak bos!

Tak lama kemudian Kasih di tawarkan dengan gaji yang lebih lumayan untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih berbelah bagi. Nak ke tak nak, nak ke tak?

Akhirnya Kasih terima tawaran Johan. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra dan terbitnya rasa cinta antara mereka. Emilia (lakonan Intan Ladyana) bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka.

Drama IRONI KASIH Intan Najuwa

“U dengar tak tone u bercakap dengan i macam mana?? I nak u berhenti semua urusan u dengan Megat! atau…….”.

“Kenapa i nak kena hormat u?? Eh u sedar diri u sendiri boleh tak?? U duduk rumah besar sebab apa? U kaya sebab apa? Eh semua tu sebab family i lah. U tu takde apa. U tu loser!”.
.
Melampau Emilia ni. Tak habis2 mengungkit. Macam ni lah bila isteri lebih kaya dari suami. Rasa hormat dekat suami tu takde. Rasa dia paling berkuasa dalam family. 😏

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh (Fizz Fairuz) . Johan yang merasa tercabar dengan perangai Emilia lalu terus menceraikan Emilia.

Disebalik perceraian Johan dan Emilia, rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas berita penceraian tersebut. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya? Adakah semua ini sebenarnya rancangan Kasih? Adakah kerana dendam?

Nantikan drama bersiri Ironi Kasih di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin.

Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3 Lakonan Intan Najuwa dan Aqasha

JUDUL : IRONI KASIH
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Afifah Nasir

Sinopsis IRONI KASIH

WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
Aqasha sebagai Johan
Intan Najuwa sebagai Kasih
Isaac Iman sebagai Danish

Amacam? Macam best kannn jalan citernya? Nak plak di lakonan oleh barisan pelakon yang hebat. Kot korang tertinggal episod, korang boleh laaa   tonton Online Drama IRONI KASIH di Youtube TV3 Malaysia Official

Related posts:

Bahaya ke ibu mengandung makan ubat batuk?

Ada BOH Ada Ummph..!! Sebab BOH laaa aku ...

Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...

Cahaya gadjet bahaya? Tak risau dah adanya KOOL OPTIX melindungi mata dari sinar BLUE LIGHT

Lifestyle Akasia TV3AqashaDrama 7pmDrama bestDrama sangatINFO IRONI KASIHIntan LadyanaIntan NajuwaSinopsis Drama IRONI KASIH

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Milesdmith says:
    April 4, 2020 at 4:22 am

    Thanks for sharing.I found a lot of int https://vidmate.onl/ eresting information here. A really good post, very thankful and hopeful that you will write many more posts like this one.

    Reply
  2. Trime Live says:
    April 7, 2020 at 5:30 pm

    Oke, suka jalan cerita drama ni

    Reply
  3. Pingback: Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA AYDA JEBAT - Nina Mirza
  4. Pingback: Sinopsis Drama BERI SEDIKIT WAKTU Full Episod Akhir TV3
  5. Pingback: Drama BERI SEDIKIT WAKTU Sinopsis Full Episod Akhir TV3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes