Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 28, 2012May 16, 2016

Resepi Sambal Sotong

As’salam buat semua … Sedang buat apa tuuu? Dah makan Lunch ker belum? Tentu dah makan kannn … Yelah, dah jam berapa nie kan, dah nak masuk Tea Time. Makan apa tadi? Sedappp tak …

Eh eh …. banyak tanya lak Nina nie..  Hehehee . .. . Walaupun ingin berdiet, makan Lunch jangan diabaikan yea. Bukan apa..  apabila kita sengaja biarkan perut kosong terlalu lama, sebenarnya kita telah mengundang nafsu untuk makan lebih banyak dari sepatutnya. Bila kita makan terlalu banyak, itu akan merosakkan diet kita. So rugi tau skip makan Lunch  tadi~~~~
Dan  keadaan lebih bertambah teruk kerana perut kita perlu kerja keras lebih dari biasa untuk memproses penghadaman yang banyak tadi. Kesian kat perut kita kan ….. Kalau perut kita tak mampu menjalankan proses penghadaman yang lebih, maka ….. lemak-lemak yang ada terkumpul sebagai muzium. Lama kelamaan, pabila muzium semakin membesar wujud pula harta karun. Jika tiada siapa mampu jumpa petanya, kekal lah ia di sana selamanya.
Apa lah Nina nie….. sampai muzium lah, harta karun lah bagai~~ Harta karun tu ialah ‘boroi’. Hehehee . .. .
Peta pula adalah jalan penyelesaian. Antara jalan penyelesaian adalah senaman yang konsisten. 
 
Ok lah, dok membebel pula Nina hari nie ala-ala Pakar Pemakanan. Macam lah Nina nie terror sangat. Kekadang sama juga macam kengkawan yang lain. Hahahaa . . . . Jom kita tengok resepi untuk hari ini. Menu yang biasa-biasa ajer, semua orang pun tahu rasanya….. Tak per laa, layannnnnnn ~~~~
 
Resepi Sambal Sotong

Sambal Sotong

Bahan-bahan
1/2 kg sotong sederhana besar
6 biji bawang merah ** dikisar
2 biji bawang putih ** dikisar
20 tangkai cili kering ** dikisar
2 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
 
Untuk hiasan
3 biji bawang besar (dipotong bulat)
 
Cara-caranya
  • Bersihkan sotong dan rebus dalam air mendidih seketika. Lalu toskan airnya.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih beserta cili kering yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing. 
  • Masukkan serai dan asam keping. Kacau seketika.
  • Masukkan garan dan gula ke dalam tumisan tadi.
  • Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau rata selama beberapa minit.
  • Masukkan bawang besar yang dipoptong bulat untuk hiasan.
  • Tutup api dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba …

Related posts:

Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS
Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
Best layan Drama BUDAK TEBING .
Buka Puasa kat The Joke Factory satu kelainan. Enjoy terhibur Live Stand-Up Comedy
Lifestyle Resepi Lauk PaukResepiresepi mudahresipiresipi ringkassambal sotongSeafood

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes