SAFI BALQIS OxyWhite Lebih Cerah Berseri Sempurna
Hurmm…. satu jenama yang sangat dikenali. Sapa tak kenal kan…? Femes weyy… Nina sendiri pengguna rangkaian produk Safi ni. Masa keje dulu Nina guna set Safi Balqis . Kengkonon feeling sentiasa remaja cerah berseri gitu. So far Nina tak pernah ada masalah ngan produk rangkaian Safi ni. Suka!
Ni nak share ngam korang, kali ni Safi memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Dah upgrade gitu tuk lebih bagus, cerah berseri!
SAFI BALQIS OXYWHITE REVIEW
Nina dah cuba 3 produk SAFI BALQIS ni dan ini lah skincare kegemaran Nina sekarang. Best giler pakai SAFI BALQIS ni
Korang tau tak? Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Macam kita gak… Kena ada oksigen!
Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. Tuuu yang tak nak tu kann….??
SAFI BALQIS OxyWhite Lebih Cerah Berseri Sempurna
Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.
Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri
DUTA SAFI BALQIS OXYWHITE
Sarah Hildebrand – pelakon, model serta pengacara program televisyen . Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.
“Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.
Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. Macam Sarah yang sentiasa fresh gitu..!!
SAFI BALQIS OXYWHITE TAAMPIL DENGAN 2 produk penjagaan wajah untuk kulit Normal (warna biru) dan untuk kawalan minyak dan jerawat (warna oren)
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite
1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) Sesuai untuk semua jenis kulit
2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek : 100g
RCP : RM 12.90 (selepas 6% GST)
Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
a) Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
b) Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
c) Dirumus dengan pH seimbang
d) Sesuai untuk semua jenis kulit
3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek : 150ml
RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)
Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
c) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
d) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka
4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek : 20ml
RCP : RM28.10 (selepas 6% GST)
Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
a) Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
b) Memudarkan pigmentasi secara mendalam
c) Menyamaratakan tona kulit muka
d) Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
e) Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
f) Melembut dan menghidrasi kulit
5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek : 100ml
RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek : 20g
RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST)
Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
a) Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
b) Mencerahkan kulit serta merta
c) Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
d) Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
f) Melembap kulit wajah
g) Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak
7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
a) Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b) Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
c) Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
d) Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e) Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
f) Menghaluskan kulit
g) Menyaramatakan tona kulit
8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam
9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
Saiz Pek : 40g
RCP : RM14.90(selepas 6% GST)
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a) Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b) Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c) Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d) Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e) Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f) Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak
10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
Saiz Pek : 16g
RCP : RM8.60 (selepas 6% GST)
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a) Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b) Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c) Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d) Menyamaratakan tona kulit
11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
Saiz Pek : 200ml
RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
c) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)
12) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
SAFI BALQIS OxyWhite Cleanser
Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat
13) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
Saiz Pek : 150ml
RCP : RM17.40ml (selepas 6% GST)
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c) Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
d) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
e) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka
14) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
Saiz Pek : 15g
RCP : RM11.90 (selepas 6% GST)
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a) Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b) Menghalang pembentukan bintik hitam
c) Memudarkan parut jerawat
d) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e) Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f) AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria
Nak beli kat mana SAFI BALQIS ?
Ok.. Poyo sangat soalan ni weyyy… Haha.. Safi Balqis ni boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Senang jer nak beli. Merata hado!
Review Nina SAFI BALQIS OXYWHITE
Nina dah cuba Safi Balqis OxyWhite yang baharu ni… macam biasa, Safi Balqis tidak mendatangkan sebarang masalah tuk kulit wajah Nina malah Nina lebih sukakan yang baru ni. Gel cream dia sejuk jer tatkala sapu kat muka. Tidak melekit dan rasa fresh lepas sapuan. Pencuci muka dia lak tidak mengeringkan kulit dan rasa bersih sebersihnya lepas cucian. Anak Nina yang sulung pun Nina bagi dia guna set Safi Balqis OxyWhite ni tuk dia. Dan… Dia pun sukakannya! Habis laaa mama punya.. Huhuu
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI. Korang layari laman
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : http://www.instagram.com/safimalaysia
Youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia
Update : untuk sapa yang inginkan muka lebih berseri, pudarkan jeragat dan kedutan , ini pengalaman Nina.
Baca : SAFI Rania Gold Review dari Nina. Best ke tak? Rekemen korang cuba!
memang menarik produk nih,
These are the best product i have ever used.
produk mampu milik
Saya pengguna Safi dari zaman sekolah sampai sekarang. Safi jea yang sesuai dengan kulit muka saya
Safi memang best. banyak range and harga pun affordable
Hehehe kite pown pakai Safi jugak.. Memang terbaik.,.
makin cantik la kak nyna
nad suka gel dia..sejuk je
Hi. Saya nak tanya produk safi ini kalis air kh? Mcm pelembap, penyegar and krim dia? Terima kasih
Tak kalis air. Skincare memang tak kalis air. Biasanya produk yang kalis air adalah foundation atau sun block
Salam boleh guna juga tak untuk lelaki produk safi oxywhite 2 in 1