Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 19, 2020August 13, 2021

DIY Spray homemade serbaguna Rumah Wangi Bersih | TIPS dan PETUA Kemas Rumah

DIY Spray Homemade Serbaguna

Isi Kandungan hide
1 Konsep Nina lebih pada CAYG . Bukan cayang tauu.. C – Clean A – As Y – You G – Go
2 TIPS dan PETUA Kemas Bersihkan Rumah
3 PETUA RUMAH KEKAL WANGI DAN BERSIH
4 DIY Spray Homemade Selamat
5 1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
6 2. Kilatkan Lantai Rumah
6.1 Nampak tak, bahan utama wajib ada CUKA! Tak yah buh banyak pun, sikit jer dah cukup. Kalau banyak risau sakit hidung dek bau cuka yang kuat . Hilang laaa nanti bau pelembut fabrik.
7 3. Wangikan Rumah
8 4. Segarkan Bilik Air
9 Related posts:
10 Sinopsis BATIK ZAKIAH
11 Eina Azman laaaa punya pasal ni....
12 Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah
13 Seram menakutkan! Drama JALAN SESAT KE SYURGA naskah islamik terbaik

Home sweet home . Ayat yang amat sinonim buat kita semua kannn? Sapa yang tak mau home sweet home. Nak rumah best kenalah sesama jaga rumah agar jadi tempat paling selesa buat seisi keluarga. Paling penting bersih! Tapi memang spoil laa saat melangkah masuk rumah tetiba TERbau busyukkkk! Aduhh . . . acaner?

Sebelum Nina teruskan perkongsian Nina, nak kasitau tips Nina ni general jer.. Bergantung pada keperluan korang laa eh..

Konsep Nina lebih pada CAYG . Bukan cayang tauu..
C – Clean
A – As
Y – You
G – Go

Ok, kita flashback sikit laaa eh … Asalnya lepas Nina SPM, Nina keje kat sebuah restaurant terkemuka. Pizza Hut! Kat sini laaa Nina belajar teknik CAYG . Kat sini jugak banyakkkkk Nina belajar bab pembersihan dan kebersihan mengikut SOP yang betul.

TIPS dan PETUA Kemas Bersihkan Rumah

Untuk rumah konsep ni digunapakai gini, dah buat serak kemaskan segera dan jangan tinggalkan sampah. Bila dah dipraktikkan gini, idok lerr rumah bersepah seluruh rumah, paling utama dan sampah terus dibuang segera ke dalam tong sampah. 

Jangan pernah ada nanti laaa buang, letak sini dulu. Nehi nehi..!! Tak mo perangai gini. Sekali dah buat, beberapa kali akan buat dan sudahnya nanti jadi habit. Susah nanti! Kata nak Home Sweet Home kannn…

Kisah trauma menghantui ku antara aku cili dan taska

Saya lah mak anak 5 aka mak yang garang jugak! Eeerrr… garang ke?

PETUA RUMAH KEKAL WANGI DAN BERSIH

So sebelum keluar rumah, kena pastikan tong sampah dah clear. Segala sampah terutama sampah kat dapur dah dibuang. Biasanya sampah dari dapur laa punca bau busuk.

Kat rumah Nina, setiap malam sebelum tido Eilman laaa tukang buang sampah. Anak-anak ni memasing ada tugasan depa. Dah biasa buat keje rumah.

Semakin besar, tugasan akan semakin mencabar dan harus tahu buat. Tak kisah lelaki ke perempuan ke semua sama rata.

Contoh Eilman, walau dia lelaki kena jugak tahu masak. Sekurangnya kalau terdesak dia dah tahu masak nasi, masakan goreng-goreng. Boleh laaa berdikari nanti.

Eilhan yang darjah 1 ni bab sapu rumah memang antara aktiviti kegemaran dia. Datang mood rajin dia, memang tak boleh bawak bincang.

Kita tengah duduk pun dia suruh ke tepi dia nak nyapu, mop, lap meja bagai. Bertabah laaa… Tak mampu halang, beri sokongan jer

Untuk tips kali ni, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah kan. Yang sukakan bahan yang mur mur murah homemade tak merbahaya meh follow rapat Nina eh..

DIY Spray Homemade Selamat

Ini spray Air Lap Meja untuk rumah Nina. Anak-anak dah tau, tiap kali nak lap meja kena spray ni dulu, baru laa tip top bersih meja. Bau hilang, kekotoran pun hilang.

DIY Spray Homemade Selamat

Jom follow 4 cara mudah ni 👍

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

Manfaat Cuka Berkesan Bersihkan Wangikan Rumah Jimat Murah Selamat

Nampak tak, bahan utama wajib ada CUKA! Tak yah buh banyak pun, sikit jer dah cukup. Kalau banyak risau sakit hidung dek bau cuka yang kuat . Hilang laaa nanti bau pelembut fabrik.

3. Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Sedikit pelembut fabrik

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Last . . . Saje nak share, benda ni benda wajib Nina akan beli bila pi kedai Eco RM2.10

Berkesan membersih dapur masak. Spray spray lap, zassss… Hilang segala kekotoran terutama minyak sambal bak lepas berperang seluruh ruang dapur yang melekat tu.. Berbaloi sangat sebab harga dia hanya RM2.10

Beli jangan tak beli tau! Bukan menghasut tapi rugi tak beli kalau korang dah sampai kedai ECO tu…

Selamat Mencuba 😊

Related posts:

Sinopsis BATIK ZAKIAH

Eina Azman laaaa punya pasal ni....

Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah

Seram menakutkan! Drama JALAN SESAT KE SYURGA naskah islamik terbaik

Lifestyle Tips Habuk tak melekat pada perabotKilatkan Lantai RumahMaksud CAYGPewangi HomemadeSpray Homemadespray multipurpose homemade for kitchenTips dan PetuaTips Kemas RumahWangikan Rumah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. best essay writing service says:
    March 9, 2020 at 6:12 pm

    Hey I am for the first time here. I came across this blog and I find It really useful & it helped me out much. I hope to give something back and aid others like you helped me.

    Reply
  2. Life Science Writing Services says:
    August 5, 2020 at 2:36 pm

    To seek the best Life Science Writing Services for those studying biology coursework writing services, it is important to hire an award winning science paper writing service company.

    Reply
  3. Darcy James says:
    May 9, 2022 at 6:08 pm

    Very Awesome and Help full Article. It really helps me. thanks for sharing this

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes