• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis Drama SEADANYA AKU TV3 – Lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi

January 15, 2020 by Nina Mirza 5 Comments

Kemunculan semula gandingan hebat hero heroin dalam drama trending satu ketika dulu Love You Mr Arrogant – Azlee Khairi dan Zara Zya. Kali ni Mr Arrogant kena buli lak.. HAhaa.. Kena tengok ni..!! Sinopsis Drama SEADANYA AKU

Setelah tamat sudah Drama Adellea Sofea , Seadanya Aku lak akan menghiasi slot Akasia 7pm. Amacam best tak endingnya?

Baca : Sinopsis Love You Mr Arrogant

Sinopsis Drama SEADANYA AKU

Mengisahkan tentang persahabatan antara 3 sahabat Aufiya, Wina dan Zureen sejak sekolah hinggalah ke alam pekerjaan. Mereka amat akrab dan tinggal bersama. Setiap mereka punya karektor dan kekuatan yang tersendiri. Tanpa sedar adanya perasaan cemburu antara mereka

Persahabatan, kekeluargaan, percintaan yang penuh suka duka dan cabaran.

Aufiya ni seorang yang matang, lemah lembut, cantik dan disenangi ramai orang.

Zureen berasal dari sebuah keluarga yang susah antara 3 orang. Dia seorang yang paling ceria, berkeyakinan tinggi.

Wina seorang kawan yang baik, caring, sayangkan kawan dia. Sentiasa ada di samping kawannya di saat diperlukan terutama Aufiya. Namun sebenarnya antara Zureen dan Wina punya agenda nya sendiri. Apakah?  Teruskan baca…

Sinopsis SEADANYA AKU

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

“Fik dah fikir dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kisah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!”- Taufik

Aaarrgghh… Taufik! Kenapa ?? Mengapa??
Kata-kata Taufik, janji manis Taufik terngiang-ngiang menghantui Fiya.

Kenduri semua dah siap, Tok kadi dah sedia, tinggal tunggu kedatangan pengantin lelaki nya aje. Di mana Taufik? Mengapa Taufik tak datang? Apa yang berlaku sebenarnya? Sampai hati kau Fik!

Demi maruah yang tercalar,  muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Serba salah Fiya dibuatnya. Zarul yang Fiya kenali adalah bos di tempat kerja nya dan tunang kawan baiknya sendiri iatu Wina. Perampas?! Mana mungkin Fiya bernikah dengan tunangan orang – kawan baik dia sendiri?

“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya” – Zarul

“Abang bukan hak Fiya dari mula. Abang hak Wina. Fiya tak mahu rampas abang daripada kawan baik Fiya sendiri” – Aufiya

Apa yang terjadi terlalu pantas. Suka untuk Aufiya menolaknya. Namun Aufiya terimbas kembali saat Zarul cuba berterus terang tentang perasaannya atau Zarul sekadar bergurau. Bingung Fiya!  Tapi  . . .

“Sebenarnya saya tak sukakan Wina tu… Saya sukakan.. Saya suka kannnn…. ” kelu lidah Zarul untuk berterus terang dengan Fiya

Lantas Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. Semuanya di luar kawalan Aufiya. Dalam keterpaksaan Fiya terima ketentuan jodohnya.

“Fiya, aku sayang kau tau. Masalah kau masalah kita jugak tau” – Wina

Masih segar berbisik di telinga Fiya kata-kata Wina. Fiya keliru antara sahabat dan suami. Huhuuu….

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata Fiya bermadu aje dengan dia? Senang kan?” – Zarul

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai.

Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Perasaan rasa bersalah itu hingga ada ketika Fiya tidak berani berlebih-lebihan dengan suami sendiri di khalayak ramai. Adakala tindakan Fiya mengecewakan Zarul. Terlalu ingin menjaga perasaan Wina…

Kehidupan Fiya selepas berkahwin semakin penuh dengan dugaan. Taufik kembali menagih kembali cintanya pada Fiya.

“Fiya, ok macam ni. Kalau Zarul nak ceraikan you i’m ready for you. Saya dah bersedia untuk jadi husband awak. Ok this time tak tak main-main, saya tak kan terpengaruh, tak dengar cakap sesapa lagi. Tapi percaya lah cakap saya” – Taufik

Hurmmm…. Boleh percaya ker ni? Serba salah keliru buntu Aufiya dibuatnya!

Apakah kesudahannya?
Lafazkah cerai  Zarul kepada Aufiya?

“Cinta saya untuk awak dah lama mati” – Fiya

Setelah Aufiya tahu hakikat yang sebenar,  mampukah Aufiya menerimanya kembali?

Adakah Aufiya menerima kembali cinta Taufik?
Bagaimana pula dengan Wina?
Apa sebenarnya  rancangan Wina disebalik semua yang berlaku ini?

Nantikan drama adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3. Menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi.

Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Ditayangkan bermula 15 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

JUDUL : SEADANYA AKU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & next scene team
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah

WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Zarul
Zara Zya sebagai Aufiya
Elvina Mohamad sebagai Wina
Ahmad Redza Rosli sebagai Taufik
Dayana Roza sebagai Zureen
Fadlan Hazim sebagai Hadi
Sharifah Husna sebagai Eliza
Norish Karman sebagai Kartina
Ainina Ahmad sebagai Salma
Jasmin Hamid sebagai Jumah

LAGU TEMA / OST Lagu : Seadanya Aku Penyanyi : Ippo Hafiz Lirik : Fedtri Yahya & Ippo Hafiz

Nah … Layankan sikit Di Sebalik Tabir Seadanya Aku

Drama ni sarat dengan pelbagai mesej, penuh dengan konflik, persoalan, persahabatan, kekeluargaan yang ada dalam realiti kehidupan kita.

Kot korang terlepas  siaran,  nanti korang pi tonton online kat Youtube Drama Sangat TV3  Official  eh…

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Azlee Khairi, Drama sangat, drama TV3 7pm, SEADANYA AKU, Sinopsis Drama SEADANYA AKU, tonton Online, Zara Zya

  • TIPS Cara Setting AirCond Penghawa Dingin Jimat Bil Elektrik
    TIPS Cara Setting AirCond Penghawa Dingin Jimat Bil Elektrik
  • Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
    Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
  • Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan
    Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan
  • BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah
    BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah
  • Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan
    Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan
  • Day 2 Bekal Sekolah Eilhan ROTI TELUR MATAHARI
    Day 2 Bekal Sekolah Eilhan ROTI TELUR MATAHARI
  • IDEA Resipi Mudah Bekal  Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
    IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang



Comments

  1. Peminat Drama TV3 says

    January 15, 2020 at 10:36 pm

    Dah tengok episod 1 tadi kat youtube. Ok, not bad. Thanks sharing

    Reply
  2. fieza sani says

    January 16, 2020 at 11:20 am

    semalam dah tertengok episod 1..macam best..sangkut juga tgk ni nanti..haha

    Reply
  3. Cie says

    February 3, 2020 at 3:52 pm

    layan jugak cerita ni sebab suka kat zarul tu 🙂 tak sabar nak tunggu ending.

    Reply

Trackbacks

  1. SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI Drama Aeril Zafrel dan Nabila Razali says:
    February 24, 2020 at 6:15 pm

    […] sudah Drama SEADANYA AKU lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi  . Slot Akasia seterusnya ni SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI ini bakal trending kot sebab […]

    Reply
  2. Sinopsis Drama BERI SEDIKIT WAKTU Full Episod Akhir TV3 says:
    November 17, 2020 at 12:15 am

    […] lakonan Zara Zya memang best! Drama SEADANYA AKU bersama Azlee Khairi. Ramai tak sabar nak tonton gandingan Zara Zya bersama Aqasha . Adakah mereka […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Percutian Yang Dirindukan
    By : Mama Kembar Tiga
  • Mudah je jadi MR.MAMA ni !
    By : Ben Ashaari
  • Siapa Percaya Dengan Kain Norwex Dia Memang B****
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI TART KEJU BUAH - BUAHAN
    By : Tiffin Biru
  • SSD Tak Tahan Lama?
    By : Hafiz Rahim
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa