Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Seindah Tujuh Warna Pelangi
February 24, 2020February 25, 2020

Sinopsis SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI -lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali

Tamat sudah Drama SEADANYA AKU lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi . Slot Akasia seterusnya ni SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI ini bakal trending kot sebab adanya Aeril Zafrel . Sapa tak kenal Aeril Zafrel kann..? Orangnya kacak dan lakonan nya sentiasa tertusuk sampai ke hati gitu. Kannn..? Acececehhhh . . ..

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI
2 Sinopsis Drama SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI
3 Info Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi
4 Related posts:
5 Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni
6 Cucur Cekodok~ Carca Marba Macam-macam ada...!!
7 Resepi Mee Bandung Muar Paling Mudah Sedap
8 Ssyyhhh ... Korean Secret dari SYAHIRAH best laaa...

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ni Aeril Zafrel bergandingan dengan Nabila Razali. First time ni. Agak-agak ada chemistry tak depa ni berdua? Kena tonton dulu laaa kann?

Lagi syok drama ni dihiasi oleh Mona dan Jakferr! Tak kan dah lupa kot?HAhaa… Sejak Drama Kampung People, Elly Mazlien dan Huq Haqeem main meletop-letop awak. Kita suka kita suka! Tak sabar nak tonton Huq Haqeem dalam drama baru Slot Akasia ni..

Baca : Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE – Lawak sakan seluruh kampung masuk air! Hilang stress nengok drama ni. Terbaik laaaa

Moh lerr baca sinopsis Seindah Tujuh Warna Pelangi ni. Kasi korang lebih feel dan faham jalan citernya. Zassss . . .

Sinopsis SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Seindah Tujuh Warna Pelangi

Kisah mengenai perkahwinan antara sepupu, Andika dan Aira berdasarkan berlainan matlamat. Andika mengunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta. Perkahwinan mereka tidak kekal lama. Aira merajuk membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia.

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman.

Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

Seindah Tujuh Warna Pelangi

“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?” – Andika

“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai… abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya… Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira

Sinopsis Drama SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.

“Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika

“Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira

Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.

Seindah Tujuh Warna Pelangi

Drama adaptasi novel ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’ karya Eman Sufi bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Aeril Zafrel dan Nabila Razali. Drama arahan Eoon Shuhaini terbitan Saphire Screen Sdn Bhd. Ditayangkan pada 24 Februari 2020.

JUDUL : SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Intan Zarina Mohd Yasin
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Andika
Nabila Razali sebagai Aira
Hun Haqeem sebagai Arjuna
Raja Afiq sebagai Reyhan
Aidil Aziz sebagai Yazid
Elly Mazlein sebagai Mariam
Wanna Ali sebagai Zara
Wanns Ahmad sebagai Ikandar

Amacam? Nampak jalan cerita cam best kann? Nak nak lak adanya Aeril Zafrel.Kot korang terlepas episod, korang boleh laaa tonton Online Seindah Tujuh Warna Pelangi TV3 di Youtube Drama Sangat Official . Apa kisah kalau terlepas sekarang ni kann? Ada orang tu lagi suka marathon seminggu terus. Tapi tak syiokk laaa terlepas. Kannn..??

Info Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi

Related posts:

Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni

Cucur Cekodok~ Carca Marba Macam-macam ada...!!

Resepi Mee Bandung Muar Paling Mudah Sedap

Ssyyhhh ... Korean Secret dari SYAHIRAH best laaa...

Lifestyle Aeril ZafrelDramaDrama bestDrama sangatdrama TV3 7pmINFO DRAMA TERKININabila RazaliSinopsisSinopsis Drama SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Kata pujangga says:
    February 25, 2020 at 8:16 pm

    Ada Aeril Zafrel. Tak sabar nak tonton.

    Reply
  2. TrimeLive says:
    February 26, 2020 at 12:07 pm

    Thanks infonya. Tak sabar nak nonton ni

    Reply
  3. Pingback: Sinopsis Drama IRONI KASIH TV3 Lakonan Intan Najuwa dan Aqasha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes