Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buka Puasa BEST Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering
March 7, 2020March 8, 2020

Buffet Ramadhan 2020 di MUFORS Gallery by NORANOM Catering sajikan 99 Menu ala Kampung

Ehem ehemm… Tak lama jer lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Seronok kannn? Tapi korang dah ganti puasa ke belum tuu? Apa belum?  ishh ishh ishhhh… Buat yang belum ganti tu sebaiknya di segerakan laa yaa.. Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Isi Kandungan hide
1 Kat mana Buffet Ramadhan 2020 sedap best area Selangor KL ni?
2 Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering di Galeri Mufors Agenda Covention Centre
3 Kat mana Buka Puasa Best Sedap Murah area KL Selangor?
3.1 Seafood Masak Lemak Cili Api
3.2 Asam Pedas Ikan Siakap
3.3 Menu ala kampong yang memukau selera!
3.3.1 Mmmmm . . . Kerabu in da house!
3.3.2 Ubi Kayu Rebus , Kacang Pool
3.3.3 Dessert
3.3.4 Kudap-kudapan anak-anak
3.3.5 Live Cooking
3.3.6 Kemudahan
4 Kat mana Buffet Ramadhan Best area KL Selangor ?
4.1 Lokasi Dewan Agenda Suria Convention Centre (ASCC) @ Galeri Mufors, Subang Jaya.
4.2 Tarikh : 27 April 2020- 21 Mei 2020 (4 – 28 ramadhan) Masa : 6.30PM-9.30PM
5 Harga Buffet Ramadhan Galeri Mufors
5.1 Pembelian Awal ( 18 Februari 2020 – 26 April 2020 ) Dewasa : RM53.00 Kanak-kanak : RM29.00 (6-11 tahun)
5.2 Harga Biasa Dewasa : RM63.00 Kanak-kanak : RM39.00
5.3 Harga Istimewa RM510 (1xmeja = 10pax)
5.4 Untuk pertanyaan dan tempahan
5.5 Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering di Galeri Mufors
6 Related posts:
7 Menu sahur ringkas : Ikan Tongkol Masak Kicap
8 RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE
9 Anak nakal itu bijak.... ada saja kerenah mereka. Sabar lah duhai hati~
10 Sinopsis Drama LELAKIMU YANG DULU TV3

Kat mana Buffet Ramadhan 2020 sedap best area Selangor KL ni?

Walaupun Nina surirumah, kekadang time Bulan Ramadhan ada masanya mood malas masak tu datang menjelma walaupun resepi buka puasa paling senang punya lah banyak ada. Korang pun sama kannn?

Lagi buat rasa malas bila tergoda nengok 99 menu ala kampong yang mengiurkan lagi menyelerakan ni.  Banyak weyhhh menu!
Harga bawah RM100? Eerrmm…. Ada ke?
Harga bawah RM70? Huh?? Ada mehhh?

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Ada awakk ! Hanya RM63 dewasa.
Ni kalau book masa bulan Ramadhan. Hurmm… Menarik kann?

Ada lagi menarik. Sila bijak sikit lagi
Korang book sekarang hanya RM53 jer sorang. Wahh.. Murah! Berbaloi-baloi kannn…??

Ok , ada lagi best! Ni harga pakej untuk satu meja. Hanya RM51 aje awakkk untuk seorang x 10 orang = Rm510

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering di Galeri Mufors Agenda Covention Centre

Seronok kannn dapat bersama insan tersayang berbuka puasa bersama-sama! Harga dah terlajak murah berbaloi-baloi memang tak patut tak share ngan kengawan, jirang tetangga, sanak saudara kannn?

Hah! Cepat pi hantar proposal kat boss. Boleh laaa suggest kat bos belanja sstaff buka puasa kann? Ker korang yang tengah rancang nak buat reunion ker, family gathering ker, bff gathering ker, atau jamuan jiran tetangga buka puasa. Senang tak payah masak-masak-nanti kena kemas bagai kann? Buka puasa kat sini semua dah tersedia.

Murah pun murah, tempat selesa, parking banyak, surau pun disediakan, siap ada solat terawih lagi kat sini.

Kat mana Buka Puasa Best Sedap Murah area KL Selangor?

Okies! Dok citer pasal harga jer kannn… Meh Nina share lak menu-menu ala kampong yang akan disajikan untuk korang.

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Ada 99 menu tau! Antara Menu Special – Nasi putih & beriani ayam, Nasi beriani gam kambing dan pelbagai jenis lauk pauk yang akan membuat korang tak keruan nak ambik yang mana dulu. HEhee . . Sila laaa pelan-pelan makan nanti, rasai dan nikmati pelbagai pilihan menu yang ada!

Stanby!

Tada … ni antara 99 Menu Juadah Ala Kampung yang akan korang nikmati. Ada lebih 13 stall.

Antaranya stall Soto dan Mee Rebus Tulang, Ubi Rebus dan Keledek, Roti dan Kacang Pool, Air Balang, Aneka Sambal dan ulam-ulaman, Aneka Bubur, Aneka Kek Puding, Buah-buahan, Ais Krim Potong, Asam Pedas Tetel dan Ikan Siakap, Cendol dan ABC, Mushroom Soup dan Sup Tulang, Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng dan opkos . . . . Stall Kambing Golek!

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Nasi Lemak in the house!
Aceceh cehhh cehhh… Tentu korang nak kata

“ alaaa… Nasi lemak jer pun!” kannn..??

Hello! Nasi lemak ni sedap tau!
Dibungkus rapi dalam daun pisang, tatkala buka jer Perghhh …. Aroma dia memukau weyhh. Nasi dia lembut, Sambal dia sedap! Anak Nina dak Eilhan tu 2 bungkus dia makan sekali hadap. HAhaa..

Lepas dia tengok dia makan dengan penuh berselera, awat laaa sampai 2 dia makan. Sekali Nina lak rasa, haaa hambik! Nina pun makan 2 bungkus you! HAhaa.. Padan muka sendiri.

Seafood Masak Lemak Cili Api

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Fuhhhh . . . Tengok jangan tak tengok!
Masak Lemak Cili Api ni memang kawwww! Tengok ada kupang, ketam, udang galah weyhhh! Kuah dia nanti korang ambik lebih tau! Sedap terangkat.

Asam Pedas Ikan Siakap

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Slurppp slurpppp..!!
Korang kena rasa asam pedas ni. Kombinasi rasa kuahnya cukup rasa asam dia pedas dia, pekat dia, terangkat beb! Tak tau camner nak citer.. Rugi Nina pi ambik sikit tu ari.. !

Menu ala kampong yang memukau selera!

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Dah nama menu ala kampong kannn…?
Ni antara menu yang akan di sajikan. Rekemen korang nikmati Sambal Paru Belado dia. Sedap! Selain tu Lala Sos Tiram tu pun asyikkk…!! Anak Nina Yana tu dok ulang ulang ulanggggg makan tu saja!

Tak lupa Ayam Goreng Berlado, Ikan Kembung Sambal Goreng, Kari Kambing, Ayam Masak Kuzi, Daging Kicap Betawi, dan banyakkkk lagi laaaa . . .

Mmmmm . . . Kerabu in da house!

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Menu ala kampong tak lengkap kalau takde pelbagai jenis kerabu, pelbagai jenis sambal pencecah bersama ulam-ulaman, ikan kering. Sambal tempoyak dia kawwwww beb!

Ubi Kayu Rebus , Kacang Pool

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Aduyai . . . Kalau korang tengok jer ubi kayu rebus ni memang teringat zaman kecik-kecik kann? Ubi Kayu ni cecah ngan kelapa parut atau sambal ikan bilis. Nangis weyhhh teringat kampong. Eerrkkk… Lupa Nina tak de kampong. HAhaa . . .

Kacang Pool dia korang wajib rasa. Nina suka! Kuah dia buat Nina rasa seolah tengah makan Kacang Pool yang femes kat JB tuh. Roti dia tak cukup satu. Sila ambik lebih yaaa, idok ler korang kena berulang duduk bangun semata ambik roti. Hah! Akak dah pesan sesiap ni tau.

Dessert

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Antaranya ada Bubur Kacang Hijau, Bubur Lambuk ni sedap. Korang kena rasa sebab Bubur Lambuk ni special. Hanya di Bulan Ramadhan jer ada Bubur Lambuk kannn?

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Kudap-kudapan anak-anak

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering
Ni antara menu yang bakal membuka selera anak-anak yang bakal buat anak-anak dok ulang makan.  Antaranya Mushroom Soup yang sedap ni MakPak pun suka. Selain tu ada Nugget, French Fries, Bebola, Keropok, Mee Soto dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Tengok dak Eilhan tuu… Entah ke berapa kali dia dok ulang ambik cendol laaa, ABC laaa.. Ais Cream Potong tu jangan cakap laaa! garu kepala mama ni.  Janji depa dok diam. HAhaa . . .  Time ni laaa  depa boleh makan ikut sukahati depa seberapa banyak depa suka. Asalkan bahagia 🙂

Live Cooking

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

Masakan panas di goreng depan mata korang bakal buat korang teruja nak rasa! Antara nya Mee Goreng, Kuey Teow Goreng (kena rasa tau), Goreng-Goreng Panas ada Pisang Goreng, Keledek Goreng, Cucur Udang dan tidak ketinggalan > > > > >

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering

wajib rasa Kambing Golek!

Kemudahan

Kat sini kemudahan tip top!
Dengan 99 menu ala kampung yang mewah, dewan yang luas, selesa siap ada air cond. Susun atur pun kemas, lebih dari 13 stall dan mudah untuk korang ambil juadah.
Parking banyak so korang tak yah risau bab parking. Percuma lagi!
Surau yang selesa disediakan dan solat terawih berjemaah juga ada.

Kat mana Buffet Ramadhan Best area KL Selangor ?

Lokasi
Dewan Agenda Suria Convention Centre (ASCC)
@ Galeri Mufors, Subang Jaya.
Tarikh : 27 April 2020- 21 Mei 2020 (4 – 28 ramadhan)
Masa : 6.30PM-9.30PM

Harga Buffet Ramadhan Galeri Mufors

Pembelian Awal ( 18 Februari 2020 – 26 April 2020 )
Dewasa : RM53.00
Kanak-kanak : RM29.00 (6-11 tahun)
Harga Biasa
Dewasa : RM63.00
Kanak-kanak : RM39.00
Harga Istimewa RM510 (1xmeja = 10pax)

Untuk pertanyaan dan tempahan

Wani : +6017 6770237
Fatin : +6010 3624711
Salwan : +6011 11206562
Nabila : +6017 6722548

Okey, untuk maklumat lebih lanjut, korang pi laaa mentelaah di
Laman web: http://www.noranomeventcatering.com
Facebook : Noranom Catering
Instagram : @noranomcatering

Pppsssttt . . . Nanti kot korang nak book pakej yang terlajak murah tuuu tapi tak cukup orang, jangan laaa segan silu pm tepi Nina eh. . Awak belanja kita, kita sudi cukupkan korum pakej 10 orang tu. HEHee . . .

Selamat Menyambut Ramadhan, Maaf Zahir Batin

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering di Galeri Mufors

Related posts:

Menu sahur ringkas : Ikan Tongkol Masak Kicap

RESEPI FISH AND CHIPS BERSAMA MUSHROOM BLACK PEPPER SAUCE

Anak nakal itu bijak.... ada saja kerenah mereka. Sabar lah duhai hati~

Sinopsis Drama LELAKIMU YANG DULU TV3

Lifestyle Review Buffet RamadhanBuffet Ramadhan 2020Buffet Ramadhan KLBuffet Ramadhan MurahBuffet Ramadhan SelangorBuffet sedap KLBuka Puasa HotelBuka Puasa KLBuka Puasa SelangordewanGaleri MuforsHarga Buffet Ramadhan 2020Lokasi Buffet RamadhanMenu ala KampungNORANOM Catering & EventSet Berbuka Puasa MurahTempat best buka puasatempat makan best

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. Huda says:
    March 8, 2020 at 12:36 am

    Wow banyak yer pilihan. Harga early bird murah sangat tu. Berbaloi sgt

    Reply
  2. Nadia johari says:
    March 8, 2020 at 10:55 am

    Sedapnyaa semua.. Arghhh.. Menyelerakan.. Tak sbr nak puasa..

    Reply
  3. Ezna says:
    March 9, 2020 at 9:48 am

    Harganya takdelah mencekik sangat. Di bawah RM100 masih ok. Kalau banyak pilihan dan harganya tidak membebankan satu bonus la tu. Harus terjah!

    Reply
  4. Fadima Mooneira says:
    March 9, 2020 at 7:36 pm

    Wow! What a good Ramadhan buffet package. Thank you for your recommendation.

    Reply
  5. Rawlins GLAM says:
    March 9, 2020 at 8:43 pm

    Tika zaman segalanya mahal, maka kita kena jadi bijak bila berbelanja kan.
    Dah menunya sangat kampung, maka akan usulkan pada Boss untuk buat majlis berbuka pejabat kat sini. Yeah!

    Reply
  6. Veronica C says:
    March 9, 2020 at 9:03 pm

    Can’t wait for this moment!
    To be honest, I am a big fans of malay cuisine!
    I wish to try it out!

    Reply
  7. ajumohit says:
    March 9, 2020 at 9:05 pm

    semua menu nampak sedap dan pelbagai, tempat nampak selesa untuk bilangan pax yang ramai, bolehla ajak yang tersayang berbuka puasa di sini nanti

    Reply
  8. adianiez AIDA says:
    March 10, 2020 at 8:19 am

    ada ubi rebus.
    kalau emak abah nampak tu, tu la yg diorang amik dulu. their feveret.
    start dah pameran review makanan buka puasa now. less than 2 months nak masuk Ramadhan dah ekk.

    Reply
  9. ayu rafikah says:
    March 10, 2020 at 11:16 am

    meriahnya lauk pauk kampung kat sini. macam2 ada..yang penting semua nampak menyelerakan…best kalau dapat berbuka puasa kat sini

    Reply
  10. Khalidah Abd Hadi says:
    March 10, 2020 at 4:23 pm

    Thank you! Memang tengah survey ni nak book dekat mana buka puasa nanti. Tak sabarnyaa

    Reply
  11. SalJohari says:
    March 10, 2020 at 5:31 pm

    Warghhh…menu nampak best sangat ! Harga pun berbaloi dan sangat bersesuaian dengan menu yang dihidangkan. Tambah bila beli awal ada discount tu…kena grab cepat

    Reply
  12. Mahamahu says:
    March 10, 2020 at 6:04 pm

    First time kita dengar pasal nama tempat ini hehehe susah berbenor nak sebut tapi bila tengok makanan dan juga harga kat sini memang sedap dan berbaloi baloi lah hehehe nanti belanja kita berbuka kat sini ok…

    Reply
  13. Ai says:
    March 11, 2020 at 10:14 am

    Wahhh murah. Mampu nak pergi ni.

    Reply
  14. Marina says:
    March 11, 2020 at 10:16 am

    Menu dia masakan kampung. Bestnye. Ubi kayu rebus tu yang rare

    Reply
  15. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    March 11, 2020 at 4:21 pm

    nampak sedap menu2nya. antara yang termurah saya pernah nampak untuk buffet ramadhan tahun ni. 🙂

    Reply
  16. Min says:
    March 13, 2020 at 8:47 am

    NAMpak sedap semua juadah kat sini ye..harga pun murah, for those yg cari bufet ramadhan bawah rm100 leh la ke sini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes