Sapa suka makan Ikan Patin Masak Tempoyak? Saya saya saya saya ..!! Amboi … Ramai yang suka ya? Giler tak suka… Korang tau tak resepi ikan patin tempoyak paling senang sedap? Takmo yang susah masak. Ada tak? Sebab lauk ikan patin tempoyak ni favorite anak-anak Nina.
Menu paling sedap, paling heaven makan ngan nasi panas-panas! Nak pulak dapat part ikan yang segar pastu paling banyak lemak. Kuahnya pula sedap hingga menjilat sudu. Slurpp slurppp… Ouuchh … Bertambah-tambah nasi dibuatnya..
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ni nak kongsi satu rahsia…. Sebenarnya kan Nina tak reti masak tempoyak yang sedap. Ssyyhhh …!! Bukan mudah nak cari tempoyak yang betul-betul sedap. Terkena yang tak sedap, spoil semua kuah. Rugi kann…? Kalau kami teringin nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak yang sedap, Geng akan bawak kami makan sedap Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju. Perghhh…!! Memang sedap!
Ikan Patin Masak Tempoyak Paling Senang Sedap
Buat yang tak reti masak kuah tempoyak sedap macam Nina, ahaaaa….!! Ada resepi paling senang, cepat dan mudah tuk korang. Semudah 1,2,3, aje.. Korang try laa ni Nina sebab anak-anak Nina cakap “Mama.. sedap laaa mama masak hari ni. Rasa dia macam kat Temerloh!”
Amboi …. Rasa nak lompat bintang masa tu..!! Giler tak seronok kann… Depa makan sampai hirup-hirup kuah nya. Berselera! Terharu… Tetiba kat mata pedih macam tengok citer Hindustan Man. Itu lah citer hindustan pertama Nina tengok dan terus jatuh cinta ngan Filem Hindustan. Eh! Tak de kaitan ehh Tempoyak ngan Hindustan. Lantak laaa.. Nak citer gak! Hahhaa…
Resepi Ikan Patin Tempoyak Paling Senang Sedap DiLaila Food
Bahan-bahan
Ikan Patin
1 Pes Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dilaila Food
Air secukupnya
1 Keping Asam Keping
Cara penyediannya
1- Ikan Patin dibersihkan, ditos lalu diketepikan. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Anggaran secawan dulu.
2- Bila air dah mendidih, masukkan sepeket Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dilaila Food ke dalam periuk tadi.
3- Kacau kuah tadi dan masak hingga mendidih.
4- Masukkan ikan patin, asam keping dan tambah air secukupnya mengikut citarasa.
5- Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
6- Sedia dihidangkan..
Mmmm…. Mudah sangat kan? Korang hanya perlukan air, asam keping, Ikan Patin (haruslah kann…) dan bahan utama nya Sambal Tempoyak Ikan Bilis DiLaila Food.
Nah … Nina belanja gambar Step by Step cara masak nya
Sambal Tempoyak paling sedap
Sebenarnya kelmarin Nina agak malas nak masak. Memandangkan dalam fridge ada Ikan Patin, rancangnya nak minta Geng carikan tempoyak. Tapi nak cari tempoyak yang betul-betul sedap agak susah sebab banyakkkkk jer yang jual tu tak asli. Nanti tak sedap kuah nya kecewa merana lah diri. Ok alasan lagi.. Hahaa
Tetiba teringat yang Nina ada stok Sambal Tempoyak Ikan Bilis DiLaila Food, terfikir sambal tu dah sedia ada tempoyak, sedap lak tuu tu… Apa kata Nina cuba-cuba derhaka sambal tu letak air. Dalam hati dok berdoa moga menjadi dengan jayanya! Alhamdulillah…. Sedap! Yyeayy…!! Senang laaa pasni
Buat yang tak mengikuti perkembangan semasa atau lebih tepat korang ketinggalan update viral makan sedap. Ni Nina nak kasitau, STIBP Dilaila sedap giler makan ngan nasi panas-panas! Haishh … Korang kalau pekena sambal ni, gerenti bertambah-tambah nasi korang. Buat para isteri, sila standby masak nasi lebih sebelum ada yang meroyan nasi tak cukup! Jangan cakap hakak tak payung ehh… Hakak dah bagi soft reminder hokey!
Kat mana nak beli?
Dengan tersenyum simpul semanis kurma cer bayangkan dulu Nina nak kasitau korang. Buat yang dok kat area batu Caves, Selayang, Gombak, Taman Ehsan dan Sentul.. Korang bernasib baik sebab Nina adalah salah sorang dari agen DiLaila Food. Korang boleh COD jer ngan Nina. Yang dok jauh dari Nina, jangan teriak naaa, ramai lagi agent DiLaila yang ada mengikut kawasan.
Tapi kalau korang gedik ngade-ngade manja nak order gak ngan Nina pun boleh, nanti Nina courierkan… Zaman la ni semua pun di hujung jari. Iyer tak?
WhatsApp Nina
Kot korang terlebih vitamin R, korang pi intai page facebook Dilaila Food . Kat sana macam-macam hado! Ppssttt >>>> Pes Masak Merah dia sedap! Tak sempat snap gamba dah licin!
sedap sambal tempoyak tu . hehe lisa dlu order sampai 2 bekas. hihihi… tapi pening lepas tu . tk tau kenapa.. lisa jenis special sikit agknya … sedap tu sedap..
lisa suka makan tempoyak ikan patin , tapi tak reti masak..hahaha nk cari kedai makan yg jual pun bukan senang.. nak g pahang jauh la pulak. hahahah ,,, ritu ada beli pes gak dari kak sue , nti try juga la dari kak dlaila pnya pes…
nanti Lisa try laa… Senang dan cepat!
sedapnyer……
Mmmm…. sedap! Bertambah-tambah nasi
hehe
Alahaiiii….terus teruja nak makan patin tempoyak..mana plak nak beli ikan patin ni….
Ikan patin pahang memang sedap! tapi …. Mahal nya yang tak tahan tuuu
Wahhh kak nina agen ye…tp tu la kami tak makan tempoyak plak lahai…nanti review lg ye sis apa lg sis jual.
Juju..
Selain sambal tempoyak ikan bilis, ada gak pes lain…
Pes Masak Merah
Pes Asam Pedas
Pes Masak Lomak
.
Pes Masak Merah paling laju….. Sedap weyy… Tambah air jer, pastu curah atas ayam goreng! Walaa
e’in tak penah makan lauk nie.. huhu
Ein, nanti try laa…. sedap! Nak nak hirup kuahnya… MMmm…. tak tau nak bilang gi mana
Terbaik ni patin tempoyak memang kegemaran lah
Khairul, sama lah taste kita… Sep!
Saya nak pergi kuantan ni. Kenduri kawen. Balik dari kuantan nak singgah temerloh. Kalau ada patin sungai segar , saya beli. Nak juga buat ikut masakan nina tu,
Adam,
Wallaweyy…. sedap nya kalau dapat Patin Sungai. Fresh!
Kalau nak ikut style Nina harus beli Sambal Tempoyak Ikan Bilis DiLaila
Baru terangkat!
.
ppsstt >> Nak order whatsapp Nina 019-340 6454