As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, … Bertemu kembali di Jumaat yang indah. Perbanyakkan zikir dan DOA moga kita sentiasa dalam lindungan yang Esa. Aamiin… Bosan menu daging? Ayam Goreng Kicap Lemak Manis yang mudah
Dah jemu makan daging? Yelah, Raya Haji kan baru berlalu… Menu asyik dok daging aje kannn, sure bosan. Tak payah lah dok menafikannya…. Gigi pun letih asyik terselit tersekat isi daging celah Gigi. Dah tercelit nak plak kena flox lah bagai. Kadang tuu, sampai sakit gigi, bengkak gusi dibuatnya. Ini semua penangan daging! Eh.. salah kan daging plak! Sendiri yang makan.. Haha.. Sapa Gigi rongak jarak-jarak untung lerrr.. Tak terselit hampas segala.. tapi tak cantik! erkk… #jangankecamsaya hehee
Hari ni Nina kongsikan menu Ayam yang pasti nya mudah, cepat dan anak-anak sukakannya. Masak kicap merupakan menu kegemaran anak-anak. Mak Pak anak pun suka..!! heheh. . . Nak masak nya pun mudah dan cepat. Daaaa… Jom cepatan tengok resepi nya… Zassss..!!
Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
2 inch halia – dihiris nipis
- Ayam dibersihkan lalu diperap bersama sos tiram dalam 15 minit.
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
- Masukkan ayam bersama lebihan sos tiram dan kicap lemak manis.
- Kacau rata, goreng sehingga ayam empuk.
- Tambahkan sedikit air (jika mahu)
- Masak sehingga kuah pekat. (jika nak berkuah sedikit)
- Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Ayam Goreng Kicap Lemak Manis