As’salam semua ….
Apa khabar semua hari nie? Pantas nyer masa berlalu. Isnin rupanya hari nie. Buat yang bekerja tuu, jangan asyik dok ‘Monday Bluess’ jer yea …..
Asal tiba hari Isnin jer mula lah sakit satu badan, tak sihat lah, sakit kepala lah, demam lah …
Asal tiba Isnin jer, mostly hospital dan klinik ramai ‘pengunjung’ setia (bukan pesakit) hari Isnin..
Ini adalah realiti kan …. HEhee . . .
Hari nie Nina nak share menu kegemaran Abah Nina. – Kuah Asam Ikan Bilis. Kata Mama Nina, nie resepi zaman dolu-dolu. Selain makan bersama nasi bubur, sedap juga dimakan ngan nasi panas-panas. Selalunyer bila tekak terasa tak sedap atau tak der selera makan, Nina akan masak lauk nie. Rasanya yang agak masam-masam, pedas pasti akan membuka selera. Silap-silap tak perasan dah tambah nasi nanti. Hehee …
Ok laa, jom kita tengok resepi nyer …
Bubur Nasi Bersama Kuah Asam Ikan Bilis
Bahan-bahan
Beras, air dan sedikit garam – dimasak hingga kembang dan menjadi bubur.
Ikan bilis – banyaknya ikut suka masing-masing
1 biji bawang merah besar – dihiris
2 ulas bawang putih – diketuk
2 inch halia – dihiris
beberapa biji cili padi
beberapa cili kering – Nina gunting 2cm
Air perahan asam jawa
garam dan gula
Lobak asin
Cara-caranya
- Ikan bilis digerong garing, ditoskan lalu diketepikan
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga warna keemasan
- Masukkan perahan air asam jawa
- Kacau sebati hingga mendidih
- Setelah mendidih, masukkan ikan bilis.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Tutup api dan sedia dihidang bersama bubur nasi dan lobak asin/telur masin
Selamat mencuba ..
such a great blog.